SELERA

 

‘SELERA IBUNDA’ THYME OUT CAFÉ BY EQUATORIAL RAMADAN 1443 HIJRAH

 

BERSEMPENA dengan kedatangan Ramadan 1443 Hijrah  (mulai 3 April 2022 nanti menurut jangkaan),  Thyme Out Café by Equatorial dengan bangga menyajikan bufet Ramadannya bermula 4 April 2022.

 

Bertempat di Pusat Persidangan ACE berhampiran Hab Pendidikan Kewangan (FEH), ia selesa dan mudah dicapai kerana berada di pusat kota Kuala Lumpur – Jalan Dato’ Onn.

 

Sesuai untuk semua acara besar dan kecil, ia membuka ruang serta mengalu-alukan penganjuran mesyuarat korporat, dan yang berkaitan dengan perniagaan. Kemudahan dan kelengkapan yang disediakannya sesuai dengan kehendak penganjur bagi memastikan acara berjalan lancar.

 

Menawarkan gabungan pelbagai juadah kontemporari dan tradisional yang disediakan sendiri, bufet bertemakan ‘Selera Ibunda’ tersebut memang tidak boleh dilepaskan. Keenakan kesemua juadahnya wajar dinikmati kerana boleh menggamit nostalgia masakan bonda.

 

Untuk menambahkan keenakan menikmati juadah, anda turut dihiburkan oleh persembahan ghazal yang merdu sebagai halwa telinga.

 

Jadi, jangan lepaskan sajian makan malam anda dari 4 April sehingga 30 April 2022 bermula jam 6.45 petang sehingga 10 malam di Thyme Out Café by Equatorial.

 

Dengan pengalaman selama 22 tahun dalam bidang penyediaan makanan, Eksekutif Chef, Mohamed Juzaili Shah Abdoll Rani dan pasukan kulinarinya menyajikan hidangan tradisional yang akan membuka selera anda.

 

‘Selera Ibunda’ turut menyediakan enam jenis pencuci mulut utama.

 

Antara sajian terkenal/pilihan ramai yang disediakan termasuklah Sup Gear Box, Daging Tetel Gulai Kawah, Kambing Masak Hitam, Daging Salai Masak Lemak, Asam Pedas Udang Galah, dan Kari Kepala Ikan.  

 

HARGA PROMOSI ISTIMEWA/TARIKH TERHAD      

Bermula 4 April 2022/Hanya RM115 sahaja

 

Thyme Out Café by Equatorial di Tingkat Bawah Bangunan AICB, akan membuka makan malam bufet buka puasa Selera Ibunda bermula 4 April sehingga 30 April 2022 dari jam 6.45 petang sehingga 10 malam.

 

Harga pelanggan awal hanya RM115 seorang dewasa bermula 4 April 2022. Harga bufet biasa ialah RM138 seorang dewasa, dan RM70 seorang kanak-kanak (berusia antara enam sehingga 12 tahun).

 





































                                    Pengurus Besar Pusat Persidangan ACE, Choong Yat Chee.   

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

ACARA TERTUTUP/MAKAN MALAM BERKUMPULAN

 

Bagi kumpulan seramai 100 orang atau lebih, Pusat Persidangan ACE secara eksklusif menawarkan pelbagai menu pilihan bufet buka puasa untuk mereka yang berminat bagi acara tertutup atau acara sosial pada Ramadan kali ini. Acara tertutup boleh diadakan di bilik khas. Harga menu bufet ialah mengikut pilihan bufet.

 

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Bahagian Jualan terus menerusi talian 60 3 2602 4100 (talian Umum), atau e-mel ace@stfresources.com.

 

Untuk tempahan makan malam atau makan malam istimewa di Thyme Out Café by Equatorial, sila hubungi terus talian 03 2602 4200 (Talian Terus)/6011 3532 4120, atau e-mel thymeout@stfresources.com untuk kepastian tempat yang diingini. Tempahan awal amat digalakkan.




Laman sesawang: www.a-c-e.com

Facebook            : www.facebook.com/aceconferencecentre

Instagram           : www.instagram.com/aceconferencecentre

 

 


No comments:

Powered by Blogger.