Haji Mohd Hisham Harun (lima dari kiri) bersama-sama para tetamu jemputan, dan sebahagian pemilik syarikat Pengelola Jemaah Haji yang hadir.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Karnival Haji ,
Umrah & Pelancongan ke-3: Penganjur Sasar 20,000 Pengunjung
SELEPAS berjaya
melepasi sasaran pengunjung semasa Karnival Haji, Umrah & Pelancongan
(KHUP) kali ke-2 pada 2024, penganjurnya mensasarkan jumlah yang lebih lagi
untuk KHUP kali ke-3 (KHUP 3) yang akan berlangsung tidak lama lagi.
KHUP
3 anjuran bersama Lembaga Tabung Haji (TH), dan Persatuan Syarikat Pengendalian
Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA MALAYSIA) akan berlangsung pada 3
hingga 5 Januari 2025, di Movenpick Hotel & Convention Centre, KLIA,
Sepang.
Menurut
Pengerusi KHUP 3/Ketua Bahagian Haji, TH, YBrs Tuan Haji Mohd Hisham Harun, tujuan
utama KHUP 3 dilangsungkan pada awal 2025 adalah untuk memberi pilihan kepada bakal-bakal
haji terpilih menunaikan haji, sama ada bersama-sama muassasah, atau menerusi
pakej yang ditawarkan oleh Pengelola Jemaah Haji (PJH).
Bercakap
semasa sidang media KHUP 3 di TH03, Menara Kuala Lumpur pada 23 Disember lalu,
Haji Mohd Hisham menjelaskan, dengan sasaran jumlah pengunjung kali ini seramai 20,000, karnival berkenaan juga adalah sebagai salah satu
usaha untuk mempromosikan pakej haji yang disediakan oleh 37 syarikat.
Dari kiri; Haji Anuar Ahmad, Haji Mohd Hisham Harun, Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin, dan Ab Rahman Mohd Ali.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Kesemua
syarikat tersebut dilesenkan oleh TH dikenali sebagai PJH berbanding 25
syarikat pada musim haji 2024,” jelas beliau.
TH,
tambah Mohd Hisham, memberikan ruang dan peluang kepada bakal-bakal haji
menilai kesemua pakej yang ditawarkan oleh 37 syarikat PJH, di bawah satu
bumbung, dan memudahkan mereka membuat pilihan pakej haji mengikut kemampuan,
dan cita rasa masing-masing, selari dengan tema ‘Piih Keselesaan, Pilih Pakej
Haji’.
Mengenai
kes penipuan ejen haji dan umrah, Hisham turut mengingatkan orang ramai yang
ingin menunaikan fardu haji agar memilih syarikat yang berdaftar di bawah TH, bagi
mengelakkan perkara berkenaan.
“Kerajaan
Arab Saudi sendiri telah mengambil langkah mengetatkan syarat menunaikan haji
dan umrah. Ia ditegaskan dengan slogan ‘no
visa no haj’. Saya yakin rakyat sudah memahami, dan menyedari keperluan
menggunakan pakej yang sah,” tambah beliau.
JADUAL HARIAN KARNIVAL HAJI, UMRAH & PELANCONGAN KE-3
=========================================================================
Sementara
itu, YBrs Dr Wan Muhamad Adam Wan Norudin, Timbalan Pengerusi 2 KHUP 3/Presiden
BUMITRA MALAYSIA mengatakan KHUP mencerminkan visi bersama-SAMA untuk
mempromosikan kepercayaan, ketelusan, dan kecemerlangan dalam industri Haji dan
Umrah.
“Kerjasama
TH dan RHB Islamic Bank membolehkan bakal-bakal haji 2025 membuat keputusan yang
tepat untuk perjalanan ibadah mereka,” ujar beliau.
Turut
hadir YBrs Tuan Haji Anuar Ahmad, Timbalan Pengerusi 1 KHUP 3/Ketua Bahagian Agensi
Haji TH; dan YBrs Encik Ab Rahman Mohd Ali, Setiausaha Kerja Karnival KHUP 3/Pengarah
Projek BUMITRA MALAYSIA, serta pemilik-pemilik PJH termasuk Datuk Md Daud Che
Ngah (Pengerusi Eksekutif Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd), dan Ustaz Don
Daniyal Don Biyajid (Pengerusi Eksekutif Mahabbaten Travel & Tours).
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments: