Uptown 1 Shamelin Mall sudah beroperasi sejak lebih sebulan lalu.

=========================================================================

EKONOMI

 

Uptown Pertama dalam Pasar Raya di Malaysia

AMC ANGKAT TARAF USAHAWAN SELEBRITI

 

PADA Ramadan dan menjelang Syawal 1444 Hijrah atau 2023 tahun lalu, penduduk sekitar Ampang dan kawasan berdekatan sering berkunjung ke Bazar Aidilfitri Ampang, yang terletak berhampiran dengan Ampang Point.

 

Sebelumnya, tapak Bazar Aidilfitri Ampang itu merupakan tapak Uptown ULAM, atau nama penuhnya, Uptown Lorong Ampang Mampan selama beberapa bulan.

 

Selepas pertubuhan bukan kerajaan (NGO),  iaitu Angkatan Malaysia Cemerlang (AMC) mengambil alih, tapak perniagaan itu terus dijadikan Bazar Aidilfitri Ampang.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Pe                            Pengerusi Angkatan Malaysia Cemerlang, Dato’ Al Amin Azwar.

===========================================================================


MMenurut Pengerusi AMC, Dato’ Al Amin Azwar, syarikat yang menganjurkan Bazar Ramadan Aidilfitri itu adalah Sedetik Impian yang memperoleh kontrak dengan Majlis Perbandaran Ampang Jaya.

 

“Di sini, AMC membuka  peluang kepada usahawan Ampang berkolaborasi dengan usahawan selebriti. Kami membuka peluang kepada usahawan selebriti bekerjasama dari segi mempromosi tempat ini, dengan bantuan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), GTAS dan lain-lain,” kata beliau yang lebih dikenali sebagai Dato’ Amin Novo.

 

AMC, tambah Amin Novo, adalah NGO yang selama ini memberikan sumbangan kepada rumah orang tua, anak yatim, dan gelandangan, sebagai aktiviti tahunan. AMC mencari golongan asnaf, dan membantu mereka yang kurang kemampuan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2


                                                                           

Suasana sekitar Uptown 1 Shamelin Mall yang mencipta rekod!

=========================================================================

“Sambil bergerak sebegini, kami disokong oleh pihak berkuasa tempatan, Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Parlimen Ampang di bawah naungan YB Rodziah Ismail yang memberi kepercayaan kepada kami untuk menghidupkan kawasan Ampang, dan menarik usahawan yang bermasalah seperti ketiadaan tempat dan lesen berniaga untuk dikumpulkan di satu tempat, dan dijadikan uptown,” katanya lagi.

 

Amin menambah bahawa AMC mahu menjadikan Ampang sebagai tapak perniagaan yang menjadi tumpuan ramai seperti Danau Kota, atau Jalan Masjid India.

 

“Atas bantuan kawan-kawan dan persatuan artis yang turut membuat promosi di media sosial masing-masing, Alhamdulillah kawasan tersebut tampak ‘hidup’,” ujar beliau.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                 Dato’ Al Amin Azwar atau lebih dikenali sebagai Dato’ Amin Novo.

=========================================================================

Walau bagaimanapun, keadaan yang baik itu tidak berlarutan lama. Tiada lagi Bazar Aidilfitri  pada tahun ini kerana para usahawan di situ dinasihatkan berpindah oleh YB Rodziah ekoran aduan orang awam.

 

“Keadaan di situ sudah terlalu sesak dan mengganggu lalu-lintasAMC pun mengambil keputusan mendengar nasihat YB Rodziah demi kebaikan semua,” kata Amin yang menjelaskan pihaknya turut mendapat tawaran pihak lain.

 

“Kami tak membantah ahli politik kerana selama ini hubungan amat baik, malah Rodziah ada memberi tawaran tempat baharu,” jelas beliau, dan mengatakan AMC akhirnya menerima tawaran membuka uptown di 1 Shamelin Mall, Taman Shamelin Perkasa.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Suasana sekitar Uptown 1 Shamelin Mall yang lebih selesa dan menyenangkan.

=========================================================================

 Menurut Amin lagi, sudah lebih sebulan Uptown 1 Shamelin Mall dibuka. Menariknya, uptown tersebut mencatat rekod sebagai uptown pertama di dalam pasar raya di Malaysia.

 

“Sebelum ini kita hanya menemui atau mengetahui tapak uptown di luar bangunan, di bawah khemah. Kini sudah ada yang pertama di dalam pasar raya,” ujar beliau dengan gembira.

 

Jelas Amin, menolak tawaran Rodziah bukan bererti ada perbalahan, tetapi tawaran 1 Shamelin Mall lebih menarik kerana selari dengan hasrat beliau sendiri.

 

“Saya mahu mengangkat taraf usahawan selebriti dengan membawa mereka dari berniaga di bawah khemah ke dalam pasar raya yang lebih selesa,” tegas beliau yang bukan sahaja mengadakan peluang berniaga, tetapi juga menganjurkan kursus usahawan secara percuma, dan merintis kaedah pinjaman yang lebih mudah.

 

Selain kadar sewa yang munasabah dengan tawaran harga Rahmah dan MADANI, kursus yang dianjurkan juga di tempat yang selesa, dan selamat, iaitu di dalam bangunan, bukan di bawah khemah yang terdedah pada risiko cuaca!

 

“Sebenarnya juga, pihak pengurusan 1 Shamelin Mall mahu wajah premis mereka tampil dengan konsep tertentu. Tingkat-tingkat lebih atasnya sudah dipenuhi pelbagai pusat hiburan, termasuk pawagam dan karaoke keluarga. Mereka mahukan kelainan di tingkat bawahnya,” jelas Amin, sambil memberitahu peluang tersebut sangat baik, dan tidak boleh dilepaskan begitu sahaja.

 

Difahamkan 1 Shamelin Mall juga sudah lama mencari pihak yang boleh memenuhi hasrat mereka itu. Mungkin sudah rezeki AMC, kata Amin bahawa beliau adalah orang keempat yang ditawarkan membawa perubahan. Beliau menerimanya dan yakin berjaya, kerana ada pengalaman mengurus usahawan selebriti.

 

Tambahnya, ada pihak yang memberikan tempoh enam bulan untuk berjaya. Namun begitu, Amin yakin dengan sambutan baik setakat ini, dan hubungan baik dengan NGO serta ahli politik, tiada masalah besar akan mengganggu.

 

“Saya yakin, dalam masa tiga bulan sahaja Uptown 1 Shamelin Mall akan mencapai kejayaan,” tegas Al Amin, sambil menambah, di Thailand sudah lama ada uptown di dalam pasar raya.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                 

                Suasana Uptown 1 Shamelin Mall yang lebih selesa dan menyenangkan.

===========================================================================

Buat permulaan dan untuk memudahkan pengurusan, AMC akan mengurus usahawan selebriti Malaysia sahaja. Setakat ini, antara yang berniaga termasuklah Azan Scan, Beego, Lan Newboys, Radhi OAG, Ieda dan Eddy Moin, serta kartunis Kulat.

 

Waktu berniaga dari jam 10 pagi dan berakhir pada jam 4 pagi. Ertinya, waktu lebih panjang berbanding sebelum ini. Cuma, terpulang pada kemampuan masing-masing.

 

“Ada juga selebriti yang berniaga waktu malam sahaja. Buat permulaan ini, memang mereka tak menggaji pembantu atas faktor kemampuan kewangan,” ujar Amin.

 

-       --  RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

0.           

3.    

No comments:

Powered by Blogger.