FILEM

 

Penghormatan untuk Legenda Bola Sepak Negara

DOKUMENTARI SEPULUH SAFEE SALI

 

MEMENANGI Piala AFF Suzuki bersama-sama Harimau Malaya pada 2010 boleh dianggap sebagai kejayaan terbesar Safee Sali dalam kerjayanya sebagai pemain bola sepak tanah air.

 

Walau bagaimanapun, legenda hidup ini menganggap 10 Oktober 2023 adalah tarikh paling bermakna baginya apabila episod 1 daripada enam episod filem dokumentari berjudul Sepuluh Safee Sali ditayangkan dalam majlis tayangan perdana di Pawagam Dadi, Pavilion Bukit Bintang KL.

             

                        Safee Sali menyampaikan ucapan alu-aluan dan terima kasih.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

Diterbitkan oleh Astro dengan kerjasama Prime Sports International (PSI), Sepuluh membawa penonton melihat lebih mendalam perjalanan Safee, pemain bola sepak negara dan profesional yang meninggalkan sejarah kekal dalam sukan negara.

 

Peminat sukan negara dan pencinta filem akan dapat menonton Sepuluh Safee Sali yang disiarkan di Astro Arena (Saluran 801) pada setiap hari Jumaat, pukul 9 malam bermula 24 November 2023.

 

Enam episod filem dokumentari yang dihasilkan ini membawa anda menyusuri  perjalanan suka duka, dan jatuh bangun yang ditempuhi Safee selama hampir dua dekad.

        

 ))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Di samping temu bual bersama watak-watak yang memainkan peranan penting dalam kehidupan bekas bintang bola sepak ini, termasuk mendiang B Sathianathan yang pernah melatih Safee, terdapat juga rakaman detik-detik menarik yang tidak pernah dilihat dalam meneroka usahanya yang berterusan untuk mencapai kejayaan.

 

Selain Safee, turut menghadiri majlis termasuklah Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John; Ketua Pengawai Eksklusif redONE Network Sdn Bhd, Farid Yunus; mantan jurulatih Harimau Malaya (ketika menjuarai Piala AFF Suzuki 2010), Datuk K Rajagobal, dan Tan Cheng Hoe, serta legenda hidup Dato’ Zainal Abidin Hassan, dan Azman Adnan.

                

 ^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Menurut Safee, penerbitan Sepuluh Safee Sali ini menjadi bukti bahawa setiap kerja keras dan keazaman yang tinggi akan membuatkan segala impian menjadi kenyataan.

 

“Diharap kisah perjalanan kehidupan saya ini bakal menjadi sebuah cerita yang akan memberi inspirasi, dan menambat hati semua orang. Bukan hanya untuk peminat sukan sahaja,” kata beliau dalam majlis yang juga dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd. Amin, serta ahli keluarga Safee (ibu, ayah, dan anak isteri).

                                      

Safee Sali (tengah) berharap kisah perjalanan kehidupannya ini bakal menjadi sebuah cerita yang akan memberi inspirasi, dan menambat hati semua orang. Bukan hanya untuk peminat sukan sahaja.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Menerusi Sepuluh Safee Sali, penonton akan menyaksikan perjalanan awal Safee ketika mula berkecimpung dalam arena bola sepak, sehingga menjadi bintang dan diangkat sebagai ikon negara,  termasuk perjuangannya membantu Harimau Malaya memenangi kejuaraan tunggal Piala AFF pada 2010 (beliau sendiri menjadi penjaring terbanyak kejohanan).

 

Filem dokumentari ini bertambah hebat apabila syarikat telekomunikasi , redONE tampil sebagai penaja utama dalam meningkatkan lagi mutu penerbitan ke tahap yang lebih tinggi.

 

Dalam ucapan beliau, Farid Yunus mengatakan pihaknya berkongsi rasa teruja dan berbangga dengan kolaborasi yang terjalin dalam penghasilan dokumentari yang disifatkan bukan hanya sekadar kisah kejayaan Safee, malah bukti kegigihan dan semangat kental rakyat Malaysia.

 

“Kami percaya melalui penceritaan sejarah perjalanan Safee yang menarik ini, serta sokongan yang diberikan, kami berhasrat memberikan sumbangan ke atas pencapainya yang gemilang dan penuh keazamanan yang jitu,” tambahnya.

                           

Ketua Pengawai Eksklusif redONE Network Sdn Bhd, Farid Yunus menyampaikan ucapan beliau.

##################################################################################

Selain untuk memasarkan jenama kami, kata Farid lagi, salah satu misi adalah untuk sentiasa menjadi syarikat telekomunikasi yang sentiasa memberi kembali kepada masyarakat, dan itulah sebabnya redONE menyediakan pelan pascabayar mampu milik, dan termurah dari serendah RM8 sebulan.

 

Sementara itu, Nicholas John pula menyatakan Astro Arena sentiasa menyokong perjuangan, dan mengikuti perjalanan Safee sejak dari awal kariernya lagi.

 

“Kami teruja menjadi saksi dan merakamkan detik-detik penting dalam sejarah kehidupannya. Tidak terhenti di situ sahaja, Safee turut diberi peluang untuk melebarkan sayapnya dalam dunia penyiaran sukan sebagai tetamu pakar bola sepak di Astro Arena,” kata Nicholas.

                                     

Nicholas John (kanan) semasa sidang media Tayangan Perdana Episod 1 Sepuluh Safee Sali.

***********************************************************************************

Justeru, jangan ketinggalan untuk menyaksikan kisah penuh inspirasi dari pemain bola sepak terhebat sepanjang zaman ini menerusi enam siri dokumentari sukan yang akan disiarkan di Astro Arena.

                                                                                                                    

                                                                                                                     

                                                                            

 Safee Sali bersama-sama orang penting penerbitan Sepuluh Safee Sali, dan antara tetamu jemputan.


** Setiap Jumaat , pukul 9 malam

 

Episod             Tarikh                         Saluran

 

Episod 1           24 November 2023      Astro Arena (Channel 801)

Episod 2           1 Disember 2023         

Episod 3           8 Disember 2023         

Episod 4           15 Disember 2023       

Episod 5           22 Disember 2023       

Episod 6           29 Disember 2023       

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

 

Thomas Sam

Senior Partnership Manager

+6014 366 4049

thomas@primesportsi.com

 

- Raja Yusoff Ariffin


Safee Sali menyampaikan jersi khas kepada Farid Yunus (kanan).











No comments:

Powered by Blogger.