SASTERA BUDAYA
BERSAMA TAK SELAMANYA
menyajikan kisah watak utama mahu berkahwin. Hal ini
mengingatkan saya kepada
rungutan legenda hidup, Mat Sentol.
Pelakon/pengarah filem Melayu dalam siri Mat yang terkenal dengan syut elat itu
menyatakan (lebih 10 tahun lalu) bahawa beliau tidak lagi menonton filem dan drama
televisyen Melayu kerana asyik menampilkan kisah watak
sedemikian. Tegas
Mat Sentol, beliau bosan dan hairan tiada cerita yang
bermanfaat dipaparkan seperti
perjuangan untuk hidup, dan kemajuan ekonomi.
Filem Jodoh Syaitan (JS) yang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada
5 Mac 2020 lalu membawakan kisah serupa. Barangkali untuk
kelainan, watak
utama, Megat (Soffi Jikan) ditemukan jodoh dengan gadis
misteri yang sebenarnya
mayat yang dihidupkan semula. Megat, pemuda yang sering
gagal bercinta, diminta
oleh ibunya, Mak Timah (Fauziah Nawi) pulang ke kampung kerana
ingin
mengahwinkannya dengan Mawar (Aprena Manrose).
Kisah dalam JS memang rekaan. Cerita rekaan sering terdedah pada krisis/risiko
melalut, dan menyimpang. Mustahil/tidak wajar semua mayat
yang dihidupkan
semula ialah syaitan. Sebenarnya, individu yang
menghidupkan mayat dengan ilmu
hitamlah yang menjadi syaitan bertopengkan manusia. Dia
menghidupkan mayat
gadis muda cantik untuk dijadikan pemuas nafsu
syahwatnya.
Dalam JS, Tok Salleh (Kamarol Hj Yusof) bukan sahaja berzina dengan mayat yang
dihidupkannya kembali, tetapi turut membuat minyak
pengasih daripada dagu mayat
yang dicucuh api lampu minyak tanah.
Saya fahami mengapa JS dihasilkan dalam bentuk seram komedi walaupun seram
serius mungkin lebih menarik. Judul sahaja sudah
memberitahu penonton mengenai
ceritanya. Sementelah ada satu mayat yang terlepas
setelah dihidupkan semula,
dan selepas beberapa lama, penonton dapat mengagak itulah
Mawar.
Mak Timah pula bertemu dengan Mawar yang terbaring pengsan di tepi jalan pada
waktu subuh. Tok Salleh meminta dua orang pengikut/pembantunya,
Awang (Jay
Iswazir), dan Kulop (Allahyarham Abam Bocey) mencari
mayat hidup semula yang
terlepas itu.
Awang dan Kulop yang juga kawan baik Megat bekerja mencari mayat untuk dipaku,
dengan harapan ia hidup semula, dan dijadikan isteri Tok
Salleh sebagai pemuas
nafsu seksnya.
Selepas beberapa lama bermenantukan Mawar, Mak Timah semakin sangsi, dan
kemu
ncaknya dia membaca surah Yaasin pada suatu malam. Mawar menjerit dan
pengsan! Tok Imam (Ustaz Dato’ Sharhan Shafie) yang
diminta merawat Mawar
turut mengesyaki sesuatu yang buruk pada wanita itu. Mak
Timah pun meninggalkan
rumahnya kerana rimas.
Meskipun dalam beberapa kali igauan Mawar muncul sebagai hantu (pontianak?),
itu hanya menguatkan lagi jangkaan penonton. Antara
masalah/krisis tipikal yang
masih menghantui filem Melayu ialah jalan/kesudahan cerita
mudah/boleh dijangka.
Saya fikir kelemahan utama JS yang menjalani penggambaran mulai 18 Julai 2018
di Pasir Puteh (Kelantan), dan Jertih (Terengganu) ini ialah
identiti sebenar Mawar
terlalu cepat didedahkan. Mungkin baik jika lebih lama diselindungkan
untuk
memancing tanda tanya penonton.
Oleh kerana judulnya berterus-terang, saya berpendapat lebih menarik kalau dibuat
plot twist, iaitu Mawar, gadis yang dilaporkan hilang
dalam akhbar, masih hidup.
Justeru, tiada adegan Mak Timah membaca Yaasin, imbas kembali dia melihat
Mawar memanjat pokok tinggi dengan pantas membaiki
buaian, ayam-ayamnya
bergelimpangan mati tanpa kaki, dan makan sup kaki ayam
masakan Mawar.
Pendedahan identiti sedemikian menyebabkan antiklimaks. Jika ada penonton
menunggu sehingga tamat pun, itu mungkin kerana lakonan
lucu Jay dan Abam
yang serasi.
Plot twist (walaupun mungkin ada yang mengatakan klise juga) boleh menimbulkan
keadaan/persoalan lain, iaitu tempat asal Mawar, punca kematiannya,
dan mengapa
Tok Salleh, lelaki tua ‘gila seks’ itu menggilainya.
‘Syarahan’ ringkas Awang dan Kulop tentang mengingati Islam dan Allah kepada
watak lain tidak logik dituturkan oleh mereka yang
bekerja untuk Tok Salleh. Namun
demikian, itu barangkali kerana penulis mahu menyindir
orang yang munafik.
Penipuan dalam internet seperti penggunaan Facebook, WhatsApp, dan Bigo juga
disindir/dibidas halus. Sebagai contoh, Megat mencari jodoh dengan menipuwajahnya. Si
gadis (Nadia Farida) melenting marah kerana tertipu dengan Megat
setelah benar-benar jatuh cinta.
Namun begitu, lagu runut bunyi JS, ‘Bersama Tak Selamanya’ (perkataan yang turut
menjadi ‘tagline’ filem ini), nyanyian Dakme amat merdu,
dengan vokal yang
mantap.
*penilaian 2.5/5
No comments:
Post a Comment