==================================================================================================================================================
PENDIDIKAN
Dana 20,000 Bank
Muamalat untuk Sekolah Wilayah Persekutuan Menerusi YWP
NIAT memberikan
bantuan kepada pihak yang kurang kemampuan dan amat memerlukan, diikuti dengan
melaksanakannya adalah amalan terpuji yang sangat digalakkan oleh Islam.
Bank Muamalat, Jalan
Melaka, Kuala Lumpur antara pihak yang terpanggil melakukan perkara sedemikian,
dan itu telah sedia termasuk dalam amalan tanggungjawab perkhidmatan masyarakat
(community service responsibility)
atau ringkas-popularnya, CSR.
Hal tersebut
dipermudah lagi oleh sahutan/sambutan pihak yang berniat serupa, iaitu Yayasan
Wilayah Persekutuan sebagai penyalurnya untuk diberikan kepada golongan
sasaran.
Bertempat di Bilik
Mesyuarat, Aras 2, Wisma Yayasan Wilayah Persekutuan, Kampong Bharu, Kuala
Lumpur pada 21 Mei lalu, Bank Muamalat menyerahkan cek sumbangan untuk program
Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah kepada Yayasan Wilayah Persekutuan.
Sumbangan bernilai
RM20,000
itu telah diserahkan oleh Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank
Muamalat, YBhg Tuan Hj Zaharuddin Alias kepada Pengarah Eksekutif Yayasan Wilayah
Persekutuan (YWP), YBhg Tuan Haji Abdul Rahman Siraj.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketua Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat, Hj Zaharuddin Alias.
=========================================================================
Menurut Tuan Haji Zaharuddin, program ini merupakan pemberian makanan harian secara percuma
kepada pelajar sekolah menengah di Wilayah Persekutuan.
Dilaksanakan
sejak 2018, sebanyak 2,000 pelajar telah menerimanya setiap tahun. Sehingga 2023, YWP telah membantu 12,000
pelajar yang kurang kemampuan. Bagi 2024,
3,000 pelajar akan diberikan bantuan.
Penerima manfaat ini merupakan pelajar-pelajar dalam kalangan golongan B40, dan keluarga yang berpendapatan rendah di Wilayah
Persekutuan, berdasarkan senarai dari Jabatan Pendidikan Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari kiri; Mohd Azim Mohd Saufi, Hj Zaharuddin Alias, Hj Mohd Fadzil Abd Hamid, M Faslee Meon, dan Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir.
========================================================================
“Sumbangan ini adalah sebagai tanda keprihatinan pihak kami terhadap kesusahan yang dihadapi golongan
tiada atau kurang kemampuan di Wilayah Persekutuan. Terima kasih juga kepada
pihak Yayasan Wilayah Persekutuan kerana
sudi bekerjasama,” ujar Haji Zaharuddin.
Beliau seterusnya berharap kerjasama amal-strategik ini akan menghasilkan impak positif
dan manfaat kepada kumpulan sasaran dalam pembangunan pendidikan, khususnya
pelajar-pelajar yang kurang kemampuan dari segi kewangan, untuk mendapatkan makanan berkhasiat sewaktu belajar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hj Zaharuddin Alias (dua dari kiri) menyerahkan cek sumbangan berjumlah RM20,000 kepada Haji Abdul Rahman Siraj (lima dari kanan).
Turut hadir Pengurus
Jabatan Kewangan Sosial, Bank Muamalat, YBrs Encik Mohd Azim Mohd Saufi; Pengurus
Besar Jabatan Kewangan Kumpulan YWP, YBrs Encik M Faslee Meon; Pengurus Kanan,
YBrs Puan Norazlina Abd Rashid; Ketua Pegawai Undang-undang, YBrs Tuan Hj Mohd Fadzil
Abd Hamid; dan Timbalan Pengurus Besar, Jabatan Pembangunan Komuniti,
Komunikasi Strategik & IT Kumpulan YWP, YBhg Datin Dr Ida Harlina Ikhwan
Nasir.
Kedua pihak berharap bantuan yang disalurkan oleh Bank Muamalat-YWP ini akan menjadi contoh,
dan semoga bantuan yang diberikan mampu mengurangkan bebanan penerimanya.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dari kiri; Hj Mohd Fadzil Abd Hamid, Datin Dr Ida Harlina Ikhwan Nasir, M Faslee Meon, dan Norazlina Abd Rashid.
Sehubungan itu juga, YWP mengalu-alukan sumbangan
daripada individu atau syarikat korporat agar dapat bersama-sama menoktahkan
kemiskinan bandar, dan meningkatkan taraf hidup warga WP.
Justeru, sumbangan
orang ramai dialu-alukan ke Tabung Kebajikan & Pelajaran YWP di CIMB Bank,
menerusi nombor akaun 8001103675, atas nama YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN, serta
catatkan kod ‘SUMBANGAN TABUNG YWP.
-
RAJA
YUSOFF ARIFFIN
No comments: