BUSANA+LAGU

 

Berilah Petunjuk dalam Busana dan Lagu

 

MEMENUHI hasrat Allahyarham suaminya yang tidak kesampaian, satu perkara. Menggunakan sesuatu yang boleh menarik perhatian ramai terhadapnya, juga satu perkara.

 

Walau bagaimanapun, kedua-duanya penting dan besar!

 

Demikianlah Pengurus Wahdinii, Cik Puan Faridah Hj Hashim yang melancarkan busana rekaan beliau, Wahdinii dan lagu promosinya (jingle) yang berjudul serupa di Dia Studio Port Seni by Fauziah Latiff, Ara Damansara pada 22 Januari lalu.

 

Sebenarnya, Wahdinii merupakan pengeluar busana Muslim yang dijalankan oleh Puan Faridah bersama-sama rakan urus niaga beliau, Puan Emma, atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers.

 

Emma atau nama sebenarnya, Rahimah Sukor, juga merupakan Pengarah Urusan Impact Music Entertainment, dan Ahli Kehormat Persatuan Amal dan Kebajikan Keluarga Warisan Polis Diraja Malaysia).

 

Menurut Faridah yang menetap di Johor Bahru, buat permulaan, busana yang dilancarkan ini hanya untuk kaum lelaki sahaja dalam 10 warna corak biasa, teluk belanga, dan cekak musang, dari harga serendah RM148.

                                  

Puan Faridah Hj Hashim (tengah) bersama-sama Adi 6ixth Sense dan Azmi Saat Caliph Buskers (kanan sekali).

======================================================================= 

“Antara keistimewaan busana ini ialah setiap reka bentuknya berbeza, yang sesuai untuk ayah dan anak. Kain yang digunakan pula memang membuat si pemakainya selesa. Tidak berasa panas di mana pun berada,” tambah Faridah yang mereka sendiri busana Wahdinii.

 

Kemampuannya yang terbukti ini juga hasil daripada pembelajaran sendiri selama bertahun-tahun, sebelum yakin untuk tampil di pasaran.

                                                                                                                                           

Puan Faridah Hj Hashim bersama-sama Adi 6ixth Sense dan Azmi Saat Caliph Buskers semasa sidang media pelancaran busana dan jingle Wahdinii pada 22 Januari lalu.

=======================================================================

Selain Faridah, turut menghadiri majlis pelancaran ialah Emma, Adi Proyo, Azmi Saat, dan Zell Sazalie.

 

Adi, penyanyi kumpulan 6ixth Sense dan Azmi dari Caliph Buskers hadir kerana mereka terlibat dengan jingle Wahdinii.

 

Wahdinii (yang bermaksud berilah petunjuk), dicipta oleh Adi, sementara Azmi membuat penampilan khas dalam lagu promosi tersebut.

           

        Adi Proyo@ Adi 6ixth Sense (kiri) dan Azmi Saat Caliph Buskers.

=======================================================================

Menurut Faridah, Adi dipilih kerana kepakarannya mencipta konsep lagu. Sebagai pencipta lagu yang pernah merangkul beberapa anugerah seperti Muara Hati, nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza ft Hafiz Suip, dan Ku Relakan Jiwa oleh Hazama tidak dapat disangkal.

 

Seperti dimaklumi, lagu-lagu hit 6ixthsense seperti Khatimah Cinta dan Tanpa, serta Kisah Hati nyanyian Datin Alyah juga hasil ciptaan Adi.

                                                                             

Zell Sazalie (kanan sekali) bersama-sama Adi 6ixth Sense, Puan Faridah Hj Hashim, dan Azmi Saat Caliph Buskers.

======================================================================

Lagu promosi Wahdinii kedengaran berbeza daripada lagu-lagu sebelumnya yang lebih berkonsepkan balada, rock alternative, dan pop.

 

Melodi Wahdinii sangat mudah diikuti, atau dalam kata lain, catchy. Ternyata melodinya kedengaran seperti irama padang pasir.

 

Mengenai Azmi, pemilihannya diputuskan hasil perbincangan semua pihak yang diterajui Zell sebagai Pegawai Komunikasi Strategik.

                                      

Emma Rockers (empat dari kiri) dan Fauziah Latiff (dua dari kanan) turut menghadiri majlis pelancaran dan sidang media busana + lagu Wahdinii.

=======================================================================

“Berilah petunjuk membawa pengertian semua manusia di muka bumi ini memerlukan petunjuk atau bimbingan untuk mencapai kejayaan,” jelas Faridah yang bersyukur lagu berkenaan dapat disiapkan dalam masanya.

 

Faridah dan Emma yang terus terpikat, tidak mengambil masa lama untuk menaja Adi dan Azmi bagi Busana Muslim Wahdinii keluaran 2024 ini.

 

Sementara itu, Adi memberitahu melodi Wahdinni dihasilkan selepas membuat rujukan dan penelitian melodi mana yang menjadi kegemaran ramai.

                                         

Adi Proyo@ Adi 6ixth Sense (kiri sekali) memberikan penjelasan mengenai lagu promosi ciptaannya, Wahdinii.

======================================================================= 

“Saya mencari melodi yang ‘mesra telinga’. Walaupun kedengaran ‘kampungan’, tetapi diminati semua, termasuk ‘bandaran’,” jelas Adi yang mengatakan melodi lagu-lagu ciptaan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ‘mahal’ dan digemari ramai meskipun kedengaran ‘kampungan’.

 

Untuk maklumat lanjut mengenai Wahdinii, sila hubungi Faridah Hj Hashim menerusi 011 1008 1407, atau lawati Facebook wahdinii.

                                              

 Salah satu corak busana Wahdinii yang dihasilkan oleh Puan Faridah Hj Hashim.


-       RAJA YUSOFF ARIFFIN

 



No comments:

Powered by Blogger.