SELERA

 

 

JUADAH RAMADAN BERPRESTIJ UNTUK PELANGGAN RESTORAN RIVERSIDE

 

RAMADAN, bulan yang dirindukan oleh setiap Muslim datang lagi. Di sepanjangnya, kita umat Islam mengambil kesempatan untuk beribadat dan berkumpul bersama-sama keluarga, dan berbuka puasa bersama-sama.

 

Keterujaan rakyat Malaysia untuk menyambut Ramadan secara normal pada tahun 1443 Hijrah/2022 Masehi ini dapat dirasakan selepas dua tahun tidak berpeluang untuk berkumpul bersama-sama keluarga/handai taulan akibat wabak pandemik COVID-19.

 

Antara pihak yang turut teruja dalam hal ini ialah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

 













Pengarah Komunikasi Pemasaran, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, Intan Tantiyana Puteri Jaafar.




























-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Pengarah Komunikasi Pemasaran WTCKL, Intan Tantiyana Puteri Jaafar, tahun ini pastinya lebih istimewa apabila kita berpeluang untuk kembali berkumpul, dan menikmati hidangan bufet yang telah menjadi rutin tahunan majoriti rakyat Malaysia dengan mengekalkan prosedur operasi standard (SOP) seperti yang disarankan oleh Kerajaan.

 

Merujuk pada Restoran Riverside yang berada di WTCKL, Intan Tantiyana menyatakan, pada tahun ini, ‘rumah makan’ tersebut kembali mengundang pengunjungnya mengimbas kembali nostalgia berbuka puasa di desa dengan menyajikan hidangan bufet mengandungi lebih 300 jenis juadah setiap hari bertemakan ‘Aneka Selera Desa’.




Pada tahun ini, WTCKL bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam, sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Kuala Lumpur: Intan Tantiyana Puteri Jaafar.





Anda juga boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad kami di kaunter, dan cedok sebarang hidangan kegemaran anda, dan meja bufet untuk dibawa pulang: Intan Tantiyana Puteri Jaafar.





-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 “Bufet Ramadan ‘Aneka Selera Desa’ akan dianjurkan di Legar WTCKL bermula dari 5 April 2022 sehingga 29 April 2022, dari jam 6 petang sehingga 10 malam. Bufet ini berharga RM128 bersih bagi seorang dewasa, manakala kanak-kanak (berumur 7-12 tahun), dan warga emas berharga RM75 seorang,” jelas Intan Tantiyana.

 

Tawaran istimewa di sepanjang bulan yang mulia ini, tambah  beliau, termasuklah tawaran baucar untuk bufet, yang boleh didapati di kedai dalam talian seperti Fave, PrestoMall, Shopce, Lazada dan laman sesawang Restoran Riverside.

 

Pelanggan boleh menikmati harga pembelian awal pada harga RM108 seorang bermula dari 2 Mac 2022 sehingga 4 April 2022. Semua baucar yang dibeli sah untuk ditebus sehingga 29 April 2022.

 

Intan Tantiyana memberitahu perkara ini semasa berucap dalam majlis ulasan media Bufet Ramadan ‘Aneka Selera Desa’ di Restoran Riverside WTCKL pada 2 Mac 2022 yang lalu.

 

“Anda juga boleh membawa pulang mana-mana makanan bufet ke rumah untuk bersahur. Beli mangkuk tingkat edisi terhad kami di kaunter, dan cedok sebarang hidangan kegemaran anda, dan meja bufet untuk dibawa pulang,” tambah Intan Tantiyana.

 

Mangkuk tingkat tersebut, jelas beliau, dijual pada harga RM59 dan RM69 untuk bersaiz 12 cm dan 16 cm.

 

“Terdapat dalam pelbagai corak, anda juga membantu menyelamatkan bumi dengan mengurangkan penggunaan plastik,” kata Intan Tantiyana lagi.

 

Selepas berbuka puasa, pelanggan boleh menunaikan solat maghrib, isyak dan juga sunat terawih berjemaah di Surau Ar-Rahman yang terletak di Aras 3. Kemudahan surau yang selesa dan berhawa dingin ini mampu memuatkan seramai 100 jemaah dengan penjarakan sosial.

 

WTCKL turut menawarkan Pakej Jamuan Persendirian dan Korporat bermula dari RM148 seorang untuk tempahan minimum 100 orang, dan ke atas.

 

Jamuan persendirian akan ditempatkan di pelbagai ruang atau bilik di WTCKL untuk majlis makan yang lebih peribadi, dan mesra bersama-sama keluarga, rakan atau rakan perniagaan.

 

“Pakej ini termasuk sistem audio, hidangan bufet khas, surau khas untuk solat maghrib, isyak, dan sunat tarawih serta kadar parkir berharga RM5 mulai jam 6 petang, dan seterusnya,” jelas Intan Tantiyana.

 

Mengenai prestasi buffet nanti, barisan chef WTCKL yang diketuai oleh Chef Eksekutif, Suzaini Mohamed Salih, akan menyediakan pilihan menu istimewa dengan lima giliran berbeza setiap minggu.

 

Para tetamu boleh menikmati hidangan klasik desa seperti ikan patin goreng sambal Hyau, daging rendang Minang, ketam goreng dengan cili kering dan bawang putih, sotong masak kari dengan nanas, dan ayam masak lemak cili padi dengan belimbing buluh.

 

Selain itu, menu yang pasti menambat selera ramai seperti bubur lambuk, masakan asam pedas, dan kambing goreng berempah turut tersedia.

 

Terdapat pelbagai jenis ulam-ulaman Melayu tradisional seperti daun Ceylon, ulam raja, kacang botol, petai, tomato, timun, daun pegaga, jering, terung pipit, bendi, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung, daun gajus, aneka jenis keropok, ikan masin, tujuh jenis kerabu, tapai, laksa, mi kari, sup berempah, dan pelbagai sambal yang pasti membuatkan anda kenyang di sepanjang malam.

 

Salah satu menu kegemaran tetamu Restoran Riverside setiap tahun ialah kambing golek. Ia menghidangkan seekor kambing setiap hari yang dibakar dengan lada hitam, dan sos cendawan pastinya bakal membangkitkan selera para tetamu.

 

“Pada tahun ini, WTCKL bekerjasama dengan Nasi Kandar Saddam, sebuah kedai nasi kandar yang terkenal di Kuala Lumpur. Penggemar nasi kandar akan berpeluang merasai ayam goreng Saddam, sajian kegemaran warga Kuala Lumpur dengan rasa rangup di luar, lembut di dalam,” jelas Intan Tantiyana.

 

Setiap kuah kandarnya, tambah beliau, kaya dengan pelbagai perisa, dari manis hingga pedas, dan dengan itu, sepinggan nasi kandar mungkin tidak mencukupi.

 

Untuk maklumat lanjut tentang bufet atau untuk membuat tempahan, pelanggan boleh membuat pembelian secara atas talian di http://www.riverside.wtckl.com, atau terus menghubungi Restoran Riverside menerusi talian 03 2614 6701/6702, atau WhatsApp di 019 2678960.

 

WTCKL boleh dihubungi menerusi talian 03 2614 6115 atau 03- 2614 6224. Laman sesawang rasminya ialah www.worldtradecentrekl.com.

 

Gambar:

 

1.      

No comments:

Powered by Blogger.