EKONOMI
Links of Malaysia Mahu Jadi Jenama Tempatan Ikonik Perniagaan Emas
DEWAN Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI) terus memberikan sokongan kepada para peniaga wanita Islam di negara kita, terutama yang melibatkan perniagaan emas.
Lanjutan promosinya dalam satu masjlis pada Ramadan 1442 Hijrah/2021 Masehi di Kuala Lumpur, DEWI kini memperkenal pula sebuah jenama baharu berkaitan dengan perniagaan emas, iaitu Pautan Malaysia atau Links of Malaysia (LOM).
Menurut pengasas DEWI, Datin Raskidah Ali, (LOM) sudah bersedia menjadi sebuah jenama tempatan yang ikonik, dengan keyakinan penuh berpotensi untuk berkembang ke peringkat antarabangsa.
SeSetiausaha Agung Persatuan Rangkaian Perniagaan yang Teguh (SustNET), Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan (kanan).
6.
Rakan niaga baharu Datin Raskidah Ali dari Iran (tengah) memberikan sedikit ucapan pengenalan beliau.
Pengasas Links of Malaysia, Datin Raskidah Ali atau lebih mesra dengan panggilan Datin Ras.
Datin Raskidah Ali (kanan) sedang memberi penerangan mengenai produk Links of Malaysia kepada rakan-rakan niaga beliau.
Pereka bentuk muda, Siti Nur Anati Muhammad Khairi (kiri), dan Khairunnisa Ab Rahman yang bakal berkhidmat dengan Links of Malaysia.
Datin Raskidah Ali mengalu-alukan kedatangan pelanggan ke Links of Malaysia X ICG House.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sehubungan itu, katanya, LOM menawarkan rangkaian barang kemas moden bergaya yang dicipta untuk lelaki dan wanita, serta berpotensi menawarkan ratusan azimat untuk dipilih.
“Antaranya ialah gelang tangan ‘Trisya’ sebagai alternatif yang menyeronokkan bagi azimat konvensional,” jelas Datin Raskidah yang lebih mesra dengan panggilan Datin Ras.
LOM telah melancarkan produk pertama yang berasaskan alat muzik tradisional, iaitu Gong. Kemudian, tambah Datin Ras, ada Wau, Keris, Terompah Melaka, Stadium JDT, Manggis, Durian, dan reka bentuk yang tidak berterusan yang berkaitan dengan citarasa tempatan, tempat menarik, makanan dan juadah atau ringkasnya ikon, ‘I Love Malaysia’.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Akan dipastikan tiada gelang yang kelihatan serupa. Ini untuk membolehkan LOM tampil dengan gaya sendiri, dan pilihan menarik tanpa batasan,” kata Datin Raskidah lagi.
Biasanya lelaki tercicir atau ketinggalan dalam soal barang kemas/perhiasan diri. Walau bagaimanapun, perkara itu tidak akan terjadi dengan LOM.
“Tidak lama lagi LOM akan ada koleksi emas dan kulit yang boleh juga dibuat daripada sekerat. Kancing Manset peribadi kami dan ‘butang’ Baju Melayu Hari Raya (kelihatan seperti ketulan emas) nanti bakal meledak di pasaran nanti,” jelas Datin Ras.
Ini membolehkan LOM menyatakan secara peribadi gayanya, dan pilihan azimat yang berpanjangan yang tersedia.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali pandang atau fikir, harganya mesti mahal. Namun demikian, tegas
Datin Ras, walaupun memiliki semua jenama fesyen, harga julat LOM agak munasabah.
“LOM berbangga menggunakan pelbagai jenis logam halus dari perak bernilai
9k,14k,18k, 22k, dan 24k,” ujar beliau dalam satu sesi bersama-sama media di
IGC House, Sunway Valocity, Kuala Lumpur pada 24 Februari 2022 yang lalu.
Koleksi naratif LOM termasuklah loket, gelang, dan cincin yang boleh
dimiliki, dan yang paling menarik ialah ukiran nama, ucapan dan lain-lain
padanya PERCUMA.
Menariknya, LOM turut menawarkan perkhidmatan keping tersuai, tukar beli,
serta menjual dan membeli jongkong emas. Bersama-sama Datin Ras, wawasan LOM
mantap ke arah lebih cemerlang dengan menganjurkan bengkel untuk mendidik peniaga
‘kekal bertahan’ dalam industri emas, dan barang kemas.
Turut menghadiri sesi perkenalan LOM itu termasuklah Setiausaha Agung Persatuan
Rangkaian Perniagaan yang Teguh (SustNET), Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan, dua
tetamu/rakan niaga Dr Neda dari Iran, Dr Betania (Indonesia), Siti Mariam (Filipina), dan Datin Sharon (Malaysia), serta pereka bentuk muda, Siti Nur Anati Muhammad
Khairi, dan Khairunnisa Ab Rahman.
Siti Nur Anati dan Khairunnisa sedang dalam perundingan untuk menjadi
pereka bentuk LOM. Jika diterima, pelantikan Anati dan Khairunnisa dialu-alukan
kerana mereka pemegang ijazah Seni dan Reka Bentuk bagi Reka Bentuk Logam
Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Tetamu/rakan niaga dari Iran pula, menurut Datin Ras ialah prospek untuk
bentuk dan perkembangan perniagaan akan datang.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi: Tel +603 9226 3108
Media Sosial LOM:
LinksOfMalaysia
IG- @LinksOfMalaysia
NayliBJewels
FB- NayliBJewels
IG- @NayliBJewels
Ikuti kami di laman sesawang:
www.igchouse.com
www.ifintechsolutions.com
www.imasgold.com
1.
2.
3.
4.
5.
No comments:
Post a Comment