SASTERA BUDAYA
PENYAJAK JALANAN?
Penyair dan penyanyi tidak sama taraf? Benarkah ada tanggapan
sedemikian, dan kalau ada, kenapa? Tidak setaraf itu ertinya ada yang lebih
tinggi/rendah antara mereka.
Justeru, siapakah yang lebih rendah? Jika dilihat sekali lalu, penyanyi
kelihatan lebih tinggi daripada penyair kerana mereka lebih dikenali/diminati
ramai berbanding penyair/penyajak.
Namun begitu, kalau dilihat dari aspek sastera, penyajak lebih tinggi
daripada penyanyi.
Penyajak dan penyanyi sama-sama terlibat dengan/menggunakan karya
sastera, iaitu sajak dan lirik.
Sajak sudah semestinya ialah karya sastera (puisi moden). Lirik juga
karya sastera meskipun tidak semua karya sastera asli kerana ada yang diangkat
daripada sajak.
Penyajak lebih tinggi kerana mereka sudah tentu menghasilkan karya
sendiri. Mustahil penyajak dipanggil sedemikian jika mengambil/menciplak sajak
karya orang lain.
Dalam hal ini, saya teringat kepada penyanyi di kaki lima atau dipanggil
busker (penyanyi jalanan).
Dalam filem ‘Kembara….. Seniman Jalanan’, Bujang (1986/lakonan Datuk M
Nasir) berjaya mencapai cita-citanya menjadi penyanyi (rakaman) terkenal dan
berprinsip tegas.
‘Busker’, arahan Syed Khairul Fariz (2018) pula filem yang mengisahkan
sekumpula remaja, iaitu Adil (Hafeez Mikail), Ucop (Anas Ridzuan), Bulan (Bulan
Terry), berserta Vera (Daiyan Trisha), meminati muzik jalanan dan mahu
memperjuangkannya sehingga ke tahap lebih tinggi.
Pada 1986, saya pernah menulis artikel mengenai penyair jalanan berjudul
‘Penyair jalanan masih asing di negara kita’. dalam ‘Berita Harian’. Namun
demikian, ia tidak menjadi polemik. Barangkali kerana penyajak sendiri tidak
selesa mendeklamasikan sajak di tepi jalan/hadapan pusat beli-belah, dan
sebagainya seperti ‘busker’ yang menyanyi.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini ini, ‘busker’ di Malaysia mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk
membuat persembahan di tepi jalan atau tempat terbuka.
Berbanding era ‘80-an (seperti dalam filem ‘Kembara….. Seniman Jalanan’),
dan ‘90-an apabila penyanyi jalanan dilarang/diusir oleh anggota penguatkuasa
PBT. Kini segala-galanya telah berubah.
Jadi, adakah tidak mungkin penyajak turut berminat mendeklamasikan sajak
di tepi jalan? Tidak salah, bahkan lebih baik dan boleh member manfaat besar.
Golongan ‘busker’ mendapat permit kerana mereka memperjuangkan dan
memohon kebenaran membuat persembahan (‘busking’). Itu bagi mereka perlu kerana
memudahkan ‘cari makan’.
Kini, perjuangan mereka berhasil. Justeru, salahkah jika penyajak juga
bersikap seperti ‘busker’? Mereka boleh turut ‘cari makan’ dengan memohon
permit dari PBT. Apakah cara yang lebih berkesan dan berjaya?
Atau mungkinkah buat permulaan, menyelit dalam persembahan ‘busker’ itu
(kalau mengenali anggota busker/sahabat
‘busker’, itu lebih baik/mudah)? Segalanya mungkin. Boleh dibawa berbincang.
No comments:
Post a Comment