SEPUCUK SURAT TERIMA KASIH
PAYAH sedikit
mengulas/mengkritik filem adaptasi daripada kisah sebenar, apatah lagi yang
melibatkan orang biasa/bukan tokoh terkenal. Pengadaptasian memang tidak mengambil
seratus peratus daripada yang asli. Oleh sebab itu, adaptasi daripada kisah orang
biasa disentuh berlandaskan logik dalam filem, dan logik akal.
Filem ini adaptasi
kisah benar pelajar sekolah, Ikmal (lakonan Wafiy) yang mengutus
sepucuk surat
kepada Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia
(PERKESO), Dato’
Sri Dr Mohammed Azman Aziz pada 2010. Tidak diketahui
berapa
peratus realiti yang diambil.
Menerusi
surat tersebut, Ikmal menzahirkan kesyukuran, serta terima kasih atas
bantuan dan
jasa agensi kerajaan itu. Dia pelajar cemerlang yang tersepit antara
melanjutkan
pelajaran dengan membantu keluarganya selepas bapanya, Kamil
(Namron) lumpuh
akibat kemalangan jalan raya.
Bercorak
drama, ‘Warkah’ diterbitkan oleh PERKESO bersama-sama Opy Global Pictures
Sendirian Berhad. Trelernya telah dilancarkan oleh Menteri Sumber
Manusia
Malaysia, M Kulasegaran dalam majlis bersempena sambutan Hari Raya
Aidilfitri PERKESO
2019 di Menara PERKESO, Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu.
Selepas
Filem Negara Malaysia menerbitkan filem ‘Embun’ (2002) dan ‘Paloh’ (2003), PERKESO
(di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia) merupakan agensi kerajaan
terbaharu yang turut membikin filem untuk pawagam.
Penambahan
jumlah filem Melayu Malaysia adaptasi sejak kebelakangan ini merupakan perkembangan
positif berbanding kisah rekaan, apatah lagi kalau persembahannya cemerlang.
Jika mengikut
jalan cerita, perkataan ‘Warkah’ didapati tidak sesuai sebagai judul filem ini.
Surat atau warkah daripada Ikmal dengan segala kandungannya itu hanya
menjadi pendorong
penerbitan filem berkenaan.
Warkah bertujuan mengangkat peranan PERKESO.
Walau bagaimanapun, masalah
Sufi
(Syazwan Zulkifli), adik Kamil yang lebih ditonjolkan. ‘Watak’ PERKESO tidak
muncul di
sepanjang hampir sejam awal durasi ‘Warkah’. Tidak mengapa jika
masalah Sufi
dalam perniagaan MLM-nya menimbulkan konflik, sebagai contoh,
perhatiannya
terhadap Kamil terjejas.
Namun
begitu, dalam kemelut diburu oleh bawahan(‘dowline’)nya yang naik angin kerana
tertipu, Sufi masih dapat mengurus Kamil serta Ikmal, dan anak bongsu abangnya,
Hana (Rayqa) dengan baik. Dia sempat bercinta pula dengan guru bahasa Inggeris
Ikmal, Cikgu Nur (Isyariana AF).
Konflik ditimbulkan
oleh Ikmal yang ponteng sekolah seminggu kerana bekerja
sambilan
mencuci kereta, sebelum diketahui Cikgu Nur. Akibat perbuatannya itu, Ikmal
dipukul oleh Sufi.
Saya fikir
lebih menarik/baik jika hal-ehwal PERKESO dipaparkan sedikit demi sedikit semasa
Kamil masih sihat, bukan timbul mendadak setelah kehadiran Cikgu Nur yang sebenarnya
mahu memenuhi wasiat ayahnya, Jalal (Mutalif Abu Bakar).
Kalau mahu ‘mengangkat’
PERKESO, ‘angkat’lah dengan ‘berhemah’.
Allahyarham
Jalal meminta Cikgu Nur menyampaikan permohonan maaf daripada
Kamil, malah
menjaga keluarga pencarum PERKESO itu. Jalal secara tidak sengaja
melanggar
Kamil yang sedang menunggang motosikal pada suatu hari. Dia meninggal dunia
beberapa hari kemudian akibat lemah jantung.
Malangnya, tiada
adegan Kamil menyebut soal PERKESO kepada Ikmal ataupun rakan-rakan baiknya, Pak
Itam (Rosli Mad Zin), dan Ong (Jesse Lim). Sufi juga seolah-olah tidak tahu apa-apa
mengenai PERKESO sehingga diberitahu oleh Cikgu Nur.
Setelah
Cikgu Nur muncul baru Kamil menjalani rawatan pemulihan di Pusat Rehabilitasi
Tun Razak di bawah Program Saringan Kesihatan PERKESO. Memang
sedemikian
dalam realiti atau hanya ditambah-tambah?
Ikmal melenting
setelah mengetahui motif kebaikan Cikgu Nur terhadap keluarganya, dan hampir-hampir
tidak menduduki peperiksaan. Walau bagaimanapun, dia muncul di dewan
peperiksaan pada saat-saat terakhir. Penonton tertanya-tanya mengapa pelajar
berusia 17 tahun itu kembali tiba-tiba, dan memohon maaf.
Rupa-rupanya
Ikmal insaf kerana tindakan Sufi. Namun demikian, penonton keliru/terkejut kerana
tindakan Sufi dipaparkan secara mengejut. Penonton lambat menyedari bahawa adegan
Sufi membawa Ikmal ke pusara ayah dan ibu Cikgu Nur, dan ibunya dalam hujan
lebat itu ialah imbas kembali.
Terasa sia-sia
kaedah psikologi untuk menyedarkan Ikmal itu dicacatkan oleh teknik imbas
kembali yang lemah, dan lontaran suara Sufi yang kurang jelas. Sepatutnya, dengan
tona warna berbeza ataupun ada tanda sekilas untuk adegan tersebut.
Opie Zami
sinonim dengan lakonan/watak komedi. Tidak pasti kenapa dia mahu/diminta –
mengarahkan ‘Warkah’ yang bercorak drama (serius)? Pun begitu, Opie tetap Opie
kerana beberapa gaya lucunya terlihat menerusi
adegan Sufi
mempelawa Cikgu Nur makan malam, dan cuba menghidupkan skuternya yang tiba-tiba
meragam.
‘Warkah’ dianggap/dijangka
tidak akan mendapat sambutan, apatah lagi ditayangkan di pawagam kompleks
beli-belah (‘cineplex’) yang mementingkan keuntungan.
Disebabkan tiada
potensi meraih keuntungan, tetapi masih mahu/berusaha mengajar/mendidik
masyarakat, ada pihak mencadangkan agar Perbadanan
Kemajuan
Filem Nasional Malaysia membina pawagam rakyat – untuk tayangan
filem-filem ‘pendidikan’/’seruan’,
bukan ‘buat duit’ seperti ‘Warkah’ ini.
No comments:
Post a Comment