SOSIAL

 

 

Iftar Rumah Prihatin Santuni Kanak-kanak Istimewa, Asnaf

 

 

DALAM keadaan ekonomi sekarang, bukan sahaja sumber kewangan ahli perniagaan atau usahawan yang terjejas, tetapi banyak rumah kebajikan turut hilang sumber pendapatan kerana jumlah penyumbang, dan penaja yang biasanya memberikan bantuan telah berkurangan.

 

Ini dinyatakan oleh Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dan Direktor D’Tandoor Food Industries (DTFI), Datuk Abdul Malik Abdullah semasa menyampaikan ucapan alu-aluan dalam ‘Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Golongan Asnaf’ pada 23 April 2022 lalu di Rumah Prihatin @ Grand Seasons.

 

FMBA merupakan gabungan persatuan dan dewan perniagaan yang terdiri daripada pelbagai industri.

 

“Walau bagaimanapun, FMBA dan DTFI sentiasa prihatin terhadap keperluan rakan-rakan perniagaan, dan menjadi kebiasaan kami untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan,” tegas Datuk Abdul Malik.

 

“Justeru, dengan usaha bersama-sama para ahli FMBA, DTFI dan Rumah Prihatin @ Grand Seasons, kami mampu menjayakan Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons ini,” tambah beliau yang turut menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada golongan yang disantuni seperti yang disebutkan tadi.

 


Datuk Nora Ariffin turut diwawancara oleh pengacara majlis yang dijemput khas dari RTM, Khairul.
 


Pengerusi Gabungan Persatuan-Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dan Direktor D’Tandoor Food Industries (DTFI), Datuk Abdul Malik Abdullah.




 
            Datuk Abdul Malik Abdullah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.







Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons merupakan satu daya usaha yang berkonsepkan hotel kebajikan untuk rakyat yang terkesan akibat COVID-19, khususnya kepada warga Wilayah Persekutuan seperti golongan miskin bandar, dan yang menghadapi tekanan kesihatan mental.

 

Untuk majlis iftar ini, FMTA dan DTFI menaja 190 iftar kepada penghuni/ahli-ahli Persatuan Pesakit Hydrocephalus Malaysia, Persatuan Sindrom Down, Kongres India Malaysia, anak-anak yatim, serta golongan asnaf yang menjadi tumpuan perhatian.

 

Harga yang ditawarkan oleh Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons ialah serendah RM3 untuk seorang.

'Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Golongan Asnaf’ turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Nora Ariffin. Selain mendendangkan salah sebuah lagu popularnya, Desa Tercinta, Nora turut menyantuni golongan yang diraikan dalam majlis iftar tersebut. 





Datuk Abdul Malik Abdullah (empat dari kanan) bersama-sama 'orang kuat' penaja 'Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Golongan Asnaf’ pada 23 April 2022 lalu.


Selain mendendangkan salah sebuah lagu popularnya, Desa Tercinta, Datuk Nora Ariffin turut menyantuni golongan yang diraikan dalam 'Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Golongan Asnaf’ pada 23 April 2022 lalu. 



Sebahagian daripada yang turut menghadiri 'Majlis Iftar Rumah Prihatin @ Grand Seasons Bersama Kanak-Kanak Istimewa dan Golongan Asnaf’ pada 23 April 2022 lalu.



No comments:

Powered by Blogger.