EKONOMI
Makanan yang Baik Sambil Pelihara Alam Sekitar
MADU TUALANG
‘MAKAN untuk hidup, bukan hidup untuk makan’. ‘Hidup untuk makan’ memang bukan amalan yang baik kerana ia memudaratkan kesihatan.
Walau bagaimanapun, ‘makan untuk hidup’ juga memerlukan pengawasan dan penelitian – dalam erti kata lain, jangan makan sembarangan kerana ia turut membawa keburukan. Jadi, ‘makanlah yang baik-baik untuk hidup yang sihat’.
Dalam hal ini, Health Treasure International Sdn Bhd (Health Treasure) merupakan syarikat yang menumpukan kepada produk makanan kesihatan yang membawa kebaikan kesihatan dengan nilai nutrisi yang tinggi.
Dr Ting Seng Ho (kiri sekali) dan Helmi Gimik (lima dari kanan) bersama-sama para stokis awal Health Treasure International Sdn Bhd.
Dr Ting Seng Ho, yang merupakan ahli Yayasan Bambusa.
Sarang lebah tualang yang asli.
Dalam masa yang sama dan wajar
dipuji, Health Treasure turut menghargai
kelestarian alam sekitar, dan tanggungjawab sosial dalam usahanya ini. Ia akan
menyokong mana-mana pihak yang mempunyai iltizam sedemikian.
Mengenai perkara ini, Ketua Pegawai
Eksekutif Health Treasure, Helmi Gimik, menyatakan pihaknya berbangga dapat
bekerjasama dengan Dr Ting Seng Ho, yang merupakan ahli Yayasan Bambusa.
Yayasan Bambusa telah melancarkan program baharunya,
‘Perhutanan Sosial’, iaitu program berasaskan komuniti yang memfokuskan kepada
komuniti ‘Orang Asli’.
‘Perhutanan Sosial’ ada tiga objektif utama, iaitu:
i)
pembasmian kemiskinan dengan
melibatkan masyarakat yang tinggal di dalam, dan sekitar hutan.
ii)
memperkasa komuniti dengan
meningkatkan kesedaran, pembinaan kapasiti, hak dan akses kepada tanah, dan
sumber.
iii)
memperbaik keadaan hutan dengan
mengekalkan habitat flora dan fauna sedia ada, serta memulihkan keadaan hutan.
“Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Perhutanan Sosial Yayasan
Bambusa, salah satu bidang tumpuan kami ialah perlindungan dan pemeliharaan
madu ‘tualang’ yang dihasilkan oleh lebah gergasi atau nama sainsnya, apis dorsata,” jelas Helmi.
Helmi yang juga merupakan penghibur
dalam dunia seni tanah air menyatakan sedemikian dalam majlis prapelancaran Madu
Tualang Health Treasure di Petaling Jaya pada 18 Mei 2022 lalu.
Tambah Helmi, program tersebut
diketuai Dr Ting bersama-sama pasukan penyelidik. Menerusi penyelidikan lapangan semasa Yayasan Bambusa mengenai
inventori pokok di kawasan seluas 3,000 ekar, Health Treasure telah mengenal
pasti lebih 500 pokok tualang (koompassia
excels) yang merupakan spesies kayu yang penting disusun oleh pembalak
kerana nilai komersialnya tinggi.
“Lebah gergasi yang juga dikenali
sebagai lebah tualang terancam akibat
kehilangan habitat kerana pembalak menebang kayu ini dalam semua pembalakan hutan.
Lebah gergasi hanya mahu berada di pokok Tualang untuk membuat sarangnya,”
jelas Helmi lagi.
Dalam soal menghargai kelestarian
alam sekitar, dan tanggungjawab sosialnya, Yayasan
Bambusa yang diketuai Dr Ting memastikan pokok Tualang yang terancam dilindungi
untuk lebah gergasi mendiami sarang mereka sebagai sumber makanan, dan juga
menuai secara mampan.
Dr Ting yang turut hadir dalam
majlis prapelancaran ini, menjelaskan bahawa lebah gergasi juga memainkan peranan yang sangat penting sebagai
pendebunga di dalam hutan.
“Lebah ini melaksanakan fungsi
ekosistem yang penting dalam ekosistem yang diubah oleh manusia, dan semula
jadi atau separa semula jadi, kerana ia pendebunga penting untuk kedua-dua
tanaman, dan tumbuhan berbunga liar,” jelas beliau.
Secara ringkasnya, tambah Dr Ting, lebah mendebungakan tumbuhan kita, yang
bermaksud mereka membawa debunga antara tumbuhan berlainan jantina untuk
menyuburkannya, atau/malah antara bahagian berbeza tumbuhan yang sama, dan
membantu tumbuhan membiak.
“Lebah juga membantu tumbuhan untuk
hidup dengan menghalang pembiakan dalaman. Semua ini merupakan peranan simbolik
yang dimainkan oleh lebah, dan alam semula jadi,” katanya lagi.
Jelas Dr Ting seterusnya, program ini bukan sahaja akan memastikan
pokok tualang dilindungi untuk generasi akan datang, tetapi juga membenarkan
lebah gergasi menghuni, dan menghasilkan ‘black
gold’ hutan untuk tahun-tahun mendatang, dan memainkan peranan penting
sebagai pendebunga di hutan sistem eko.
“Program ini akan menyokong komuniti Orang Asli dengan
memberi mereka peluang pekerjaan sebagai pengumpul madu, seterusnya memperbaik
jurang sosial ekonomi mereka,” tegas Dr Ting.
Akhirnya, Health Treasure dan
Yayasan Bambusa berharap daya usaha ini akan memangkinkan kelestarian salah
satu khazanah negara, dan membantu meningkatkan pendapatan komuniti Orang Asli,
selain memberikan pilihan yang sihat kepada para pengguna.
No comments:
Post a Comment