=========================================================================

PENDIDIKAN

 

Lawatan Zambry Kadir ke Universiti Limkokwing Lancar TVET Teknologi AI-Kreatif MASTERON GROUP

 

SENATOR Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir memegang jawatan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) sejak 12 Disember 2023. Sebelum itu, beliau merupakan Menteri Luar Negeri bermula 3 Disember 2022.

 

Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (Universiti Limkokwing), salah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta atau universiti swasta (US) di Malaysia, dinamakan bersempena dengan seorang ahli perniagaan tanah air, Tan Sri Dato’ Profesor Dr Lim Kok Wing.

 

Kampus utama Universiti Limkokwing terletak di Cyberjaya. US ini merupakan universiti bertaraf dunia, dan menjadi tumpuan pelajar dari seluruh dunia. Kini, ia memiliki kampus di Kuala Lumpur, Melaka, Kuching, Botswana, Kemboja, Lesotho, Sierra Leone, Eswatini, Uganda, dan United Kingdom.

 

Antara alumni Universiti Limkokwing yang terkenal termasuklah penyanyi/pelakon Gadaffi Ismail Sabri @ Dafi, pelakon Maya Karin dan Sazzy Falak, serta pengacara/pelakon Awal Ashaari, dan penyanyi/pelakon Indonesia, Acha Septriasa.

 

Pada 23 April lalu, Dato’ Dr Zambry telah melakukan lawatan kerja ke Universiti Limkokwing yang menurut beliau dalam ucapannya, sebagai memenuhi undangan berkali-kali rakan baik, mantan Ahli Dewan Negara Malaysia, Datuk Dr Ras Adiba Mohd Radzi.

 

Acara lawatan tersebut turut menyaksikan MASTERON GROUP Sdn Bhd (MASTERON GROUP) bersama-sama Dr Zambry melancarkan Program TVET Teknologi AI-Kreatif.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                                                                                                                                                                         

Inisiatif ini menandakan era baharu dalam menggabungkan kecerdasan buatan (AI) dengan pendidikan kreatif, disokong oleh kerjasama antarabangsa, termasuk perkongsian penting dengan Kerajaan Timor Leste.

 

Lawatan Zambry serta tetamu lain ke acara berprestij yang mempamerkan masa depan pendidikan global ini disambut baik oleh Pengarah MASTERON GROUP, Datuk Choy Wai Ceong, dan Naib Canselor Universiti Limkokwing, Prof Dr Manivanan Saman.

 

Program TVET Teknologi AI-Kreatif baharu ini berada di hadapan inovasi pendidikan, menyediakan pelajar dengan kemahiran penting yang merentasi teknologi, dan kreativiti.

 

Dalam ucapannya, antara lain Zambry berkongsi visi beliau untuk landskap pendidikan Malaysia, yang menekankan integrasi teknologi canggih.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                   

=========================================================================

Sementara itu, kerjasama MASTERON GROUP dan Kerajaan Timor Leste adalah untuk membawa pelajar negara tersebut ke Malaysia untuk pendidikan tinggi, khususnya di Universiti Limkokwing. Ia bertujuan meningkatkan peluang pendidikan, dan mempromosikan pertukaran budaya.

 

Kerjasama pihak kami dengan Universiti Limkokwing dan Kerajaan Timor Leste menunjukkan komitmen kami untuk menjadikan pendidikan berkualiti tinggi dapat diakses oleh pelajar dari seluruh dunia,” ujar Datuk Choy Wai Ceong.

 

MASTERON GROUP berdedikasi memajukan kecemerlangan pendidikan, dan pembangunan komuniti menerusi kerjasama strategik, dan inisiatif inovatif.

 

Syarikat ini berada di barisan hadapan dalam mencipta peluang yang meningkatkan standard pendidikan global.

 

Acara berkenaan turut memaparkan projek serta perkongsian sedang berlangsung dan akan berlangsung, menekankan komitmen teguh Universiti Limkokwing untuk menduniakan pendidikan Malaysia, dan menawarkan pengalaman menambah baik, dan unik kepada para pelajar.   

 

Sementara itu, Zambry memberitahu bahawa Putrajaya merancang membaharui sistem pendidikan tinggi Malaysia bawah pelan 10 tahun seterusnya bagi sektor itu.

 

Dengan pelan semasa akan tamat tahun depan, tambah beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan KPTM untuk menyemak semula sistem sedia ada.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

      

                                          

 Antara yang turut menghadiri acara lawatan kerja Senator Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir ke Universiti Limkokwing pada 23 April lalu.

=========================================================================

Perdana Menteri mahu sistem pendidikan tinggi selari dengan perkembangan semasa dalam teknologi, khususnya dalam kecerdasan buatan, serta pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional atau TVET,” ujar Zambry.

 

Oleh itu, kata beliau lagi, KPTM sedang bersiap sedia untuk melakukan pembaharuan (sistem) melalui pelan pendidikan tinggi seterusnya yang akan bermula pada 2026.

 

Bercakap kepada pihak media selepas lawatan kerja ke Universiti Limkokwing, Zambry menegaskan Malaysia perlu mengikuti perkembangan semasa untuk memastikan ia mampu bersaing dalam dunia kompetitif hari ini.

 

Menurutnya lagi, negara akan menerima tambahan 100,000 pelajar asing yang melanjutkan pendidikan tinggi, termasuk dari Iraq dan Lubnan. Ketika ini, Malaysia ada kira-kira 200,000 pelajar asing.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                              

                                              Senator Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir.

=========================================================================

“Terdapat permintaan tinggi daripada pelajar asing untuk belajar di sini. Iraq dan Lubnan misalnya, memerlukan lebih banyak modal insan untuk membangunkan semula negara mereka,” jelas Zambry yang menghimbau kenangan semasa menjadi Menteri Luar Negeri, iaitu mereka telah menyuarakan minat untuk menghantar ribuan pelajar ke sini,” katanya.

 

Selain Datuk Ras Adiba, Choy Wai Ceong, dan Prof Dr Manivanan, turut hadir ialah Marie Shafie Gilmore.

 

-         Raja Yusoff Ariffin

 



    
                                                                                                                

                                         



 

 

 

No comments:

Powered by Blogger.