SASTERA BUDAYA


TIDAK SEHALUAN, TETAPI SATU TUJUAN


PENGKRITIK tidak boleh mendakwa filem ini merosakkan identiti filem francais ‘pecah panggung’, Fast & Furious, kerana ia digubah (spin-off) daripada filem tersebut, yang menumpukan pada Luke Palagi Hobbs, dan Deckard Shaw, masing-masing lakonan Dwayne Johnson, dan Jason Statham dalam siri utamanya.
Hobbs & Shaw (atau disebut juga sebagai Fast & Furious: Hobbs & Shaw) yang bercorak aksi lasak, didasarkan daripada cerita oleh Chris Morgan. Johnson dan Statham kembali dengan watak mereka dalam Fast & Furious 7 (2015), dan Fast & Furious 8 (Fast 8/2017), dan bergabung menentang Brixton Lore (Idris Elba).
Pada 2015, pelakon utama/tetap dan penerbit filem francais ini, Vin Diesel, pernah memberitahu bahawa spin-off itu masih dalam peringkat awal. Akhirnya,
Hobbs & Shaw diumumkan secara rasmi pada Oktober 2017. Barangkali disebabkan ‘daya penarik duit’ Johnson dan Statham. Fast 8 berjaya mengutip $1.239 bilion daripada kos $250-270 juta. Penggambarannya (kebanyakannya di London dan Glasgow) berlangsung dari September 2018 sehingga Januari 2019.
Sebagai penerbit, Diesel berhak membikin spin-off meskipun Tyrese Gibson mengkritik Johnson di Instagram kerana menyebabkan pembikinan Fast & Furious 9
tertangguh setahun. Tidak salah juga jika dia enggan membintanginya, apatah lagi telah ada Hobbs dan Shaw, serta ketangkasan ejen M16, Hattie (Vanessa Kirby), adik Shaw.
Ia kelihatan seperti sekuel, tetapi hakikatnya tidak kerana tiada watak Dominic Toretto (Diesel). Judul Fast & Furious: Hobbs & Shaw sendiri telah menunjukkan ia bukan filem Fast & Furious 9.
Watak Lore dibangkitkan kembali (ditembak oleh Shaw dalam Fast 8) sebagai antagonis yang gagah (dengan kekuatan luar biasa dari teknologi genetik-siber
sehingga menggelarkan dirinya ‘Superman Hitam’). Elba juga sedang diperkatakan bakal menggantikan Daniel Craig sebagai watak ikon perisik rahsia, James Bond.
Ada rakan saya menganggap filem ini lebih bagus daripada Fast 8. Saya tidak dapat
bersetuju atau membantah kerana tidak menonton filem tersebut. Walau bagaimanapun, saya fikir anggapannya itu berdasarkan adegan aksi lasak/cemas yang kelihatan hidup (meskipun ada yang tidak masuk akal).
Memang saya kagum walaupun sedar ‘ditipu’ oleh kecanggihan teknologi penghasilannya. Kesan visual filem ini dihasilkan oleh DNEG dan Framestore, di bawah seliaan Mike Brazelton dan Kyle McCulloch, serta terbitan Dan Glass.
Namun demikian, klise seperti tidak dapat dielakkan. Hobbs dan Shaw watak utama (seperti dalam kebanyakan filem aksi lasak) kerap bertengkar, saling mengutuk diri antara satu sama lain, dan tetap dengan ego masing-masing – tidak serasi/enggan
bekerjasama. Sebenarnya, Shaw tidak menyukai Hobbs kerana memenjarakannya
dalam Fast 8. Mereka terpaksa bergandingan.
Gaya ‘berlagak’ dan sentiasa menjadi dalam apa juga yang dirancang/dilakukan
juga stereotaip. Ada masanya saya rimas, serta meluat melihat gaya Hobbs dan
Shaw. Saya lebih sukakan gaya John Wick yang tidak berlagak, dan kelihatan
lemah, tetapi tangkas membelasah musuhnya.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa mesej tersirat untuk renungan. Lore mahu
menyelamatkan dunia, tetapi dia mengamalkan ‘matlamat menghalalkan cara’.
Niatnya baik, tetapi menerusi kaedah yang songsang, iaitu membunuh manusia yang tidak berdosa dengan menyebarkan virus. Mujur virus itu dilarikan oleh Hattie dengan memasukkan ke dalam lengannya. Lore bersama-sama pengikutnya memburu Hattie.
Lore juga bongkak. Oleh sebab kuat dan gagah, dia mendabik dada tiada siapa
mampu menyekatnya. Mengherdik orang bawahannya dengan berkata jangan mati
sebelum dia membenarkan mati juga menunjukkan keangkuhan Lore.
Kelihatan seolah-olah terpaksa meminta bantuan adiknya di kampung yang masih
memarahinya, Jonah (Cliff Curtis) membaiki alat pembasmi virus untuk menyelamatkan Hattie, dan penduduk dunia, itu turut menunjukkan Hobbs sedar dia
ada asal-usul. Kembali ke kampungnya di Kepulauan Samoa selepas 25 tahun juga
menunjukkan kejayaan boleh dicapai jika bergabung kembali  dengan keluarga.
Shaw dan Hattie mengikut Hobbs. Puan M (Eiza González), billionaire membantu
mereka dan memberitahu mengenai teknologi Brixton. Keluarga Hobbs ikut
menentang Lore yang datang ke Samoa, tetapi terpaksa menggunakan tombak,
pisau dan pedang menggantikan senapang yang telah dijual oleh Sefina (Lori
Pelenise Tuisano), ibu Hobbs, kerana senapang telah membunuh ahli keluarganya.
Jonah berjaya membaiki alat pembasmi virus. Dia dan tiga lagi adiknya, Meteo
(Roman Reigns), Timo (Josh Mauga), dan Kal (John Tui), sepupu-sepupunya (Lyon
Beckwith, Westley LeClay, dan Pingi Moli), serta rakan-rakan membantu Hobbs/Shaw/Hattie menghapuskan Lore.
Selesai pertempuran, Hobbs membawa anak perempuannya, Sam (Eliana Sua), 9,
bertemu dengan Sefina. Hubungan Hobbs-Shaw juga semakin baik.

No comments:

Powered by Blogger.