PELANCONGAN
Kerjasama Persatuan Hotel Bajet/Bisnes Malaysia-Vendfun Sdn Bhd
PACU INOVASI HOTEL PINTAR DI MALAYSIA
UNTUK meningkatkan kemajuan teknologi dan mempromosikan inisiatif hotel pintar dalam industri hospitaliti di Malaysia, Persatuan Hotel Bajet Malaysia dan Bisnes Malaysia (MyBHA) menjalinkan kerjasama strategik dengan Vendfun Sdn Bhd (Vendfun) , iaitu sebuah syarikat penyedia teknologi hospitaliti di Malaysia.
Kerjasama dan persefahaman tersebut telah dimeteri menerusi satu memorandum persefahaman (MOU) di Dewan 5, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 13 Julai 2024.
MOU yang diadakan semasa Pameran Franchise Expo Malaysia 2024 (ke-7) di KLCC dari 11 hingga 13 Julai 2024 menandakan satu langkah permulaan ke arah pembangunan hotel pintar. Kedua-dua pihak berkongsi visi yang sama untuk memanfaatkan teknologi canggih dalam merevolusikan sektor hospitaliti, meningkatkan pengalaman tetamu, dan memperbaik kecekapan operasi.
MyBHA diwakili Presidennya, YBrs Encik Sri Ganesh Michael, sementara Vendfun pula oleh Ketua Pegawai Eksekutif, YBrs Encik Benny Wee.
YYBrs Encik Benny Wee (duduk kiri) dan YBrs Encik Sri Ganesh Michael (duduk kanan) menyempurnakan perjanjian persefahaman antara MyBHA dengan Vendfun pada 13 Julai lalu di KLCC.
2. ==============================================================================================================================
Menerusi MoU ini, MyBHA dan Vendfun akan bekerjasama untuk membangunkan dan mempromosikan konsep hotel pintar di Malaysia. Inisiatif ini merangkumi pengenalan teknologi canggih terkini yang boleh mengubah operasi hotel tradisional kepada pengalaman yang pintar, cekap, dan mesra tetamu.
Kerjasama ini memberikan tumpuan kepada peningkatan infrastruktur teknologi dalam
industri hospitaliti. Dengan mengintegrasikan teknologi canggih, sebuah hotel dapat menawarkan perkhidmatan yang lancar, seperti interaksi tetamu yang digerakkan oleh kecerdasan buatan (AI), dan kawalan bilik pintar.
Persefahaman ini akan turut mempromosikan penyelesaian inovatif seperti sistem daftar masuk dan keluar pintar, teknologi kecekapan tenaga, sistem kunci bilik digital, dan perkhidmatan tetamu yang diperibadikan dengan AI.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. YBrs Encik Sri Ganesh Michael menyampaikan ucapan beliau.
Kemajuan ini bertujuan memperkemas operasi hotel dan meningkatkan pengalaman keseluruhan tetamu.
MyBHA dan Vendfun komited untuk menyediakan program latihan dan pembangunan yang komprehensif untuk kakitangan hotel, pemilik hotel dan pelabur hotel. Program ini akan merangkumi bengkel, seminar, dan sesi latihan praktikal untuk melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan untuk mengurus dan menggunakan teknologi baharu dengan berkesan.
Persefahaman ini akan memupuk inisiatif penyelidikan dan pembangunan bersama, untuk berinovasi dan menyesuaikan diri dengan permintaan industri yang kian berkembang. Dengan sentiasa berada di barisan hadapan kemajuan teknologi, kerjasama ini bertujuan memenuhi jangkaan pelancong moden, dan mengekalkan kelebihan yang lebih kompetitif dalam pasaran hospitaliti.
Dalam menyatakan semangat dan keyakinan beliau terhadap MoU ini, Encik Sri Ganesh menegaskan kerjasama MyBHA dengan Vendfun menandakan pencapaian penting bagi kedua-dua pihak, dan industri hospitaliti Malaysia.
“Dengan menerima teknologi canggih, MyBHA bukan sahaja meningkatkan pengalaman tetamu, tetapi juga memastikan ahli kami kekal kompetitif dalam dunia digital yang semakin berkembang,” ujar Ganesh dalam ucapan beliau.
Berkongsi perasaan dengan Ganesh, Encik Benny menyatakan bahawa Vendfun sangat gembira bekerjasama dengan MyBHA dalam mewujudkan hotel pintar di Malaysia.
“Matlamat Vendfun adalah
untuk memanfaatkan kepakaran teknologi yang dimiliki, bagi mencipta operasi hotel yang inovatif, dan cekap yang
memberi manfaat kepada tetamu, dan pemilik hotel. Memorandum persefahaman
ini menandakan komitmen kami untuk
memacu masa depan hospitaliti pintar di Malaysia,” kata Benny dalam
ucapannya.
