SASTERA BUDAYA
DENDAM DUA ABAD
MEMBUNUH CINTA
Saya tidak menonton drama televisyen Nakee. Jadi, tidak dapat membuat perbandingan. Walau bagaimanapun,
jangkaan saya meleset. Selepas membaca sinopsisnya, saya menjangka kehebatan
dapat ditonton, dan rasa terhibur.
Posternya menjanjikan sedemikian. Terdapat dua ekor naga pada
latarnya dengan wajah marah. Saya fikir seorang pemuda dan seorang wanita yang
berdiri berhadapan, tetapi tidak saling berpandangan di hadapan naga-naga itu ialah
pasangan watak utama filem ini. Ditambah pula dengan tagline yang bermaksud ‘Cinta itu Keajaiban’, serta paparan nama
dua pelakon yang tentunya pendokong watak utama, iaitu Nadech Kugimiya, dan Urassaya
Sperbund.
Ternyata mereka bukan pasangan kekasih utama. Itu
menunjukkan betapa saya amat kurang mengenali para pelakon filem Thailand.
Sebenarnya mereka berdua itu ialah Phuphoom Pongpanu
(kanan), dan Nathaporn Temirak yang masing-masing memegang watak ‘Totsapol’ dan
Jao Mae Nakee ketika muda. Mereka bertemu semula pada akhir cerita selepas 200
tahun, tetapi cinta telah berubah.
Totsapol kemudian menjadi Yang Dipertua/ketua sami
Buddha, tetapi Jo Mae masih berdendam. Dia mengamuk di Kampung Don Mai Pah,
meskipun turut didiami anak perempuannya, ‘Sroi’ (Urassaya Sperbund). Dia
sangat kecewa kerana Totsapol menolak cintanya. Selepas bertemu semula,
Totsapol menasihati Jo Mae agar berubah.
Namun begitu, Jo Mae berdegil. Dia semakin marah, dan sanggup
berhadapan dengan Totsapol. Kedua-duanya menjadi naga dan bertarung.
Saya tidak menonton drama televisyen Nakee. Pada penghujung cerita baru saya mengetahui Sroi itu anak Jo
Mae. Dari awal memang saya mahu tahu bagaimana Sroi boleh melihat masa hadapan,
iaitu siapa yang akan menjadi mangsa pembunuhan. Walaupun klise, tertanya-tanya
juga mengapa penduduk Don Mai Pah menuduh Sroi yang melakukan pembunuhan ngeri.
Adegan Sroi bersembunyi melarikan diri, dan wanita bertudung yang mirip
dengannya memang bukan penampilan baharu. Walau bagaimanapun, tetap menarik dan
menggerakkan cerita. Tuduhan ke atasnya seperti berasas.
Sroi anak Jo Mae. Jadi, tidak hairan dia juga boleh
menjadi naga. Dengan rasa
kemanusiaan yang ada padanya, Sroi ‘sanggup’ mengubah
diri menjadi naga
menyerang ibunya untuk menghalang daripada terus mengamuk.
Nyawa Sroi juga terancam
ketika itu. Namun demikian, sebagai protagonis/wirawati, dia tetap terselamat. Ada
yang menyelamatkannya. Diselamatkan oleh Inspektor ‘Pongprap’ (Nadech
Kugimiya)!
Siapa Inspektor Pongprap? Bagaimana dia manusia biasa
boleh menyelamatkan naga? Dia menjadi burung garuda!
Geli hati melihat adegan-adegan terakhir filem ini. Hasil
imej janaan komputer atau CGI yang kurang menjadi seperti tidak dihiraukan oleh
pengarah kerana mungkin dia hanya mahu menegakkan keajaiban cinta, sebagaimana
slogan filem ini. Bagi Pongpat Wachirabunjong, itulah keajaiban cinta. Tidak mustahil
semua boleh berlaku dengan adanya cinta.
Sewaktu Sroi terancam, tiba-tiba muncul burung garuda
menyelamatkannya -mengangkat naga dengan kukunya, dan menerbangkan ke tempat
lain.
Nakee 2 membawa kisah
Sroi, gadis yang lahir dan tinggal di Don Mai Pah, daerah
Ubon Ratchathani, timur laut Thailand. Penduduk kampung
tersebut percaya pada
legenda Naga, dan Ibu Nakee.
Sroi membesar dalam kepercayaan terhadap Ibu Nakee, atau
dipanggil juga Kamkaew, dan merasakan dia amat akrab dengannya. Dia yang amat
mempercayai
Ibu Nakee, membantu neneknya menjual bunga kepada orang
yang datang menyembah ‘batu nesan’ itu sejak kecil. Jadi, dia amat mempercayai
legenda itu.
Ramai orang mengunjungi Don Mai Pah kerana tertarik
dengan patung Jo Mae. Mereka berdoa, dan mengadu nasib.
Namun begitu, selepas Pongprap ditugaskan di Balai Polis
Don Mai Pah, banyak berlaku pembunuhan di kampung itu. Pihak polis bingung.
Penduduk Don Mai Pah pula amat percaya semua itu angkara Ibu Nakee yang mengamuk
semula. Mereka juga percaya Sroi ialah medium fizikal Ibu Nakee.
Pongprap yang tidak mempercayai misteri, dan tahayul
kelam dengan tuduhan terhadap Sroi itu. Justeru, dia mengambil keputusan untuk
melakukan siasatan.
Kegigihan Pongprap tanpa mengenal erti gentar dalam
menyiasat membawa dia ke
sebuah rumah usang di dalam hutan. Dia terperangkap di situ
dan dirinya dibelit oleh
akar pokok di sekeliling. Kemudian berlaku letupan, dan
tentu penonton menyangka
Pongprap mati.
Sewaktu itu, Sroi telah ditawan oleh penduduk kampung
yang naik angin diketuai penghulu. Dia tidak dapat dimaafkan lagi dan akan
dibakar hidup-hidup! Tidak lama
kemudian, Pongprap muncul. Mengejutkan! Dia cuba
menyelamatkan Sroi dengan
mengatakan semua pembunuhan angkara Kamkaew.
Penduduk kampung tidak percaya, tetapi Totsapol/Yang
Dipertua sami Buddha muncul tiba-tiba menyebelahi Pongprap. Akhirnya, Jo Mae menampilkan
diri dan bersoal jawab dengan Totsapol. Penduduk kampung yang tersedar,
melarikan diri
kerana dua ekor naga bertempur!
Rupa-rupanya, Pongprap turut terlibat dalam perubahan
sifat. Dia tidak mati, tetapi
mendapat kuasa sakti menjadi garuda!
Nakee 2 disangka
bercorak seram seperti yang dilihat pada posternya. Walau bagaimanapun, tidak
begitu. Bukan ia tidak bersungguh-sungguh menjadi seram, tetapi mengikut klasifikasinya,
memang bercorak romantik. Jadi, adegan-adegan
yang sepatutnya menyeramkan tidak menjadi sedemikian. Sementelah,
ada
unsur komik (untuk meredakan ketegangan?).
Dua
anggota polis bawahan Pongprap berwatak kelakar (layakkah mereka menjadi
anggota polis?). Wajah Nadech pula seperti tidak sesuai memegang watak polis. Kalau
mengikut istilah dalam bahasa Inggeris, wajahnya too pretty.
No comments: