SASTERA BUDAYA


PENGALAMAN HIBURAN TANPA TUNAI


BERITA baik untuk semua kaki wayang apabila TNG Digital dan TGV Cinemas memetrai Perjanjian Persefahaman (MoU) yang menandakan permulaan rasmi perkongsian jangka panjang penyediaan pembayaran tanpa tunai menerusi eWallet Touch ‘n Go di semua pawagam TGV Cinemas di seluruh negara.
Kolaborasi tersebut bertujuan mempromosi dan melahirkan masyarakat tanpa tunai menerusi pengalaman transaksi ‘fuss-free’ dan mudah untuk semua kaki wayang. Semua 35 pawagam TGV Cinemas negara kita mula menerima eWallet Touch ‘n Go (TNG) sebagai transaksi tanpa talian, dengan transaksi atas talian menerusi laman sesawang TGV.
Pada 1 Ogos 2019 lalu telah berlangsung majlis pemetraian tersebut di Indulge Lounge, TGV One Utama, Petaling Jaya. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG, Syahrunizam Samsudin dan CEO TGV Cinemas, Yeoh Oon Lai hadir menyempurnakan majlis berkenaan.
Menurut Syahrunizam, kegemaran masa lapang rakyat Malaysia, termasuk diri beliau sendiri ialah menonton filem terbaharu di pawagam. Tidak salah jika pelaksanaan hobi tersebut dijadikan lebih mudah, apatah lagi bagi pihak peniaga seperti TNG Digital. Justeru, tambahnya, teknologi untuk menonton wajar ditambah baik, dan dimajukan.
Jelas Syahrunizam, TNG Digital bangga dapat bekerjasama dengan TGV Cinemas, antara rangkaian pawagam utama di Malaysia, untuk memberikan perbezaan dan pengalaman baharu dalam kehidupan rakyat Malaysia, menambah baik cara hidup mereka ketika membayar, dan bertransaksi. Mereka sekarang boleh menikmati kegembiraan menonton yang berbeza di pawagam.
Sejak 2018, eWallet Touch ‘n Go berada di landasannya yang betul untuk mengangkat set minda rakyat Malaysia ke arah masyarakat tanpa tunai. Selain gaya hidup seperti membeli tiket wayang dan kapal terbang, beli-belah, isi semula pra bayar telefon bimbit, dan makan minum, eWallet Touch ‘n Go turut mewarnai kehidupan bandar menerusi pengenalan sistem RFID, kerjasama dengan EzCAB, dan Public Cab, seperti PayDirect untuk semua kaedah pembayaran.
Setakat ini, menurut Syahrunizam, eWallet Touch ‘n Go telah memiliki lima juta pengguna, dan lebih daripada 70,000 poin persetujuan dagang.
Oon Lai pula menyatakan TGV Cinemas telah lama dan banyak melabur dalam infrastruktur digital untuk menambah baik penggunaan pelanggan atas talian.
Dengan pelancaran aplikasi telefon bimbit dan lama sesawang baharu ini, tambah Oon Lai, pelanggan kini boleh membeli tiket tanpa tunai.
Program keahlian MovieClub semua pawagam TGV yang baharu telah dilancarkan pada Mei lalu, dan kini keahlian seumur hidup tanpa tandatangan pula ditawarkan.
Dengan keahlian MovieClub sekarang tanpa kad, serta pelanggan boleh mendapat dan menebus semua ganjaran atau atas talian keuntungan mereka, TGV, tambah Oon Lai, berada di barisan hadapan dalam mewujudkan persekitaran digital yang lebih memudahkan pengguna/kaki wayang berurusan.
Tegas Oon Lai, kerjasama TGV Cinemas dengan TNG Digital menambahkan momentum bagi salah satu matlamat utama bisnes pihaknya, iaitu menyediakan persekitaran mesra digital kepada para pelanggan.
Kata beliau, TGV Cinemas amat teruja TNG Digital menjadi rakan eksklusifnya dalam perjalanan yang menarik ini, apabila mula beralih memasuki era ‘savvy’ digital.
Bersempena dengan majlis tersebut, tayangan khas filem ‘pecah panggung’ terbaharu, ‘Fast & Furious: Hobbs & Shaw’ turut ditayangkan kepada tetamu jemputan dan wakil media.

Urusan Terbaik Sepanjang Tahun di Bandar – Tanpa Tunai Kaki Wayang

Mulai 1 September 2019, semua pengguna eWallet Touch ‘n Go akan diperkenalkan dengan dua promosi eksklusif di sepanjang tahun apabila membeli tiket dengan eWallet Touch ‘n Go mereka.
i)                    Tiket Wayang RM10 Tanpa Had
Kadar sama RM10 bagi mana-mana filem, bila-bila masa, dan di sepanjang tahun di semua TGV Cinemas.
ii)                   Bungkusan Istimewa RM25
Promosi Bungkusan Istimewa pada setiap Khamis di mana mereka boleh mendapat 2x tiket wayang & 1x popcorn combo pada harga hanya RM25.

Untuk masa akan datang, ada perancangan untuk menggabungkan keuntungan tambahan kepada para pelanggan TGV yang membuat pembayaran dengan eWallet Touch ‘n Go. Butiran-butirannya akan diumumkan kemudian.

Untuk makumat lanjut, lawati www.tgv.com.my
  
      



No comments:

Powered by Blogger.