KONTROVERSI 'POLIS EVO 2'
‘Polis Evo 2’ (PE2) dianggap cuba membangkitkan naratif jihad yang sebenar melawan jihad palsu. Pihak mufti itu menganggap watak Hafsyam Jauhari (Hasnul Rahmat) atau dikenali juga sebagai Saif, ketua kumpulan Al-Minas tidak kelihatan sebagai seorang pengganas atas nama Islam secara mutlak kerana tiada dialog, atau adegan klise menggambarkan pengganas atas nama agama seperti bertakbir, dan menggunakan sebarang ayat al-Quran atau hadis.
Memang tiada spesifik sebegitu, tetapi citra Saif kelihatan mesra Islam. Saif yang dibantu oleh beberapa orang ‘kuat’nya seperti Najr (Mike Lucock), Qalif (Soffi Jikan), dan Zairi (Jay Iswazir) berserban, dan kelihatan Islamik. Dia sendiri lulusan sains, dan pengajian Islam dari sebuah universiti terkemuka.
Dalam PE2, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) melakukan tugas pengintipan di sebuah pulau terpencil. Suasana menjadi kecoh apabila Al-Minas menawan pulau tersebut, dan 200 penduduknya. Sani dan orang bawahannya, Mat Dan (Syafie Naswip) turut ditahan oleh Al-Minas.
Sebelum itu, anggota bawahan polis, Amin ‘Galah’ (Riz Amin) mati ditembak oleh ahli kumpulan tersebut. Khai pula terperangkap di kampung bersama-sama Rian (Raline Shah), polis perisik dari Indonesia yang cuba menjejaki ahli perniagaan pasaran gelap, Riky Kumolo (Tanta Ginting) yang menjual senjata, dan peralatan komunikasi kepada Saif.
Sani cuba berhelah untuk menewaskan Al-Minas. Walau bagaimanapun, dia gagal akibat tersalah langkah sehingga menyebabkan kematian Mat Dan di tangan Saif.
Berbanding ‘Polis Evo’ yang lebih banyak lawak jenaka, PE2 dipenuhi adegan tembak-menembak, letupan, dan pergaduhan.
Bukan hanya saya. Semua penonton boleh nampak, Khai dan Sani masih bertahan/hidup walaupun telah cedera parah ditembak/ditikam beberapa kali. Mungkin watak mereka diilhamkan daripada watak Detektif John McClane, lakonan Bruce Willis dalam siri filem ‘Die Hard’. Seperti McClane, nyawa mereka liat.
PE2 turut memaparkan manipulasi perasaan. Sani kesal/sebal kerana tidak menyelamatkan nyawa orang lain/penduduk kampung, termasuk Mat Dan. Dia meracau sehingga ‘melihat’ Mat Dan masih hidup semasa berseorangan menghadap timbunan mayat penduduk kampung pulau dalam tahanan. Sani menganggap dirinya hanya mementingkan diri sendiri, dan tidak layak menjadi anggota polis kerana mengalah ketika diugut oleh Saif.
Namun demikian, Khai memujuk dengan mengatakan Saif hanya memainkan perasaannya apabila menyuruh Sani menarik picu pistol yang diletakkan di bawah dagunya sebagai syarat pembebasan tebusan. Khai mempertikaikan janji Saif itu selepas Sani mati. Barangkali Sani hanya mati sia-sia.
Dalam memujuk itu, Khai memberitahu Sani keseksaan jiwanya selepas terpaksa menembak mati adik kandung demi
menyelamatkan banyak nyawa. Dia tidak pernah melupakannya. Dari segi lakonan, Shaheizy ternyata memang aktor yang tepat membawa watak Khai. Pengkritik sering berpendapat watak aksi lasak kurang menyerlah berbanding yang bermain emosi. Walau bagaimanapun, Shaheizy mampu menjayakan adegan lasak dan juga emosi. Lihat bagaimana mimik mukanya dalam adegan pertarungan dengan Zairi dan Najr, serta dalam adegan dia memujuk Khai. Oleh kerana kurang kelakar, percubaan Zizan untuk lari dari sinonim watak komik untuknya agak berjaya. Kalau tidak cemerlang pun, sekurang-kurangnya dia telah mencuba untuk beraksi serius dalam adegan-adegan yang memerlukan dia sedemikian. Hasnul juga memang aktor berwibawa. Berikan apa sahaja watak, sama ada protagonis atau antagonis, dia mampu bawakan dengan cemerlang. Hasnul berjaya menghidupkan watak Saif dengan renungan mata, mimik wajah, dan pertuturan yang meyakinkan. Namun demikian, saya berasa sedikit hampa kerana beberapa bakat besar seperti Soffi, Jay dan Riz hanya muncul seketika. Watak mereka cepat dimatikan - tidak puas melihat aksi mereka. Pun begitu, saya tertarik dengan kebolehan Jay melakonkan adegan bergasak dengan Shaheizy. Di sebalik kontroversi yang melandanya lantaran dikatakan menghina Islam, sehingga ada parti politik pembangkang menggesa masyarakat memulaukannya, PE2 berjaya mengutip RM17 juta selepas 11 hari tayangannya yang bermula pada 22 November lalu (meraih RM3.5 juta pada hari pertama, RM10 juta selepas lima hari). Walaupun itu tidak mengatasi rekod 'Munafik 2' (M2), arahan Syamsul Yusof (lakonan Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Dato’ Rahim Razali, Datuk Fizz Fairuz, dan Syamsul sendiri), ia tetap satu perkara menarik dan mengagumkan. Tayangan awal M2 mengutip RM2.02 juta. Pada hari pertama, memperoleh RM3.6 juta. Dalam masa empat hari, ia mengutip RM21.6 juta sekali gus mencipta fenomena baharu.

No comments:
Post a Comment