SELERA
JUADAH RAMADAN BERPRESTIJ
UNTUK PELANGGAN RESTORAN RIVERSIDE
RAMADAN, bulan
yang dirindukan oleh setiap Muslim datang lagi. Di sepanjangnya, kita umat Islam
mengambil kesempatan untuk beribadat dan berkumpul bersama-sama keluarga, dan berbuka
puasa bersama-sama.
Keterujaan rakyat Malaysia untuk menyambut Ramadan secara
normal pada tahun 1443 Hijrah/2022 Masehi ini dapat dirasakan selepas dua tahun
tidak berpeluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga/handai taulan akibat
wabak pandemik COVID-19.
Antara pihak yang turut teruja dalam hal ini ialah Pusat
Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Pengarah Komunikasi Pemasaran, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Intan Tantiyana Puteri Jaafar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran WTCKL, Intan Tantiyana Puteri Jaafar, tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita berpeluang untuk kembali berkumpul, dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan oleh Kerajaan.
Merujuk pada Restoran Riverside yang berada di WTCKL, Intan Tantiyana menyatakan, pada tahun ini, ‘rumah makan’ tersebut kembali mengundang pengunjungnya mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet mengandungi lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan ‘Aneka Selera Desa’.
Pada tahun ini, WTCKL bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam, sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Kuala Lumpur: Intan Tantiyana Puteri Jaafar.
Anda juga boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad kami di kaunter, dan cedok sebarang hidangan kegemaran anda, dan meja bufet untuk dibawa pulang: Intan Tantiyana Puteri Jaafar.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tawaran istimewa di sepanjang bulan yang mulia ini,
tambah beliau, termasuklah tawaran
baucar untuk bufet, yang boleh didapati di kedai dalam talian seperti Fave,
PrestoMall, Shopce, Lazada dan laman sesawang Restoran Riverside.
Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga
RM108 seorang bermula dari 2 Mac 2022 sehingga 4 April 2022. Semua baucar yang
dibeli sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022.
Intan Tantiyana memberitahu perkara ini semasa berucap
dalam majlis ulasan media Bufet Ramadan ‘Aneka Selera Desa’ di Restoran
Riverside WTCKL pada 2 Mac 2022 yang lalu.
“Anda juga boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet
ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad kami di kaunter, dan
cedok sebarang hidangan kegemaran anda, dan meja bufet untuk dibawa pulang,”
tambah Intan Tantiyana.
Mangkuk tingkat tersebut, jelas beliau, dijual pada harga
RM59 dan RM69 untuk bersaiz 12 cm dan 16 cm.
“Terdapat dalam pelbagai corak, anda juga membantu
menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik,” kata Intan
Tantiyana lagi.
Selepas berbuka puasa, pelanggan boleh menunaikan solat
maghrib, isyak dan juga sunat terawih berjemaah di Surau Ar-Rahman yang
terletak di Aras 3. Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin ini mampu
memuatkan seramai 100 jemaah dengan penjarakan sosial.
WTCKL turut menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan
Korporat bermula dari RM148 seorang untuk tempahan minimum 100 orang, dan ke
atas.
Jamuan persendirian akan ditempatkan di pelbagai ruang
atau bilik di WTCKL untuk majlis makan yang lebih peribadi, dan mesra bersama-sama
keluarga, rakan atau rakan perniagaan.
“Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan bufet khas,
surau khas untuk solat maghrib, isyak, dan sunat tarawih serta kadar parkir
berharga RM5 mulai jam 6 petang, dan seterusnya,” jelas Intan Tantiyana.
Mengenai prestasi buffet nanti, barisan chef WTCKL yang
diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan pilihan
menu istimewa dengan lima giliran berbeza setiap minggu.
Para tetamu boleh menikmati hidangan klasik desa seperti ikan patin goreng sambal Hyau, daging rendang Minang, ketam goreng dengan cili kering dan bawang
putih, sotong masak kari dengan nanas,
dan ayam masak lemak cili padi dengan
belimbing buluh.
Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti
bubur lambuk, masakan asam pedas, dan kambing
goreng berempah turut tersedia.
Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman Melayu tradisional
seperti daun Ceylon, ulam raja, kacang botol, petai, tomato, timun, daun pegaga, jering, terung pipit, bendi, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung,
daun gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, tujuh jenis
kerabu, tapai, laksa, mi kari, sup berempah,
dan pelbagai sambal yang pasti
membuatkan anda kenyang di sepanjang malam.
Salah satu menu kegemaran tetamu Restoran Riverside
setiap tahun ialah kambing golek. Ia
menghidangkan seekor kambing setiap hari yang dibakar dengan lada hitam, dan
sos cendawan pastinya bakal membangkitkan selera para tetamu.
“Pada tahun ini, WTCKL bekerjasama dengan Nasi Kandar
Saddam, sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Kuala Lumpur. Penggemar nasi
kandar akan berpeluang merasai ayam goreng
Saddam, sajian kegemaran warga Kuala Lumpur dengan rasa rangup di luar,
lembut di dalam,” jelas Intan Tantiyana.
Setiap kuah kandarnya, tambah beliau, kaya dengan
pelbagai perisa, dari manis hingga pedas, dan dengan itu, sepinggan nasi kandar
mungkin tidak mencukupi.
Untuk maklumat lanjut tentang bufet atau untuk membuat
tempahan, pelanggan boleh membuat pembelian secara atas talian di http://www.riverside.wtckl.com,
atau terus menghubungi Restoran Riverside menerusi talian 03 2614 6701/6702,
atau WhatsApp di 019 2678960.
WTCKL boleh dihubungi menerusi talian 03 2614 6115 atau 03-
2614 6224. Laman sesawang rasminya ialah www.worldtradecentrekl.com.
Gambar:
1.
No comments:
Post a Comment