SELERA
‘SELERA IBUNDA’
THYME OUT CAFÉ BY EQUATORIAL RAMADAN 1443 HIJRAH
BERSEMPENA dengan
kedatangan Ramadan 1443 Hijrah (mulai 3
April 2022 nanti menurut jangkaan),
Thyme Out Café by Equatorial dengan bangga menyajikan bufet Ramadannya
bermula 4 April 2022.
Bertempat di Pusat Persidangan ACE berhampiran Hab
Pendidikan Kewangan (FEH), ia selesa dan mudah dicapai kerana berada di pusat kota
Kuala Lumpur – Jalan Dato’ Onn.
Sesuai untuk
semua acara besar dan kecil, ia membuka ruang serta mengalu-alukan penganjuran
mesyuarat korporat, dan yang berkaitan dengan perniagaan. Kemudahan dan
kelengkapan yang disediakannya sesuai dengan kehendak penganjur bagi memastikan
acara berjalan lancar.
Menawarkan
gabungan pelbagai juadah kontemporari dan tradisional yang disediakan sendiri,
bufet bertemakan ‘Selera Ibunda’ tersebut memang tidak boleh dilepaskan.
Keenakan kesemua juadahnya wajar dinikmati kerana boleh menggamit nostalgia
masakan bonda.
Untuk menambahkan keenakan menikmati juadah, anda
turut dihiburkan oleh persembahan ghazal yang merdu sebagai halwa telinga.
Jadi, jangan lepaskan sajian makan malam anda dari 4
April sehingga 30 April 2022 bermula jam 6.45 petang sehingga 10 malam di Thyme
Out Café by Equatorial.
Dengan
pengalaman selama 22 tahun dalam bidang penyediaan makanan, Eksekutif Chef, Mohamed
Juzaili Shah Abdoll Rani dan pasukan kulinarinya menyajikan hidangan
tradisional yang akan membuka selera anda.
‘Selera Ibunda’ turut menyediakan enam jenis pencuci
mulut utama.
Antara sajian terkenal/pilihan
ramai yang disediakan termasuklah Sup Gear Box, Daging Tetel Gulai Kawah,
Kambing Masak Hitam, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Udang Galah, dan Kari
Kepala Ikan.
HARGA PROMOSI
ISTIMEWA/TARIKH TERHAD
Bermula 4 April
2022/Hanya RM115 sahaja
Thyme Out Café by Equatorial di Tingkat Bawah
Bangunan AICB, akan membuka makan malam bufet buka puasa Selera Ibunda bermula
4 April sehingga 30 April 2022 dari jam 6.45 petang sehingga 10 malam.
Harga pelanggan awal hanya RM115 seorang dewasa
bermula 4 April 2022. Harga bufet biasa ialah RM138 seorang dewasa, dan RM70
seorang kanak-kanak (berusia antara enam sehingga 12 tahun).
Pengurus Besar Pusat Persidangan ACE, Choong Yat Chee.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ACARA TERTUTUP/MAKAN MALAM BERKUMPULAN
Bagi kumpulan seramai 100 orang atau lebih, Pusat Persidangan ACE secara eksklusif menawarkan pelbagai menu pilihan bufet buka puasa untuk mereka yang berminat bagi acara tertutup atau acara sosial pada Ramadan kali ini. Acara tertutup boleh diadakan di bilik khas. Harga menu bufet ialah mengikut pilihan bufet.
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Bahagian Jualan terus menerusi talian 60 3 2602 4100 (talian Umum), atau e-mel ace@stfresources.com.
Untuk tempahan makan malam atau makan malam istimewa di Thyme Out Café by Equatorial, sila hubungi terus talian 03 2602 4200 (Talian Terus)/6011 3532 4120, atau e-mel thymeout@stfresources.com untuk kepastian tempat yang diingini. Tempahan awal amat digalakkan.
Laman sesawang: www.a-c-e.com
Facebook
: www.facebook.com/aceconferencecentre
Instagram
: www.instagram.com/aceconferencecentre
No comments:
Post a Comment