SASTERA BUDAYA
PENGALAMAN HIBURAN TANPA TUNAI
BERITA baik untuk semua kaki wayang
apabila TNG Digital dan TGV Cinemas memetrai Perjanjian Persefahaman (MoU) yang
menandakan permulaan rasmi perkongsian jangka panjang penyediaan pembayaran
tanpa tunai menerusi eWallet Touch ‘n Go di semua pawagam TGV Cinemas di seluruh
negara.
Kolaborasi
tersebut bertujuan mempromosi dan melahirkan masyarakat tanpa tunai menerusi
pengalaman transaksi ‘fuss-free’ dan mudah untuk semua kaki wayang. Semua 35
pawagam TGV Cinemas negara kita mula menerima eWallet Touch ‘n Go (TNG) sebagai
transaksi tanpa talian, dengan transaksi atas talian menerusi laman sesawang
TGV.
Pada 1 Ogos
2019 lalu telah berlangsung majlis pemetraian tersebut di Indulge Lounge, TGV
One Utama, Petaling Jaya. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG, Syahrunizam
Samsudin dan CEO TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai hadir menyempurnakan majlis
berkenaan.
Menurut
Syahrunizam, kegemaran masa lapang rakyat Malaysia, termasuk diri beliau
sendiri ialah menonton filem terbaharu di pawagam. Tidak salah jika pelaksanaan
hobi tersebut dijadikan lebih mudah, apatah lagi bagi pihak peniaga seperti TNG
Digital. Justeru, tambahnya, teknologi untuk menonton wajar ditambah baik, dan
dimajukan.
Jelas
Syahrunizam, TNG Digital bangga dapat bekerjasama dengan TGV Cinemas, antara
rangkaian pawagam utama di Malaysia, untuk memberikan perbezaan dan pengalaman
baharu dalam kehidupan rakyat Malaysia, menambah baik cara hidup mereka ketika membayar,
dan bertransaksi. Mereka sekarang boleh menikmati kegembiraan menonton yang
berbeza di pawagam.
Sejak 2018,
eWallet Touch ‘n Go berada di landasannya yang betul untuk mengangkat set minda
rakyat Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai. Selain gaya hidup seperti
membeli tiket wayang dan kapal terbang, beli-belah, isi semula pra bayar
telefon bimbit, dan makan minum, eWallet Touch ‘n Go turut mewarnai kehidupan
bandar menerusi pengenalan sistem RFID, kerjasama dengan EzCAB, dan Public Cab,
seperti PayDirect untuk semua kaedah pembayaran.
Setakat ini,
menurut Syahrunizam, eWallet Touch ‘n Go telah memiliki lima juta pengguna, dan
lebih daripada 70,000 poin persetujuan dagang.
Oon Lai pula
menyatakan TGV Cinemas telah lama dan banyak melabur dalam infrastruktur
digital untuk menambah baik penggunaan pelanggan atas talian.
Dengan
pelancaran aplikasi telefon bimbit dan lama sesawang baharu ini, tambah Oon
Lai, pelanggan kini boleh membeli tiket tanpa tunai.
Program
keahlian MovieClub semua pawagam TGV yang baharu telah dilancarkan pada Mei
lalu, dan kini keahlian seumur hidup tanpa tandatangan pula ditawarkan.
Dengan
keahlian MovieClub sekarang tanpa kad, serta pelanggan boleh mendapat dan
menebus semua ganjaran atau atas talian keuntungan mereka, TGV, tambah Oon Lai,
berada di barisan hadapan dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih
memudahkan pengguna/kaki wayang berurusan.
Tegas Oon
Lai, kerjasama TGV Cinemas dengan TNG Digital menambahkan momentum bagi salah
satu matlamat utama bisnes pihaknya, iaitu menyediakan persekitaran mesra
digital kepada para pelanggan.
Kata beliau,
TGV Cinemas amat teruja TNG Digital menjadi rakan eksklusifnya dalam perjalanan
yang menarik ini, apabila mula beralih memasuki era ‘savvy’ digital.
Bersempena
dengan majlis tersebut, tayangan khas filem ‘pecah panggung’ terbaharu, ‘Fast
& Furious: Hobbs & Shaw’ turut ditayangkan kepada tetamu jemputan dan
wakil media.
Urusan Terbaik Sepanjang Tahun di
Bandar – Tanpa Tunai Kaki Wayang
Mulai 1
September 2019, semua pengguna eWallet Touch ‘n Go akan diperkenalkan dengan dua
promosi eksklusif di sepanjang tahun apabila membeli tiket dengan eWallet Touch
‘n Go mereka.
i)
Tiket Wayang RM10 Tanpa Had
Kadar sama RM10 bagi mana-mana filem, bila-bila masa,
dan di sepanjang tahun di semua TGV Cinemas.
ii)
Bungkusan Istimewa RM25
Promosi Bungkusan Istimewa pada setiap Khamis di mana
mereka boleh mendapat 2x tiket wayang & 1x popcorn combo pada harga hanya RM25.
Untuk masa
akan datang, ada perancangan untuk menggabungkan keuntungan tambahan kepada
para pelanggan TGV yang membuat pembayaran dengan eWallet Touch ‘n Go.
Butiran-butirannya akan diumumkan kemudian.
No comments:
Post a Comment