FILEM



                Dari kiri; Shatirah Amanda, Dyvianna James, Nina KSC, dan Kael.

 

Lagu Runut Bunyi Mar Rak

SERU CINTA

 

AMAT jarang atau tidak pernah empat pelakon utama sesebuah filem turut menyanyikan lagu runut bunyi/tema (OST)nya.

 

Jika belum pernah, filem Mar Rak boleh dianggap memulakan perkara tersebut apabila pelakonnya, iaitu Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James menyanyikan OST berjudul Seru Cinta, yang berdurasi 2 minit 20 saat.

 

Melodi dan muzik Seru Cinta dihasilkan oleh Kabir Bambu, sementara liriknya karya Dato’ TS Jeffry, merangkap penerbit dan pengarah Mar Rak.


Mejar (K) David Teo (kanan) turut hadir dan memberikan ucapan ringkas.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dato’ TS Jeffry menjelaskan mengenai lagu tema/runut bunyi filem Mar Rak, terbitan dan arahannya.

=========================================================================


Yank Kassim (dua dari kiri) menjelaskan mengenai penglibatannya dalam 
Mar Rak.


Kael, Shatirah, Nina, Dyvianna, Dato’ Jeffry dan Kabir menghadiri Majlis Pelancaran Lagu Tema Mar Rak dan Tayangan Treler filem berkenaan di TGV Cinema, Pavilion, Bukit Jalil pada 18 Oktober lalu.

 

Bersempena dengan pelancarannya, Kael, Shatirah, Nina dan Dyvianna menyanyikan Seru Cinta secara langsung, sebelum tayangan treler Mar Rak.

 

Dalam ucapannya, Jeffry menjelaskan kerana cerita Mar Rak adalah idea beliau, dan turut mengolah lakon layar tulisan Adza Waty dan Adza Emie, bukan masalah besar untuk menulis lirik Seru Cinta.


                Kael (kiri) dan Shatirah Amanda.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai judul Seru Cinta, beliau mengatakan itu berdasarkan tajuk filem dalam bahasa Siam - Mar Rak yang bermaksud seru atau panggil cinta.


Barisan pelakon Mar Rak bersama-sama Dato’ TS Jeffry, dan Mejar (K) David Teo (kanan sekali).




Pencipta melodi Seru Cinta, dan penata muzik Mar Rak, Kabir Bambu.



***********************************************************************************


Dari kiri; Nina KSC, Kael, Shatirah Amanda, dan Dyvianna James semasa menyanyikan Seru Cinta secara live.

 

Sementara itu, Kabir menyatakan tiada masalah bekerja dengan para penyanyi Seru Kasih kerana mereka memang penyanyi. Rakaman dilakukan di Aby Studio and Entertainment, dengan hak ciptanya milik Pentas Wayang.

 

Lirik lagu Seru Cinta:

 

Utusan demi utusan kuterima

Coretan nukilan tulus dari jiwa

Luahan rasa yang penuh bermadah

Terkulai diri menatapnya

 

Hati yang berdetik madah bagai terkunci

Tak mampu melafazkan yang tersirat di hati

Hidup terkadang indah bagai bulan purnama

Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana

 

Seandainya kita ditakdirkan bersama

Kuserahkan seluruh jiwa dan raga

Segala rintangan yang menghalangi cinta kita

Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya

 

Seandainya aku diberi kesempatan

Kan kucuba melemahkan seru yang bertandang

Warkah yang diutus bersama mentera jiwa

Hanya pada Tuhan tempat ku meminta  

                                                                              

OST Seru Kasih akan disiarkan secara rasmi di semua pelantar media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd (Pentas Wayang), dan Metrowealth Pictures (MIG).

 

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif  MIG, Mejar (K) David; penolong pengarah Mar Rak, AD, serta pelakon veteran, Yank Kassim yang juga koreografer adegan pertarungan filem ini.


Daliph Singh yang mengacarakan majlis turut membintangi filem Mar Rak

 

Mar Rak yang bercorak seram dan thriller diterbitkan oleh Pentas Wayang, milik Jeffry, dan MIG bertindak sebagai pengedarnya.

 

Filem ini mendapat kerjasama sepenuhnya Kementerian Komunikasi dan Digital, menerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia atas Dana Kandungan Digital yang telah dibelanjakan bagi memastikan penghasilannya, dan menemui penonton di pawagam.

                                          

Mar Rak yang menampilkan kesenian menora ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 2 November 2023.

 

- RAJA YUSOFF ARIFFIN

No comments:

Powered by Blogger.