SOSIAL
Usaha Berterusan
YBK Gabungkan Pemegang Taruh Santuni 400 Keluarga Miskin
SINAR KASIH
RAMADHAN 1447/2026
PADA 9 Januari lalu,
Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melancarkan program Sinar Kasih Ramadhan (SKR)
1447H/2026M, di Ibu Pejabat YBK, Kelana Jaya.
SKR
merupakan sebuah inisiatif tahunan yang kini memasuki tahun ke-18 sejak diperkenalkan
pada 2008.
Majlis
pelancarannya menandakan komitmen berterusan YBK dalam menyantuni keluarga
fakir, miskin dan asnaf agar dapat menyambut Ramadhan dengan lebih ceria.
Majlis
dimulakan dengan ketibaan tetamu jemputan, diikuti ucapan alu-aluan YBrs Tuan
Hashim Anang sebagai pengacara, dan bacaan doa.
Program
diteruskan dengan ucapan oleh YBhg Datin Dr Hartini Osman, Pengerusi SKR,
kemudian ucapan YBhg Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK, yang
menyempurnakan perasmian SKR 1447/2026.
.
Selepas
tayangan video pelancaran, majlis bergerak ke acara kemuncak, iaitu sesi
menandatangan Surat Persetujuan Kerjasama dengan Pejabat Pembangunan Negeri
Selangor (Icu Jpm Selangor), Pusat Libatsama Masyarakat & Jaringan Industri
USIM, Brahims Dewina Group of Companies, dan Mamee-Double Decker Sdn Bhd, serta
penyampaian cek sumbangan,sebelum diakhiri dengan sesi bergambar dan sidang
media.
Menurut
Dato’ Haji Zainal Abidin, SKR 1447/2026 dijangka bermula pada 18 Februari
depan, melibatkan bantuan tunai serta barangan keperluan asas, hasil sumbangan individu, organisasi
dan rakan strategik.
YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) menyampaikan ucapan perasmian program Sinar Kasih Ramadhan 1447/2026 pada 9 Januari 2026 di Ibu Pejabat YBK.
Sejak
2008 hingga 2025, tambahnya, SKR telah memberi manfaat kepada 4,071 keluarga
dengan jumlah sumbangan tunai terkumpul mencecah RM1.5 juta, mencerminkan
kepercayaan dan sokongan berterusan masyarakat terhadap YBK.
SKR
bukan sekadar penyaluran bantuan, malah berfungsi sebagai platform yang
‘menjodohkan’ pemegang taruh merangkumi penyumbang, penaja, agensi dan penerima
manfaat agar bantuan dapat disampaikan secara telus, berfokus dan berimpak.
YBK
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terus mempercayai serta menyokong usaha murni ini.
“Bagi
tahun 1447/2026, YBK menyasarkan untuk membantu 400 keluarga fakir, miskin dan
asnaf yang akan menerima sumbangan tunai bagi perbelanjaan berbuka puasa dan
bersahur, d samping sumbangan barangan daripada rakan-rakan penaja korporat,”
ujar Zainal Abidin.
Turut
hadir YBhg Dato’ Haji Mohd Khidir Majid, Pengarah, Pejabat Pembangunan Negeri
Selangor; YBrs Dr Hammad Farhi Mohd Saudi, Pengarah, Pusat Libatsama Masyarakat
& Jaringan Industri, Universiti Sains Islam Malaysia; YBrs Tuan Haji
Zainudin Dollah, Penasihat Kumpulan Eksekutif, Brahim's Dewina Group of
Companies; YBrs Encik Mohd Hirwan Hassan Basri, Penolong Pengurus Hal Ehwal
Islam & Hubungan Kerajaan, Mamee Double Decker Sdn Bhd, serta YBrs Encik
Zulhairy Jalaluddin, YBrs Prof Madya Dr Mohd Mursyid Arshad, dan YBrs Encik
Zainal Mohd Jais, ALPA YBK; rakan-rakan strategik korporat, komuniti, badan
bukan kerajaan, wakil media, karyawan YBK serta tetamu jemputan.
-
disesuaikan
untuk siaran oleh RAJA YUSOFF ARIFFIN








No comments: