SASTERA BUDAYA
TIDAK SEHALUAN, TETAPI SATU TUJUAN
PENGKRITIK tidak boleh mendakwa filem ini merosakkan
identiti filem francais ‘pecah panggung’, Fast
& Furious, kerana ia digubah (spin-off)
daripada filem tersebut, yang menumpukan pada Luke Palagi Hobbs, dan Deckard
Shaw, masing-masing lakonan Dwayne Johnson, dan Jason Statham dalam siri
utamanya.
Hobbs & Shaw (atau disebut juga sebagai Fast & Furious: Hobbs & Shaw)
yang bercorak aksi lasak, didasarkan daripada cerita oleh Chris Morgan. Johnson
dan Statham kembali dengan watak mereka dalam Fast & Furious 7 (2015), dan Fast & Furious 8 (Fast 8/2017),
dan bergabung menentang Brixton Lore (Idris Elba).
Pada 2015,
pelakon utama/tetap dan penerbit filem francais ini, Vin Diesel, pernah
memberitahu bahawa spin-off itu masih
dalam peringkat awal. Akhirnya,
Hobbs & Shaw diumumkan secara rasmi pada Oktober
2017. Barangkali disebabkan ‘daya penarik duit’ Johnson dan Statham. Fast 8 berjaya mengutip $1.239 bilion
daripada kos $250-270 juta. Penggambarannya (kebanyakannya di London dan
Glasgow) berlangsung dari September 2018 sehingga Januari 2019.
Sebagai
penerbit, Diesel berhak membikin spin-off
meskipun Tyrese Gibson mengkritik Johnson di Instagram kerana menyebabkan
pembikinan Fast & Furious 9
tertangguh
setahun. Tidak salah juga jika dia enggan membintanginya, apatah lagi telah ada
Hobbs dan Shaw, serta ketangkasan ejen M16, Hattie (Vanessa Kirby), adik Shaw.
Ia kelihatan
seperti sekuel, tetapi hakikatnya tidak kerana tiada watak Dominic Toretto (Diesel).
Judul Fast & Furious: Hobbs &
Shaw sendiri telah menunjukkan ia bukan filem Fast & Furious 9.
Watak Lore
dibangkitkan kembali (ditembak oleh Shaw dalam Fast 8) sebagai antagonis yang gagah (dengan kekuatan luar biasa
dari teknologi genetik-siber
sehingga menggelarkan
dirinya ‘Superman Hitam’). Elba juga sedang diperkatakan bakal menggantikan
Daniel Craig sebagai watak ikon perisik rahsia, James Bond.
Ada rakan
saya menganggap filem ini lebih bagus daripada Fast 8. Saya tidak dapat
bersetuju
atau membantah kerana tidak menonton filem tersebut. Walau bagaimanapun, saya fikir
anggapannya itu berdasarkan adegan aksi lasak/cemas yang kelihatan hidup (meskipun
ada yang tidak masuk akal).
Memang saya
kagum walaupun sedar ‘ditipu’ oleh kecanggihan teknologi penghasilannya. Kesan
visual filem ini dihasilkan oleh DNEG dan Framestore, di bawah seliaan Mike
Brazelton dan Kyle McCulloch, serta terbitan Dan Glass.
Namun
demikian, klise seperti tidak dapat dielakkan. Hobbs dan Shaw watak utama
(seperti dalam kebanyakan filem aksi lasak) kerap bertengkar, saling mengutuk
diri antara satu sama lain, dan tetap dengan ego masing-masing – tidak
serasi/enggan
bekerjasama.
Sebenarnya, Shaw tidak menyukai Hobbs kerana memenjarakannya
dalam Fast 8. Mereka terpaksa bergandingan.
Gaya
‘berlagak’ dan sentiasa menjadi dalam apa juga yang dirancang/dilakukan
juga
stereotaip. Ada masanya saya rimas, serta meluat melihat gaya Hobbs dan
Shaw. Saya
lebih sukakan gaya John Wick yang tidak berlagak, dan kelihatan
lemah,
tetapi tangkas membelasah musuhnya.
Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa mesej tersirat untuk renungan. Lore mahu
menyelamatkan
dunia, tetapi dia mengamalkan ‘matlamat menghalalkan cara’.
Niatnya
baik, tetapi menerusi kaedah yang songsang, iaitu membunuh manusia yang tidak berdosa
dengan menyebarkan virus. Mujur virus itu dilarikan oleh Hattie dengan memasukkan
ke dalam lengannya. Lore bersama-sama pengikutnya memburu Hattie.
Lore juga
bongkak. Oleh sebab kuat dan gagah, dia mendabik dada tiada siapa
mampu
menyekatnya. Mengherdik orang bawahannya dengan berkata jangan mati
sebelum dia
membenarkan mati juga menunjukkan keangkuhan Lore.
Kelihatan seolah-olah
terpaksa meminta bantuan adiknya di kampung yang masih
memarahinya,
Jonah (Cliff Curtis) membaiki alat pembasmi virus untuk menyelamatkan Hattie,
dan penduduk dunia, itu turut menunjukkan Hobbs sedar dia
ada
asal-usul. Kembali ke kampungnya di Kepulauan Samoa selepas 25 tahun juga
menunjukkan
kejayaan boleh dicapai jika bergabung kembali
dengan keluarga.
Shaw dan
Hattie mengikut Hobbs. Puan M (Eiza González), billionaire membantu
mereka dan
memberitahu mengenai teknologi Brixton. Keluarga Hobbs ikut
menentang
Lore yang datang ke Samoa, tetapi terpaksa menggunakan tombak,
pisau dan
pedang menggantikan senapang yang telah dijual oleh Sefina (Lori
Pelenise
Tuisano), ibu Hobbs, kerana senapang telah membunuh ahli keluarganya.
Jonah
berjaya membaiki alat pembasmi virus. Dia dan tiga lagi adiknya, Meteo
(Roman
Reigns), Timo (Josh Mauga), dan Kal (John Tui), sepupu-sepupunya (Lyon
Beckwith,
Westley LeClay, dan Pingi Moli), serta rakan-rakan membantu Hobbs/Shaw/Hattie
menghapuskan Lore.
Selesai
pertempuran, Hobbs membawa anak perempuannya, Sam (Eliana Sua), 9,
bertemu
dengan Sefina. Hubungan Hobbs-Shaw juga semakin baik.
No comments:
Post a Comment