'KONSERT JELAJAH PEMACU API TOKO
KILAT'
KALAU mahu berlucu/bergurau, mungkin ayat
“Hehehe… sudah kenalah hujan dengan kilat.” Demikianlah yang
tercetus di benak saya mengenai ‘Konsert Jelajah Pemacu Api 2019’ yang
dijayakan oleh kumpulan Toko Kilat, bersama-sama Noh Salleh @ Noh Hujan pada 17
Ogos, 24 Ogos, dan 14 September nanti.
Toko Kilat
yang dianggotai Edwin Raj (vokalis), Irfan Iskandar atau Cipan (dram), Mohamed
Redzuan@Wan (bass), Noor Azhari@Toya (gitar), dan Syaiful Taufek@Paul (keyboard) sudah bergiat selama dua
tahun. Mereka memilih untuk bekerjasama dengan pemuzik dan vokalis terkenal
tanah air, Noh Salleh dari kumpulan diminati ramai, Hujan. Anggota Toko Kilat
turut meminati Noh.
‘Konsert
Jelajah Pemacu Api 2019’ dipersembahkan oleh DISQOVR dengan sokongan The Gasket
Alley sebagai penganjur untuk membawa Toko Kilat ‘turun padang’ bersama-sama
mendekati para peminat industri muzik seni tanah air.
Pada 17
Ogos, konsert tersebut akan berlangsung di Pulau Pinang. Seminggu kemudian,
diadakan di Johor Bahru, dan akhir sekali di The Gasket Alley, Petaling Jaya
pada 14 September.
Sidang media
‘Konsert Jelajah Pemacu Api 2019’itu telah diadakan di The Gasket Valley pada
11 Julai lalu. Kesemua anggota Toko Kilat dan Noh menghadiri sidang media itu.
Menurut Edwin, selepas dua tahun muncul dengan album studio, dan melakukan
persembahan mahupun gig, mereka akan tampil dengan album perdana yang
memperkenalkan ‘single’ RATU MALAM, bersama-sama muzik video.
Album
tersebut yang turut mengandungi lagu GEMA, PEMACU API, NAHAS, KABUR, dan SATU
SUARA diadun (‘mastered’) di Abbey Road, UK, dan Sterling Sound, Amerika
Syarikat.
Tambah
Edwin, ‘Konsert Jelajah Pemacu Api 2019’ merupakan misi dan visi Toko Kilat
untuk muncul dengan ‘album jelajah yang paling diraikan tahun ini’. Ia
ditujukan kepada para peminat yang telah lama menantikan kemunculan album
penuh.
Toko Kilat
merupakan gabungan para pemuzik dari pelbagai kumpulan. Dedikasi setiap personaliti,
jelas Edwin, membuatkan mereka muncul kembali, malah lebih bersemangat. Ini
merupakan kemunculan kali kedua Toko Kilat.
Kaset
pertama Toko Kilat mendapat sambutan hangat apabila habis terjual. Itu, tambah
Edwin, menambahkan keyakinan kumpulannya untuk mengeluarkan lebih banyak produk
fizikal, dan mengenangnya bersama-sama para peminat dalam siri jelajah ini
nanti.
Menurut
Irfan@Cipan, setiap persembahan akan menyajikan sistem bunyi dan pencahayaan
yang spektakular untuk para peminat turut merasai pengalaman Toko Kilat
menyiapkan album sulungnya.
Noh Salleh
yang merendah diri menganggap dirinya hanya ‘nasi tambah’ akan tampil dalam
sesi akustik yang digarap khas bagi persembahannya dalam ‘Konsert Jelajah
Pemacu Api 2019’. Dia juga akan mempromosikan lagu terbaharunya, ‘Debu
Bercahaya’.
Selepas
sidang media tersebut, Toko Kilat turut membuat persembahan secara live’
mendendangkan lagu PEMACU API, dan RATU MALAM. Persembahan mereka dalam lagu
RATU MALAM turut diiringi tiupan seksofon oleh Jefny, yang juga suami penyanyi
Indonesia, Yuka Kharisma.
Untuk segala
maklumat dan perkembangan terkini, para peminat boleh melayari laman sesawang (www.tokokilatband.com) atau mediasosial mereka di
Instagram (@tokokilatband), atau Facebook (www.facebook.com/tokokilat/).
Lagu-lagu
Toko Kilat boleh didapati di SPOTIFY,
Apple Music, JOOK, KKBOX, dan Deeper.
‘KONSERT JELAJAH PEMACU API 2019’ turut ditaja oleh FRED PERRY, WARDROBE, dan MONSTER ENERGY.
MAKLUMAT ‘KONSERT JELAJAH PEMACU API 2019’
Tarikh dan lokasi : 17 Ogos 2019 –
Loft 29 @ Georgetown, Pulau Pinang
: 24 Ogos
2019 – Sunway Iskandar @ Nusajaya, Johor
Bahru
: 14
September 2019 – The Gasket Alley @ Kuala Lumpur
Masa :
6 petang-11.55 malam
Harga tiket
Pembeli awal @ RM30 (Tiket masuk + Rantai Kunci + Bungkusan Pelekat +
Poster)
Prajualan @ RM40 (Tiket masuk + Rantai Kunci +
Bungkusan Pelekat + Poster)
Semasa konsert @ RM50 (Tiket masuk)
No comments:
Post a Comment