EKONOMI

 

Komited Bina Usahawan Pulihkan Ekonomi Negara

SUSTNET

 

TUNKU Laksamana Negeri Sembilan, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar menegaskan tahun 2021 telah dianggap sebagai tahun ‘Berubah Menjadi Mampan’.

 

Tambah baginda, rakyat Malaysia terumbang-ambing dan cuba bangkit ekoran perubahan hidup yang mendadak buruk akibat COVID-19.

 

“Memang wabak pandemik maut ini membawa bencana yang kita semua maklum, iaitu keadaan dunia yang tidak menentu, dan ekonomi serantau terjejas. Namun begitu,yakinlah  di sebalik awan mendung, masih ada sinar mentari,” titah Tunku Naquiyuddin.

 

Tambah baginda, ada hikmah dalam setiap kesusahan dan penderitaan. Ketahanan atau Kemampanan kini tidak lagi perlu dicari. Ia sudah ada bersama-sama kita, yang hanya menunggu masa untuk diamalkan dalam urusan harian, mengurus pembangunan industri dan sektor, seperti yang jentera kerajaan lakukan.

nk         Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Naquiyuddin ibni                          AlmarhumTuanku Jaafar menyampaikan titah ucapan.

2. 


 Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menyampaikan salam baginda kerana tidak dapat mencemar duli menghadirkan diri.



 Para penerima anugerah bersama-sama dengan Duli Yang Teramat Mulia Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar.


 Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan menyampaikan ucapan pengenalan pautan Industri & Rngkaian Antarabangsa SustNET.




Ucapan pembukaan oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak.

Tunku Laksamana Negeri Sembilan, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Naquiyuddin ibni Almarhum Tuanku Jaafar menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima.


Presiden Persatuan Rangkaian Perniagaan Mampan Malaysia (SustNET), Jamaludin Hussain menyampaikan ucapan alu-aluan.

 
                             Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan menyampaikan sijil penghargaan.






T.  






-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ia merupakan kuasa dan aset untuk masa hadapan,” tegas Tunku Naquiyuddin dalam ucaptama khas baginda dalam majlis Anugerah Kemampanan GPM Malaysia pada 11 Mac lalu. Majlis yang berlangsung di Bangunan SS-MIDA, KL Sentral itu anjuran Persatuan Rangkaian Perniagaan Mampan Malaysia (SustNET).

 

Menurut Tunku Naquiyuddin, baginda bertitah bagi pihak sektor swasta yang sekian lama terlibat dalam soal keteguhan ini, terutamanya pertumbuhan kuasa, dan pemulihan tenaga.

 

Kesedaran terhadap keteguhan memang perlu untuk membantu masyarakat memperoleh amalan hijau yang tidak memudaratkan, persekitaran dan ekonomi.

 

“Saya gembira banyak sekolah, politeknik, universiti dan industri terlibat dalam Anugerah Kemampanan GPM Malaysia 2021 ini. Sesungguhnya ini petanda positif untuk kita dan negara kembali pulih, serta mencipta kejayaan demi kejayaan,” titah baginda.

 

Antara pihak dan jenama dalam bidang yang disebutkan ialah Universiti Teknologi MARA, Taylor’s University, PuspaMARA, Purely NAZ, AfSM SEWTECH Academy, PENDETA, dan CASALWA (Pasukan Perniagaan Fesyen Mampan).












Anugerah Kemampanan GPM Malaysia telah dilancarkan oleh Presiden GPM Sedunia (Amerika Syarikat/AS), Reinhard Wagner di Hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2015, anjuran Ts Dr Norsaidatul Akmar Mazelan dari Think Plus Consluting (kini Setiausaha Agung SustNET).

 

“Saya yakin senarai penerima anugerah ini akan bertambah apabila lebih banyak pemain industri dari pelbagai bidang turut serta memberikan sinar harapan,” titah baginda lagi.







-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sementara itu, Sepakat Setia Perunding Sdn Bhd telah menerima Anugerah GPM antarabangsa daripada GPM Sedunia (AS) pada 3 Januari 2022 lalu atas usaha cemerlang di Vietnam menjayakan projek membersihkan, dan merawat air.

 

“Ternyata kejayaan tersebut mengharumkan nama Malaysia dalam kalangan pertubuhan pengurusan projek seluruh dunia. Ini merupakan satu lagi batu loncatan untuk mengangkat negara kita sebagai penyumbang keteguhan untuk masyarakat serantau, dan dunia,” titah Tunku Naquiyuddin lagi.

 

Turut hadir dan menyampaikan ucapan termasuklah Pengerusi Jawatankuasa Anugerah GPM Malaysia, SustNET), Ir Ts Hisham Yahaya; Presiden SustNET, Jamaludin Hussain; Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli Abdul Razak; pengasas Dewan Perniagaan Wanita Islam Malaysia (DEWI), Datin Raskidah Ali, dan Dr Norsaidatul Akmar sendiri.

 

Anugerah Kemampanan GPM Malaysia 2021 dinaungi Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Walau bagaimanapun, baginda hanya menyampaikan salam kerana tidak dapat mencemar duli menghadirkan diri.

 

Dalam titah salam baginda, Tengku Amir berdoa agar majlis berjalan lancar, dan para penerimanya akan terus mencapai kejayaan demi Malaysia negara tercinta. Tunku Naquiyuddin menggantikan Tengku Amir menyampaikan sijil kepada para penerima.

 

Selain Dr Nursaidatul dan Noor Hisham, turut menerima anugerah termasuklah Joshua O’niell, Muhd Faisal Abd Rani, Steven Lee, Mariatul Kibtiyah, Datin Jaiyah Shahbudin, Khairul Anuar Khairudin, Kartina Johari, Muzammil Mardzuki, Datin Smadiyah Ahmad, Farah Wahida Jamalusin, dan Norbaizura Ikhazam.   

 


1.         

3.     

4.      

5.          

7.      

8.      

9.    

10. 

No comments:

Powered by Blogger.