SASTERA BUDAYA
SAMBUTAN AIDILFITRI KUMPULAN AMBANK MERIAH
PADA 28 Jun 2019 lalu telah masuk 24 Syawal 1440.
Walau bagaimanapun, Kumpulan AmBank menganggap masih belum terlambat untuk
mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pelanggan, rakan korporat,
dan tetamunya, serta pengamal media.
Sehubungan itu, majlis Rumah Terbuka Hari Raya yang
diadakannya di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada tarikh tersebut masih
relevan. Dilangsungkan selepas waktu pejabat dalam tempoh kira-kira enam jam, memang
memberi peluang kepada para pengunjung datang beramai-ramai.
Pengerusi Kumpulan AmBank, Tan Sri Azman Hashim
tampil sebagai tuan rumah melayani para tetamu yang datang menjamu selera, dan
berhibur. Antara yang turut hadir termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
(CEO) AmBank, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir; Ahli Lembaga Pengarah, dan CEO dari
anak syarikat Kumpulan AmBank seperti Bank Peruncitan, Bank Pelaburan, Bank
Perborongan dan Insurans – Insurans AmGeneral, Insurans AmMetLife, dan Tafakul
AmMetLife.
Menurut Tan Sri Azman, Rumah Terbuka Hari Raya
merupakan acara tahunan pihaknya, AmBankers untuk menggalakkan, dan mengeratkan
lagi hubungan dengan para pelanggan dan tetamu, sambil menyambut Aidilfitri.
Tambah Azman, acara tersebut juga sebagai tanda
penghargaan Kumpulan AmBank kepada para pelanggannya atas kepercayaan, dan
sokongan dalam berurusan sejak bertahun-tahun lalu.
AmBankers di Kumpulan AmBank, kata Azman lagi,
benar-benar menghargai kepentingan masyarakat pelbagai budaya, dan pelbagai
agama di negara kita, untuk berkumpul, serta menyebarkan kegembiraan, dan
keharmonian dengan setiap orang, terutamanya semasa meraikan temasya seperti
hari acara tersebut.
Rumah Terbuka Hari Raya, tambah Azman, menjadi
salah satu acara untuk AmBankers, dan para pelanggannya bertemu, serta saling
berkenalan dengan lebih baik. Itu akan menguatkan dan mengeratkan rasa
kebersamaan, dan kerja sepasukan antara AmBankers, terutamanya dari jabatan dan
pejabat yang berlainan.
No comments:
Post a Comment