SASTERA BUDAYA
KEMARAHAN SI BADUT
Umat Islam digalakkan
bersangka baik dan jangan cepat menilai/menghukum orang lain. Mungkin mereka ada
sebab/alasan yang munasabah menjadi jahat. Mereka barangkali tidak mahu menjadi
sedemikian.
Oleh itu, wajarkah
kita bersimpati dan memaafkan jika ada faktor yang syarie? Masalahnya, jika dimaafkan
dengan mudah, kian ramai pula melakukan jenayah, dan selamat. Mereka yang dituduh/didakwa
perlu ditahan, dan dibicarakan dengan adil. Pihak keselamatan bertindak berlandaskan
undang-undang.
Setiap orang
ada rasa tidak puas hati terhadap sesuatu perkara, dan menghadapi
penolakan.
Namun begitu, tidak boleh bertindak sendiri, atau membalas dendam seperti membunuh
kerana negara ada undang-undang.
Arthur Fleck
(lakonan hebat Joaquin Phoenix yang berbaloi menggantikan Leonardo
DiCaprio) menjalani
kehidupan harian sebagaimana manusia normal lain, bekerja
sebagai
badut (yang disukainya) mempromosikan produk syarikat dan tidak dirawat
di wad sakit
mental (hanya mengambil pil) meskipun ada masalah mental.
Masalah ketawa
panjang susah berhenti, ditambah oleh kehilangan pekerjaan angkara rakan sekerjanya,
Randall, menambah walang Arthur. Dia dipecat kerana pistol yang dibawa semasa
bertugas terjatuh di hadapan pesakit kanak-kanak. Alasan Arthur pistol itu ialah
prop tidak diterima oleh majikannya.
Senjata itu diberikan
oleh Randall yang cuba membantu Arthur daripada gangguan mental/fizikal semasa
bertugas. Walau bagaimanapun, Randall memfitnah dengan
mengatakan Arthur
telah lama mahukan pistol itu.
Arthur
sering diganggu dan dibelasah oleh sekumpulan remaja. Dia juga diabaikan
oleh
masyarakat meskipun baik, dan setia menjaga ibunya.
Dendam Arthur
kepada Randall membuak-buak kerana cita-citanya menjadi pelawak
pentas digagalkan
oleh Murray Franklin (Robert De Niro), hos rancangan bual bicara
‘Secara Langsung
bersama-sama Murray Franklin’, yang memperlekehnya.
Dari badut,
Arthur berubah menjadi pembunuh. Selepas tiga orang pemuda di dalam
kereta api
dan jalan bawah tanah, dia membunuh ibunya, Penny Fleck (Frances
Conroy),
Sophie Dumond (Zazie Beetz), ibu tunggal sinikal/jiran/teman wanitanya;
Randall, Murray,
dan kaunselor tempat dia ditahan. Kesemuanya secara sadis.
Pemuda-pemuda
itu ditembak oleh Arthur kerana mereka mengejek/memukulnya,
Randall
ditikam berkali-kali dengan gunting, dan ibunya dibunuh dengan menekup
bantal pada
muka. Meskipun tidak dipaparkan, tetapi penonton dapat menjangka
cara kematian
Sophie, dan kaunselor berdasarkan kesan darah.
Kemarahan
Arthur tidak terbendung kerana Murray mengulang-ulang dalam
programnya
tayangan klip video ketika dia berlawak pentas/diketawakan oleh
penonton.
Murray juga memanggilnya bangang atau badut (joker). Selebriti
televisyen
itu ditembak mati oleh Arthur dalam programnya sendiri! Murray mengundang
Arthur sebagai tetamu programnya dengan niat mempersendakan.
Arthur pula
menerima jemputan untuk membalas dendam!
Sama ada menonton
filem ini sebahagian atau penuh, mungkin ramai yang mula
kurang meminati
Batman kalau mereka hanya melihat/mengambil dari sisi Arthur/Joker sahaja.
Oleh sebab ia
kisah rekaan walaupun diadaptasi daripada watak antagonis dalam
DC Comics, plotnya
memang direka menyebelahi Joker.
Saya fikir filem
berdurasi 122 minit ini tidak membunuh minat terhadap Batman.
Penonton bersimpati
terhadap Arthur kerana paparan kisahnya begitu. Bruce Wayne dalam filem ini masih kanak-kanak (Dante
Pereira-Olson) – sebelum Batman.
Arthur
mendendami ayah Bruce, Thomas (Brett Cullen) yang mahu memulihkan Kota Gotham pada
tahun 1981 itu dengan bertanding jawatan Datuk Bandar.
Dalam
kempennya, Thomas memanggil orang miskin dan hidup susah sebagai
‘badut’. Namun
begitu, bukan Arthur yang membunuh Thomas dan isteri. Salah seorang perusuh
yang melakukannya.
Arthur juga
marah kerana Penny membohonginya dengan mengatakan dia anak
Thomas.
Sebenarnya, itu hanya helah Penny agar Thomas membantunya dan
Arthur.
Memang Penny pernah bekerja dengan Thomas, tetapi tidak sehingga
berskandal
seks.
Arthur cuba
menemui Thomas. Dia tidak disambut dengan baik, sebaliknya Thomas
mendakwa Penny
gila. Dalam kebingungan, Arthur cuba menyelidiki, dan berjaya
merampas
fail perubatan Penny 30 tahun lalu. Dia kecewa apabila mengetahui hal
sebenar, lantas
membunuh ibunya yang dirawat di hospital.
Ramai
penduduk Kota Gotham yang kecewa/gelisah, terpengaruh dengan perlakuan
Arthur.
Selepas Arthur membunuh tiga orang pemuda (bertugas dengan Wayne
Enterprise)
di subway, ramai yang menyokongnya dengan memakai topeng badut.
Mereka menganggap
Arthur sebagai wira. Pihak media memanggilnya badut pembanteras jenayah (judul
muka hadapan akhbar).
Jadi, Arthur
menjadi Joker yang kejam kerana tekanan hidup. Walau bagaimanapun,
dia tidak
boleh menjatuhkan hukuman/membuat undang-undang sendiri. Dia tidak
terlepas daripada
undang-undang kerana belum disahkan gila. Jika benar gila pun,
dia perlu
dirawat sehingga sembuh.
Oleh kerana
adaptasi, nama asal Joker tidak sama. Dalam Batman
(1989), lakonan
Michael
Keaton, arahan Tim Burton), nama asalnya ialah Jack Napier (Jack Nicholson).
Dalam Dark Knight (2012/Christopher
Nolan) dan Suicide Squad (2016/David
Ayer), tidak dinyatakan nama asal Joker (masing-masing lakonan Heath
Ledger, dan
Jared Leto).
No comments:
Post a Comment