SOSIAL

 

Pulaukan Institusi Kewangan Berlagak ‘Ayahanda’

BANTERAS REPOSSESSER BERAKSI GANGSTER

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu menarik perhatian pihak berkuasa, mengenai kejadian ejen tarik kereta yang mengenakan cas sehingga RM20,000 kepada pengguna.

 

Walaupun PPIM memahami syarikat peminjam akan mengeluarkan surat tarik kereta apabila pelanggan gagal melunaskan bayaran ansuran, tetapi cas tinggi untuk kos menyimpan kenderaan adalah melampau, dan tidak boleh dibiarkan.


Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi menggesa pengguna memulaukan institusi kewangan yang zalim.

***********************************************************************************

Pada September lalu, seorang wanita mendakwa keretanya ditarik dari lot parkir kereta di sekitar Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur.

 

Syarikat penarik kereta meminta bayaran sehingga RM20,000 untuk melepaskan kenderaan, walaupun pihak pemberi pinjaman kereta meletakkan syarat bayaran minimum tertunggak hanya RM2,400 sebulan.

 

Turut menarik dan mengejutkan tidak lama sebelum itu, seorang ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menghadapi detik cemas apabila didatangi penarik kereta di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Encik Muzaffar Razman (kiri sekali) menganggap syarikat penarik kereta yang tidak berperikemanusiaan sebagai perompak.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Dia yang panik, kemudian menghubungi PPIM untuk meminta bantuan. Isu berkenaan selesai selepas Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi tiba di tempat kejadian, dan berbincang dengan penarik kereta terbabit yang memberikan alasan hanya mengikut arahan institusi kewangan.

 

Semasa bercakap dalam sidang media yang diadakan di Our Private Place, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur pada 23 Oktober lalu, Toqqi menganggap tindakan syarikat penarik kereta kini tidak berperikemanusiaan.

 

Beliau mengakui ‘kezaliman’ penarik kereta bukan perkara baharu. Namun demikian, masalahnya ialah ia berterusan dan berulang-ulang tanpa kesudahan, malah semakin parah.

 

“Saya nampak lagak penarik kereta sekarang sudah melebihi Polis Diraja Malaysia. Pihak polis bertindak berdasarkan laporan, dan penyiasatan. Tetapi, penarik kereta boleh buat sesuka hati. Mereka boleh malah menahan kereta terlebih dahulu, kemudian melepaskannya setelah pemilik kereta membuat pembayaran,” tegas Toqqi.

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

 
Puan Siti Adawiyah Ismail (kiri), dan Puan Hamsha Nurul Suzana Mohd Hamdan bersama-sama tiga dari kanan; Muzaffar Razman, Dato’ Nadzim Johan, dan Kak Jan.   

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Katanya, sebelum ini cas hanya RM500 sahaja. Tetapi, kemudian naik kepada RM1,000 dan mengejutkan apabila menjadi RM10,000. Apabila naik lagi kepada RM20,000, tentulah lebih mengejutkan.

 

Sebelum ini, Toqqi menggesa institusi kewangan untuk menggunakan budi bicara dalam isu tarik kereta, khususnya yang mempunyai baki pinjaman dalam jumlah kecil. Tambah beliau, pihaknya menerima aduan mengenai kes tarik kereta meskipun pembiayaan telah dilunaskan lebih 70 peratus.

 

Beliau juga meminta kementerian berkaitan meneliti prosedur operasi standard sedia ada dalam mewujudkan situasi yang lebih memihak kepada pengguna, yang sedia terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.

 

Walau bagaimanapun, dalam sidang media pada 23 Oktober itu, Toqqi menegaskan isu ini tidak boleh ditolak ansur lagi, kerana kereta masih berisiko ditarik balik, meskipun peminjam telah membayar dalam jumlah yang banyak.


Dalam kes yang PPIM terima, kata beliau, ada yang berbaki hanya RM10,000. Jika ditarik, timbul masalah kerana perlu mencari kereta lain untuk urusan seharian.

 

“Mungkin ini isu kecil kepada sebahagian orang, tetapi bagi yang ‘cukup-cukup makan’ saja, memang membebankan,” tegas Toqqi yang turut menggesa pengguna agar proaktif, kerana mereka sudah kian diperguna.

 

Hari ini, pengguna sudah menjadi bukan pengguna lagi, tetapi diperguna. Dalam hal ini, saya amat berharap pihak media dapat memainkan peranan dengan lebih besar lagi,” tambah beliau yang menghargai kerjasama pihak media sebelum ini.


                                         

                Puan Siti Adawiyah Ismail (kiri), dan Puan Hamsha Nurul Suzana Mohd Hamdan.

###################################################################################

 Sehubungan itu, Toqqi meminta pihak media menularkan langkah memboikot institusi kewangan yang hanya mementingkan keuntungan, tanpa peduli pada kesusahan orang ramai.

 

“Dalam kes terbaharu ini, saya minta pihak Public Islamic Bank Berhad memberikan jawapan tuntas. Bank Negara Malaysia juga perlu ambil tahu. Orang ramai atau pengguna hari ini sudah tertekan oleh banyak perkara, dan janganlah ditambah lagi. Perkara yang wajar dan boleh dielakkan, elakkan,” tambah beliau yang hairan bagaimana penarik kereta mendapat kuasa sesuka hati mereka.

 

Toqqi bertegas kerana semua orang menerima kesan buruk. Pihak institusi kewangan dan kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, katanya, kini kelihatan tidak lagi mementingkan pengguna.

 

Turut hadir, pengkaji dan penyelidik PPIM, Encik Muzaffar Razman; aktivis PPIM yang dikenali sebagai Kak Jan, serta dua mangsa penarik kereta, iaitu Puan Siti Adawiyah Ismail, dan Puan Hamsha Nurul Suzana Mohd Hamdan.

 

Muzaffar menganggap tindakan penarik kereta sebagai perompak, kerana menggunakan penunda kereta. Kereta yang dirampas secara zalim pula dilelong tanpa mengikut peraturan.

 

Sementara itu, harapan Siti Adawiyah dan Hamsha Nurul untuk mendapatkan semula kereta mereka tipis. Adawiyah memberitahu beliau diminta membayar, tetapi bayaran yang dibuat itu bukan untuk kereta miliknya lagi.

 

Hamsha pula telah membayar RM130,000, dan ada wang untuk membuat pembayaran lain, tetapi tidak dapat memiliki semula keretanya. Bukan itu sahaja, melihatnya sahaja tidak dibenarkan.

 

- RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

           

.      


No comments:

Powered by Blogger.