Pages

Thursday, 18 July 2019

SASTERA BUDAYA

DENDAM DUA ABAD MEMBUNUH CINTA

Saya tidak menonton drama televisyen Nakee. Jadi, tidak dapat membuat perbandingan. Walau bagaimanapun, jangkaan saya meleset. Selepas membaca sinopsisnya, saya menjangka kehebatan dapat ditonton, dan rasa terhibur.
Posternya menjanjikan sedemikian. Terdapat dua ekor naga pada latarnya dengan wajah marah. Saya fikir seorang pemuda dan seorang wanita yang berdiri berhadapan, tetapi tidak saling berpandangan di hadapan naga-naga itu ialah pasangan watak utama filem ini. Ditambah pula dengan tagline yang bermaksud ‘Cinta itu Keajaiban’, serta paparan nama dua pelakon yang tentunya pendokong watak utama, iaitu Nadech Kugimiya, dan Urassaya Sperbund.
Ternyata mereka bukan pasangan kekasih utama. Itu menunjukkan betapa saya amat kurang mengenali para pelakon filem Thailand.
Sebenarnya mereka berdua itu ialah Phuphoom Pongpanu (kanan), dan Nathaporn Temirak yang masing-masing memegang watak ‘Totsapol’ dan Jao Mae Nakee ketika muda. Mereka bertemu semula pada akhir cerita selepas 200 tahun, tetapi cinta telah berubah.
Totsapol kemudian menjadi Yang Dipertua/ketua sami Buddha, tetapi Jo Mae masih berdendam. Dia mengamuk di Kampung Don Mai Pah, meskipun turut didiami anak perempuannya, ‘Sroi’ (Urassaya Sperbund). Dia sangat kecewa kerana Totsapol menolak cintanya. Selepas bertemu semula, Totsapol menasihati Jo Mae agar berubah.
Namun begitu, Jo Mae berdegil. Dia semakin marah, dan sanggup berhadapan dengan Totsapol. Kedua-duanya menjadi naga dan bertarung.
Saya tidak menonton drama televisyen Nakee. Pada penghujung cerita baru saya mengetahui Sroi itu anak Jo Mae. Dari awal memang saya mahu tahu bagaimana Sroi boleh melihat masa hadapan, iaitu siapa yang akan menjadi mangsa pembunuhan. Walaupun klise, tertanya-tanya juga mengapa penduduk Don Mai Pah menuduh Sroi yang melakukan pembunuhan ngeri. Adegan Sroi bersembunyi melarikan diri, dan wanita bertudung yang mirip dengannya memang bukan penampilan baharu. Walau bagaimanapun, tetap menarik dan menggerakkan cerita. Tuduhan ke atasnya seperti berasas.
Sroi anak Jo Mae. Jadi, tidak hairan dia juga boleh menjadi naga. Dengan rasa
kemanusiaan yang ada padanya, Sroi ‘sanggup’ mengubah diri menjadi naga
menyerang ibunya untuk menghalang daripada terus mengamuk.
 Nyawa Sroi juga terancam ketika itu. Namun demikian, sebagai protagonis/wirawati, dia tetap terselamat. Ada yang menyelamatkannya. Diselamatkan oleh Inspektor ‘Pongprap’ (Nadech Kugimiya)!
Siapa Inspektor Pongprap? Bagaimana dia manusia biasa boleh menyelamatkan naga? Dia menjadi burung garuda!
Geli hati melihat adegan-adegan terakhir filem ini. Hasil imej janaan komputer atau CGI yang kurang menjadi seperti tidak dihiraukan oleh pengarah kerana mungkin dia hanya mahu menegakkan keajaiban cinta, sebagaimana slogan filem ini. Bagi Pongpat Wachirabunjong, itulah keajaiban cinta. Tidak mustahil semua boleh berlaku dengan adanya cinta.
Sewaktu Sroi terancam, tiba-tiba muncul burung garuda menyelamatkannya -mengangkat naga dengan kukunya, dan menerbangkan ke tempat lain.
Nakee 2 membawa kisah Sroi, gadis yang lahir dan tinggal di Don Mai Pah, daerah
Ubon Ratchathani, timur laut Thailand. Penduduk kampung tersebut percaya pada
legenda Naga, dan Ibu Nakee.
Sroi membesar dalam kepercayaan terhadap Ibu Nakee, atau dipanggil juga Kamkaew, dan merasakan dia amat akrab dengannya. Dia yang amat mempercayai
Ibu Nakee, membantu neneknya menjual bunga kepada orang yang datang menyembah ‘batu nesan’ itu sejak kecil. Jadi, dia amat mempercayai legenda itu.
Ramai orang mengunjungi Don Mai Pah kerana tertarik dengan patung Jo Mae. Mereka berdoa, dan mengadu nasib.
Namun begitu, selepas Pongprap ditugaskan di Balai Polis Don Mai Pah, banyak berlaku pembunuhan di kampung itu. Pihak polis bingung. Penduduk Don Mai Pah pula amat percaya semua itu angkara Ibu Nakee yang mengamuk semula. Mereka juga percaya Sroi ialah medium fizikal Ibu Nakee.
Pongprap yang tidak mempercayai misteri, dan tahayul kelam dengan tuduhan terhadap Sroi itu. Justeru, dia mengambil keputusan untuk melakukan siasatan.
Kegigihan Pongprap tanpa mengenal erti gentar dalam menyiasat membawa dia ke
sebuah rumah usang di dalam hutan. Dia terperangkap di situ dan dirinya dibelit oleh
akar pokok di sekeliling. Kemudian berlaku letupan, dan tentu penonton menyangka
Pongprap mati.
Sewaktu itu, Sroi telah ditawan oleh penduduk kampung yang naik angin diketuai penghulu. Dia tidak dapat dimaafkan lagi dan akan dibakar hidup-hidup! Tidak lama
kemudian, Pongprap muncul. Mengejutkan! Dia cuba menyelamatkan Sroi dengan
mengatakan semua pembunuhan angkara Kamkaew.
Penduduk kampung tidak percaya, tetapi Totsapol/Yang Dipertua sami Buddha muncul tiba-tiba menyebelahi Pongprap. Akhirnya, Jo Mae menampilkan diri dan bersoal jawab dengan Totsapol. Penduduk kampung yang tersedar, melarikan diri
kerana dua ekor naga bertempur!
Rupa-rupanya, Pongprap turut terlibat dalam perubahan sifat. Dia tidak mati, tetapi
mendapat kuasa sakti menjadi garuda!
Nakee 2 disangka bercorak seram seperti yang dilihat pada posternya. Walau bagaimanapun, tidak begitu. Bukan ia tidak bersungguh-sungguh menjadi seram, tetapi mengikut klasifikasinya, memang bercorak romantik. Jadi, adegan-adegan
yang sepatutnya menyeramkan tidak menjadi sedemikian. Sementelah, ada
unsur komik (untuk meredakan ketegangan?).
Dua anggota polis bawahan Pongprap berwatak kelakar (layakkah mereka menjadi anggota polis?). Wajah Nadech pula seperti tidak sesuai memegang watak polis. Kalau mengikut istilah dalam bahasa Inggeris, wajahnya too pretty.




No comments:

Post a Comment