Lebih jauh lagi, persefahaman
antara MyBHA-Vendfun dijangka memberikan impak yang mendalam kepada industri
hospitaliti Malaysia.
Dengan mengadopsi inisiatif
hotel pintar, hotel boleh menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, meningkatkan
kecekapan operasi, dan mengurangkan kos.
Integrasi teknologi
canggih akan membolehkan hotel menyediakan pengalaman yang diperibadikan, dan
lancar untuk tetamu, mendorong kesetiaan dan kepuasan pelanggan.
Antara tumpuan MoU ini kepada
beberapa inisiatif hotel pintar utama, termasuklah sistem daftar masuk dan
daftar keluar pintar. Ia melaksanakan proses daftar masuk dan daftar keluar
automatik, atau tanpa pekerja untuk mengurangkan masa menunggu, dan
meningkatkan kemudahan tetamu.
Ia juga menyelesaikan masalah
cekap tenaga, dengan memperkenal teknologi penjimatan tenaga seperti pencahayaan pintar, sistem HVAC, dan
pengurusan air untuk mempromosikan kelestarian, serta mengurangkan kos operasi.
Selain itu, ada pula sistem
kunci bilik digital yang menggantikan kunci tradisional dengan kad kunci atau
kunci digital yang boleh diakses melalui telefon pintar, meningkatkan
keselamatan, dan kemudahan tetamu.
Seterusnya, perkhidmatan
tetamu peribadi digerakkan oleh AI, dengan menggunakannya buatan untuk
memberikan pengesyoran yang disesuaikan, ucapan atau jawapan yang diperibadikan,
dan penyampaian perkhidmatan yang efisyen, atau cekap di samping mewujudkan
pengalaman tetamu yang unik, dan tidak dapat dilupakan.
Dalam memastikan kejayaan
MoU ini, MyBHA dan Vendfun akan
bersama-sama menganjurkan program
latihan dan pembangunan untuk membimbing kakitangan hotel, pemilik, dan pelabur
dengan kemahiran yang diperlukan, untuk mengurus dan menggunakan teknologi
baharu.
Program berkenaan akan merangkumi
pelbagai topik, seperti bengkel yang memberikan latihan praktikal tentang
pelaksanaan dan pengurusan teknologi hotel pintar; seminar informatif yang
dipimpin oleh pakar industri untuk membincangkan trend, dan kemajuan terkini dalam
penyelesaian hotel pintar; serta sesi latihan praktikal untuk memastikan
peserta memperoleh pengalaman praktikal dalam menggunakan teknologi canggih.
Persefahaman ini juga akan memberi
tumpuan pada menjalankan inisiatif penyelidikan, dan pembangunan bersama untuk
berinovasi, dan menyesuaikan diri dengan permintaan industri yang semakin
berkembang.
Dengan berada di hadapan kemajuan teknologi, industri perlu bersedia untuk memenuhi jangkaan pelancong moden, dan
mengekalkan kelebihan kompetitif dalam pasaran.
Sekali lagi ditegaskan bahawa MoU antara MyBHA dan Vendfun ini menandakan
satu kerjasama penting, dan bertujuan mengubah industri hospitaliti Malaysia
melalui inisiatif hotel pintar.
Dengan memanfaatkan teknologi canggih, persefahaman ini bertujuan meningkatkan
pengalaman tetamu, meningkatkan kecekapan operasi, dan memastikan daya saing
hotel bajet dan bisnes atau resort di Malaysia selari dengan pasaran global.
MYBHA
adalah
sebuah persatuan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pertubuhan Malaysia di bawah
Akta Pertubuhan 1966 (Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984) atas nama Persatuan
Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA) dengan No Pendaftaran PPM-006-14-01082001
yang dipertanggungjawab untuk mewakili, dan membantu hotel-hotel bajet yang
berlesen, dan berdaftar di Malaysia dalam membawa dan/atau mengangkat segala masalah
yang dihadapi semua ahlinya kepada pihak yang bertanggungjawab, dan yang
berkaitan bagi meningkatkan imej industri perhotelan bajet di bawah tiga
bintang secara khususnya, dan industri pelancongan negara secara umumnya.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
VENDFUN adalah ahli korporat
MyBHA, dan sebuah syarikat penyedia penyelesaian teknologi hospitaliti terkemuka
di Malaysia, khasnya dalam penyelesaian inovatif, dan terkini untuk industri
hospitaliti.
Dengan tumpuan pada teknologi
hotel pintar, Vendfun menyasarkan untuk meningkatkan kecekapan operasi, dan
pengalaman tetamu melalui kemajuan teknologi terkini.
-
RAJA YUSOFF ARIFFIN
3.
No comments: