MUZIK

 

KARYAWAN-Liyackat Ali Santuni Komposer Ross Ariffin

 

SELAIN tidak mengira siapa, takdir Allah SWT tiada siapa yang tahu. Kalau mengikut logik, mustahil komposer dan penerbit album terkenal, Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin akan hidup melarat.

 

Populariti lagu yang melodinya ciptaan beliau seperti Dia, nyanyian Fauziah Latiff, Kau dan Aku (Ning Baizura), Kurniaan dalam Samaran (Datuk Sri Siti Nurhaliza), dan Semalam Ku Tolak ke Tepi (Liza Aziz), telah membawa Ross ke puncak kerjaya, dan hidup serba mewah.

 

Ross pernah disanjung tinggi kerana kehebatannya bermain piano, dan biola. Dilahirkan di Klebang, Melaka pada 1962, beliau memulakan pengajian piano klasik ketika berusia lapan tahun.


Dato’ Freddie Fernandez (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan Karyawan kepada Ross Ariffin (duduk) sambil diperhatikan oleh Dato’ Liyackat Ali (dua dari kiri), serta Radhi Khalid (kanan sekali), dan Sister Fatima (kiri sekali).

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mendapat biasiswa di United Kingdom untuk belajar piano dan biola memudahkan lagi ‘perjalanan’nya. Kehebatan bermain dua alat muzik itu memberikan beliau peluang membuat persembahan dengan Orkestra Belia British untuk konsert solo.

 

Lantaran kehebatannya itu, Ross diundang membuat persembahan dari Alaska ke Terusan Panama, Belanda ke New York, Amerika Syarikat, dan dari Rusia ke Australia, serta Hawaii.

*********************************************************************************************************


Rumah kebajikan Samaritan Hope di Jalan Pudu, Kuala Lumpur in telah beroperasi sejak setahun lalu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Sekembalinya ke tanah air pada 1982, Ross mula berkecimpung dalam penciptaan lagu, dan ternyata tidak membuat pilihan yang salah. Beliau berjaya mencipta nama sebagai komposer, dan penerbit album.

 

Antara kejayaan yang diraih oleh Ross adalah menerusi Semalam Ku Tolak ke Tepi, memenangi Festival Lagu Dunia Wau Emas ABU, dan Anugerah Industri Muzik atau lebih dikenali sebagai AIM untuk kategori Album Pop Terbaik milik penyanyi Aishah (kini Dato’).

 

Walau bagaimanapun, ‘langit tidak selalu cerah’, dan ‘disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari’. Kegemilangan yang dikecapi hanya sementara. Kepayahan dan penderitaan pula yang ditanggung.

 

Ross semakin dilupai kerana tiada lagi karya yang mengangkat namanya. Selain masalah keluarga dan perkahwinan, wabak maut pandemik COVID-19 menambah kesukaran perjalanan hidupnya.

##########################################################################


Dato’ Freddie Fernandez (tiga dari kiri) bersama-sama Ross Ariffin (tiga dari kanan), serta Dato’ Liyackat Ali (paling kiri), dan Radhi Khalid (paling kanan).

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Saya hilang segala-galanya sejak COVID-19. Boleh dikatakan ramai yang terlibat dalam industri muzik hidup melarat. Saya pernah menjadi gelandangan tidur di kaki lima Pasar Seni Kuala Lumpur, dan makan percuma di Pertiwi Soup Kitchen setiap hari,” cerita Ross yang pernah mendapat serangan jantung, dan dua kali strok.

 

Justeru mahu memperbaik kehidupan dalam keadaan kesihatan yang terjejas, Ross mengambil keputusan untuk pulang ke kampung di Melaka.

 

Beliau juga dikatakan berhasrat untuk kembali mencipta melodi lagu-lagu, mengulangi kejayaan yang pernah mengharumkan namanya.



        Pengelola Samaritan Hope, Joeyau Winfoo (berdiri) turut hadir.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

Jelas Ross, semangat untuk bangkit semula membuak-buak selepas mengenang kembali kejayaan lagu Ceritera Cinta, nyanyian Jaclyn Victor memenangi anugerah Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-22 pada 2008.

 

Sesungguhnya tidak mudah melupakan pengalaman 35 tahun dalam industri muzik tanah air, dan mencipta 64 melodi lagu, antaranya bersama-sama Sony Music.

 

Ditakdirkan juga harapan Ross itu dipermudah apabila ada pihak yang prihatin, dan sudi membantu beliau memenuhinya.

)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))


    Dato’ Freddie Fernandez (kanan) bersama-sama Ross Ariffin.

##########################################################################

Dato’ Liyackat Ali (kanan sekali) bersama-sama Dato’ Freddie Fernandez, dan Ross Ariffin.       

=======================================================================

Pada 17 Oktober lalu, Ross dikunjungi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Pengarah Al Iman Agarwood Solution, Dato’ Liyackat Ali di Samaritan Hope, Persatuan Kebajikan Rumah Harapan K.L., Jalan Pudu.

 

Kunjungan tersebut turut dihadiri Presiden Karyawan, Dato’ Freddie Fernandez; Bendahari Karyawan, Radhi Khalid, serta pengelola Samaritan Hope, Joeyau Winfoo, dan pengasuh Sister Fatima.

 

Difahamkan Ross ‘transit’ di rumah bakti tersebut, selepas keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 16 Oktober. Beliau dirawat di HKL akibat mengalami kemalangan berhampiran Plaza Low Yatt, Bukit Bintang.

 

Media diberitahu, Ross akan dibawa pulang ke Klebang, Melaka oleh Dato’ Liyackat pada 18 Oktober ini.


Selain menyampaikan ucapan, Dato’ Freddie turut menyerahkan sumbangan kepada Ross.

 

Dalam ucapan beliau, Freddie menyatakan rasa gembira melihat Ross ceria dan bersemangat. Beliau turut berterima kasih kepada pihak yang sudi membantu meringankan beban Ross.

 

Tujuan Karyawan mengadakan majlis ini ialah untuk mewark-warkan bahawa ada usaha dilakukan untuk membantu Ross bangkit semula menjalani kehidupan seperti dahulu,” jelas Freddie yang berharap Ross akan mengecapi semula kegemilangannya sebagai pemuzik.


                                    

 

Dalam ucapannya pula, Liyackat mengatakan beliau terlibat dalam hal ini selepas seorang rakan menelefon meminta bantuan menyelesaikan masalah Ross.

 

Sepatutnya minggu lepas. Tetapi, oleh kerana masih berada di HKL, urusan Ross pulang ke kampung terpaksa ditangguhkan,” jelas beliau yang memang terpanggil mahu membantu Ross menjalani kehidupan lebih selesa, sebelum kembali berkarya.

 

Tambah Liyackat, beliau mahu Ross tinggal dikampung buat sementara sebagai langkah pemulihan dengan perhatian yang lebih rapi, serta beribadat yang sewajarnya.

                                   

                                            


“Ross jangan bimbang kerana saya akan menziarahinya dari semasa ke semasa memantau perkembangan,” ujar Liyackat lagi yang akan berusaha mencari peluang kerja berkaitan untuk Ross seperti mengajar muzik untuk pelajar.


- Raja Yusoff Ariffin 


No comments:

Powered by Blogger.