SELEBRITI
SENIMAN VETERAN TANAH AIR TERUS DIHARGAI
Sebahagian daripada pendokong Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM) bersama-sama Pengerusi Eksekutif Radiance Studios Sdn Bhd, Dr Mohd Ezman Zamani (lima dari kanan) dan kereta Starex yang dihadiahkan kepada YAVM.
Se Sebahagian daripada hadirin, termasuk pihak media.
G Gimik pelancaran Redi Go.
8.
Dari kiri; Dr Mohd Ezman Zamani dan isteri; Kismah Johar dan Mubarak Majid bersama-sama kereta Starex yang disumbangkan kepada Yayasan Artis Veteran Malaysia.
7.
2. Sesi pelancaran Redi Go.
PePengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Zakaria Abd Hamid menyampaikan ucapan.
5.
DDari kiri; Mubarak Majid, Kismah Johar, serta Dr Mohd Ezman Zamani, dan isteri dalam sidang media majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Radiance Sdn Bhd dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia, 23 Februari 2022 lalu.
4.
PrPresiden Yayasan Artis Malaysia, Kismah Johar (duduk dua dari kiri) dan Muhammad Yasin Musa (dua dari kanan) menandatangani perjanjian persefahaman diperhatikan oleh Pengerusi Finas, Zakaria Abd Hamid (berdiri kiri), dan Dr Mohd Ezman Zamani (berdiri kanan).
3.
KATA-KATA/HAKIKAT setiap
pelakon/penyanyi atau selebriti/artis ada zamannya masing-masing, dan jika
telah berlalu, jangan ‘dipaksa-paksa’/‘memaksa-maksa’ untuk tetap popular/laris
mungkin tidak diterima oleh Pengerusi Eksekutif Radiance Studios Sdn Bhd, Dr Mohd
Ezman Zamani.
Barangkali kerana itulah Dr Mohd Ezman membawa pihaknya menandatangani
memorandum persefahaman (MoU) dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia sebagai
tanda beliau menghargai selebriti tersebut.
Pengulangan kata-kata beliau semasa berucap pada 23 Februari
2022 lalu, iaitu lebih berminat atau menumpukan perhatian pada artis veteran
berbanding artis baharu/semasa jika bertemu mereka serentak, jelas mencerminkan
penghargaannya itu.
“Mana tidaknya. Saya membesar dengan nyanyian dan lakonan
mereka. Selama ini, saya hanya melihat mereka di layar kecil atau layar lebar,
tetapi sekarang berpeluang bertemu secara bersemuka,” kata Dr Ezman dalam
ucapannya dalam majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Radiance
Sdn Bhd dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia di Hotel Sunway Putra, Kuala
Lumpur.
Radiance Studios Sdn Bhd (RSSB) merupakan sebuah syarikat
pengeluaran di bawah Radiance Assets Berhad, sebuah syarikat pemegangan
pelaburan patuh syariah, sedang mencari jalan untuk menjalin hubungan jangka
panjang dengan Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM).
YAVM ialah sebuah organisasi yang diwujudkan untuk membantu,
dan mempertahan kesejahteraan artis veteran yang terlibat dalam pelbagai bidang
seni industri hiburan seperti pelakon, penyanyi, pelawak, pemuzik dan penari.
Menerusi anak syarikatnya, RSSB, Radiance Assets Berhad menjadi
syarikat korporat pertama yang mengangkat martabat artis veteran negara dengan
mewujudkan kerjasama strategik bersama-sama YAVM.
Menerusi MoU tersebut, tambah Ezman, penerbitan filem pendek
yang diterbitkan sebagai projek pertama, dapat menawarkan pelbagai pengisian dengan
memberi peluang pekerjaan kepada artis veteran terbabit.
Sebelum itu, dalam ucapannya, Kismah Johar sebagai Presiden,
mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada RSSB kerana sudi menjalin
hubungan dengan YAVM.
RSSB bukan sahaja menerbitkan filem pendek yang membuka
peluang berkarya, tetapi turut menghadiahkan sebuah kereta jenama Starex untuk
kegunaan YAVM.
Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas),
Zakaria Abd Hamid yang turut hadir pula mengucapkan syabas kepada RSSB dan YAVM
kerana menjalin kerjasama demi kebaikan bersama khasnya, dan industri seni
negara amnya.
Majlis MoU tersebut juga diserikan dengan tayangan filem
pendek terbitan RSSB berjudul Beraja di
Mata Bersultan di Hati yang turut dibintangi Timbalan Presiden YAVM,
Mubarak Majid, dan pelancaran Redi Go.
Turut menghadiri majlis ialah Ketua Pegawai Eksekutif RSSB,
Muhamad Yasin Musa; serta beberapa pelakon/penyanyi veteran seperti Dato’ Hail
Amir, Datin Fadilah Mansor, Normah Damanhuri, Jamaludin Mat, Margaret Gan, S
Azli, Zuraini Kassim, dan Mubarak sendiri.
1.
6.
No comments:
Post a Comment