Pages

Wednesday, 20 April 2022

 

EKONOMI

 

 

PERDANA MENTERI SEMPURNAKAN PELANCARAN HIJRAH24

                                                                                                                                          

 

PADA 20 April 2022 yang lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang bertujuan memastikan institusi pengurusan haji negara terus kekal berdaya saing, dan bersedia untuk masa depan demi kesejahteraan pendeposit, jemaah haji dan umat Islam umumnya.

 

Majlis Pelancaran HIJRAH24 itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Besar, Menara TH, Kuala Lumpur.

 

Dalam ucapan beliau, Dato’ Sri Ismail berkata, TH sebagai antara model pengurusan haji terbaik dunia perlu sentiasa bersedia melakukan perubahan agar terus kekal dan berkesan, dengan mengambil langkah berani untuk mengukuhkan kedudukannya kerana keperluan pemegang taruh sentiasa berubah mengikut masa.

 

‘Saya yakin TH telah mengambil kira semua aspek penting bagi melonjakkan semula operasi, serta pelaburannya untuk memastikan kesinambungan, dan kecemerlangan TH pada masa hadapan,” tegas Ismail Sabri dalam majlis pelancaran dan berbuka puasa itu.



                                                

                                                  Pengerusi TH, Tan Sri Azman Hj Mokhtar 


Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra, serta berbuka puasa bersama-sama warga TH, dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim yang turut hadir.






                                     

                                        Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.







Ismail turut meluangkan masa beramah mesra, serta berbuka puasa bersama-sama warga TH, dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim yang turut hadir.





Perdana Menteri (dua dari kiri) menyempurnakan pelancaran Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 sambil diperhatikan oleh Ustaz Idris Ahmad (dua dari kanan), Tan Sri Azman Hj Mokhtar (paling kiri), dan Dato’ Sri Amrin Awaluddin (paling kanan).

 


                                                    
                                                  Sebahagian daripada tetamu yang hadit.



 

Sebelum itu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Hj Mokhtar dalam ucapan alu-aluan beliau menjelaskan bahawa HIJRAH24 mengandungi 24 inisiatif yang akan dilaksanakan secara bersama oleh warga TH di sepanjang tiga tahun bermula pada 2022 sehingga 2024 berdasarkan lima teras utama, iaitu:

·        Pengurusan haji yang cemerlang.

·        Menjana pulangan dan lebihan aset yang berpatutan, dan mampan.

·        Meningkatkan simpanan yang stabil melalui perkhidmatan yang baik, beramanah dan mesra pelanggan.

·        Memupuk dan membangunkan modal insan terbaik (Best in-Class).

·        Menerapkan prinsip Maqasid Syariah sebagai objektif utama melalui tadbir urus yang baik

 

“HIJRAH24 ini sekali gus dapat mengukuhkan aspek tadbir urus serta kawalan dalaman untuk melindungi TH dan pendepositnya, selain menguatkan kecekapan operasi serta memberi keuntungan dan pulangan yang mampan kepada pendeposit,” jelas Tan Sri Azman.

 

Kesemua inisiatif ini, tambah beliau, memastikan, insya-Allah TH kekal lestari sehingga ke masa hadapan.

 

Pelan Transformasi HIJRAH24 menetapkan enam sasaran utama untuk dicapai oleh TH pada penghujung 2024, iaitu:

1.      Peningkatan saiz dana berjumlah RM100 bilion (berbanding RM86.5 bilion pada 31 Mac 2022).

2.      Lebih 507 daripada penduduk Islam negara menjadi pendeposit TH.

3.      Keuntungan boleh agih disasar yang berpatutan yang antaranya melebihi kadar perbankan Islam.

4.      Peningkatan pengguna digital THiJARI kepada lebih empat juta.

5.      Indeks kepuasan pelanggan melebihi 907.

6.      Indeks kepuasan penglibatan warga kerja melebihi 757.

 

Pada majlis pelancaran tersebut, Ismail turut meluangkan masa beramah mesra, serta berbuka puasa bersama-sama warga TH, dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim yang turut hadir.

 

Antara kenamaan yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ustaz Idris Ahmad, dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin.

 

Tegas Dato’ Sri Amrin, seluruh warga TH komited untuk melaksanakan HIJRAH24 dengan bersungguh-sungguh, sistematik dan menyeluruh sebagai pemangkin membawa TH ke satu tahap baharu yang lebih kukuh dan mampan.

 

 

No comments:

Post a Comment