EKONOMI
PERDANA MENTERI SEMPURNAKAN PELANCARAN HIJRAH24
PADA 20 April 2022 yang lalu, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan Pelan Transformasi Strategik HIJRAH24 yang bertujuan memastikan institusi pengurusan haji negara terus kekal berdaya saing, dan bersedia untuk masa depan demi kesejahteraan pendeposit, jemaah haji dan umat Islam umumnya.
Majlis Pelancaran HIJRAH24 itu telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Dewan Besar, Menara TH, Kuala Lumpur.
Dalam ucapan beliau, Dato’ Sri Ismail berkata, TH sebagai antara model pengurusan haji terbaik dunia perlu sentiasa bersedia melakukan perubahan agar terus kekal dan berkesan, dengan mengambil langkah berani untuk mengukuhkan kedudukannya kerana keperluan pemegang taruh sentiasa berubah mengikut masa.
‘Saya yakin TH telah mengambil kira semua aspek penting bagi melonjakkan semula operasi, serta pelaburannya untuk memastikan kesinambungan, dan kecemerlangan TH pada masa hadapan,” tegas Ismail Sabri dalam majlis pelancaran dan berbuka puasa itu.
Pengerusi TH, Tan Sri Azman Hj Mokhtar
Perdana Menteri turut meluangkan masa beramah mesra, serta berbuka puasa bersama-sama warga TH, dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim yang turut hadir.
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail turut meluangkan masa beramah mesra, serta berbuka puasa bersama-sama warga TH, dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim yang turut hadir.
Sebelum
itu, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Hj Mokhtar dalam ucapan alu-aluan beliau menjelaskan
bahawa HIJRAH24 mengandungi 24 inisiatif
yang akan dilaksanakan secara bersama oleh warga TH di sepanjang tiga tahun
bermula pada 2022 sehingga 2024 berdasarkan lima teras utama, iaitu:
·
Pengurusan haji
yang cemerlang.
·
Menjana pulangan
dan lebihan aset yang berpatutan, dan mampan.
·
Meningkatkan
simpanan yang stabil melalui perkhidmatan yang baik, beramanah dan mesra
pelanggan.
·
Memupuk dan
membangunkan modal insan terbaik (Best
in-Class).
·
Menerapkan
prinsip Maqasid Syariah sebagai objektif utama melalui tadbir urus yang baik
“HIJRAH24
ini sekali gus dapat mengukuhkan aspek
tadbir urus serta kawalan dalaman untuk melindungi TH dan pendepositnya, selain
menguatkan kecekapan operasi serta memberi keuntungan dan pulangan yang mampan
kepada pendeposit,” jelas Tan Sri Azman.
Kesemua
inisiatif ini, tambah beliau, memastikan, insya-Allah TH kekal lestari sehingga
ke masa hadapan.
Pelan
Transformasi HIJRAH24 menetapkan enam sasaran utama untuk dicapai oleh TH pada
penghujung 2024,
iaitu:
1.
Peningkatan
saiz dana berjumlah RM100 bilion (berbanding RM86.5 bilion pada 31 Mac 2022).
2.
Lebih
507 daripada penduduk Islam negara menjadi pendeposit TH.
3.
Keuntungan
boleh agih disasar yang berpatutan yang antaranya melebihi kadar perbankan
Islam.
4.
Peningkatan
pengguna digital THiJARI kepada lebih empat juta.
5.
Indeks
kepuasan pelanggan melebihi 907.
6.
Indeks
kepuasan penglibatan warga kerja melebihi 757.
Pada
majlis pelancaran tersebut, Ismail turut meluangkan masa beramah mesra, serta
berbuka puasa bersama-sama warga TH, dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak
yatim yang turut hadir.
Antara
kenamaan yang turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama), Ustaz Idris Ahmad, dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai
Eksekutif TH, Dato’ Sri Amrin Awaluddin.
Tegas Dato’ Sri
Amrin, seluruh warga TH komited untuk melaksanakan HIJRAH24 dengan
bersungguh-sungguh, sistematik dan menyeluruh sebagai pemangkin membawa TH ke
satu tahap baharu yang lebih kukuh dan mampan.
No comments: