AGAMA
WAQAF DAN INFAQ AL-AQSA SELAMAT DILANCARKAN
MASJID Al-Aqsa merupakan jantung masalah umat Islam yang perlu ditangani. Memperjuang kebebasannya menjadi keutamaan yang tidak boleh dipandang remeh.
Membela Masjid al-Aqsa harus menjadi perjuangan utama umat Islam kerana banyak dalil atau alasan yang terungkap dalam al-Quran dan hadis Rasulullah SAW mengenainya.
Masalah Masjid al-Aqsa berkisar di sekitar hak dan keadilan bukan sahaja buat kaum Muslimin sedunia, tetapi juga untuk seluruh kemanusiaan. Zionis Israel menjadikan perampasan masjid tersebut agenda terpenting atas alasan bumi Palestin ialah ‘bumi yang dijanjikan’.
Keadaan di Masjid al-Aqsa kini kritikal. Agenda pengyahudiannya dan seluruh Baitul Maqdis sedang digerakkan oleh zionis Israel. Dalam keadaan yang sedia ada, kekerasan ke atas Masjid al-Aqsa terus dilancarkan.
Zionis Israel tidak mempedulikan undang-undang antarabangsa. Pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak diendahkan, malah pelanggaran terhadap hak manusia terus berlaku.
Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi bercerita serba sedikit mengenai pengalaman beliau menyertai misi kemanusiaan di Palestin dalam sesi khas yang dimudahcarakan oleh mantan perantara TV3, Nizal Mohamad.
Majlis Perundingan
Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama beberapa pertubuhan bukan
kerajaan dan yayasan di Malaysia, Turki dan di Baitul Maqdis mengambil
inisiatif melancarkan Dana Wakaf dan Infaq al-Aqsa.
Majlis pelancaran Dana
Wakaf dan Infaq al-Aqsa itu telah disempurnakan oleh Penasihat Agama Perdana
Menteri Malaysia, Mejar Jeneral (B) Dato’ Seri Jamil Khir Baharom di sebuah
hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada 14 April 2022 lalu.
Dato’ Seri Jamil hadir
mewakili Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob yang
berhalangan kerana ada komitmen lain.
Dalam ucapannya, Jamil
menyampaikan salam daripada Dato’ Sri Ismail yang berharap pelancaran dana dan
infaq tersebut berjalan lancar.
“Kehadiran saya mewakili
Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap krisis
Masjid al-Aqsa khasnya, dan rakyat Palestin amnya. Perdana Menteri mengatakan Malaysia
akan terus menyokong pembebasan al-Aqsa, dan kemerdekaan Palestin,” kata Jamil.
Turut hadir ialah
Timbalan Menteri Perpaduan Negara Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad
Kamal; Pengarah Urusan Kumpulan Dagang Nexchange Berhad, Tan Sri Dato’ Sri Syed
Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, dan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau
Cikgu Azmi.
Sebelum pelancaran,
Cikgu Azmi bercerita serba sedikit mengenai pengalaman beliau menyertai misi
kemanusiaan di Palestin dalam sesi khas yang dimudahcarakan oleh mantan
perantara TV3, Nizal Mohamad.
Majlis pelancaran
tersebut turut menyaksikan penyerahan sumbangan RM50,000 daripada Dagang Nexchange Berhad untuk MAPIM yang diserahkan
oleh Dato’ Sri Syed Zainal Abidin kepada Cikgu Azmi.
No comments:
Post a Comment