EKONOMI
DALAM menggiatkan pelaksanaan pelbagai usaha sekuriti makanan negara bagi tempoh jangkasama sederhana dan panjang untuk kestabilan bekalan, dan harga makanan, Malaysia boleh mencontohi Kemboja.
Kemboja kini menjadi model negara pertanian bagi mengatasi bekalan makanan, dan mengurangkan bergantung pada bekalan import makanan dengan negara asing.
Perkara ini penting, apatah lagi kini rakyat Malaysia sedang bangun semula membina kehidupan yang terjejas akibat COVID-19, dan bencana alam seperti banjir besar.
Presiden ๐๐๐๐๐ ๐๐ฐ-๐ฐ๐ฑ๐ฆ��๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ณ๐จ๐ข๐ฏ๐ช๐ป๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (kiri), dan Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan.
Ketika
beberapa negara cuba mengatasi masalah ini, Kemboja tidak menghadapi isu
bekalan makanan untuk rakyatnya, malah dalam tempoh wabak pandemik maut pada
2020. Ini diakui sendiri oleh Oknha Datuk Dr
Othsman Hassan.
“Kemboja adalah wilayah pertanian dengan sumber
pendapatan datang daripada rangkaian bekalan makanan tempatan. Di Kemboja,
negeri yang memperoleh pendapatan daripada pertanian. Kemboja mengimport bahan
api seperti petrol. Jadi, ia mahal di sini. Barangan untuk dipakai juga meningkat
sehingga 18 ke 20 peratus,” katanya pada sidang media mengulas isu sekuriti
makanan, termasuk tempoh pandemik.
Menurut Datuk Seri Dr Abdul Fattah pula,
Kemboja akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Majlis Ekonomi ASEAN pada tahun
ini dan meminta negara itu membawa isu berkaitan peranan ANGKASA.
“ANGKASA
meminta Kemboja membawa kepada kepimpinan dalam ASEAN Economy Council untuk mengetahui
kedudukan koperasi. Kita mahu peranan koperasi lebih jelas sekarang.
Usahlah hanya disebut untuk sektor pertanian dan berkaitan sahaja kerana ia
meliputi semua sektor dan perlu ada gerak kerja yang memperkasakan koperasi
ASEAN dengan sokongan kerajaan masing-masing,” tegas Dr Abdul Fattah.
Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berkenaan
menyentuh pelbagai isu, termasuk membangunkan sosioekonomi komuniti di Kemboja,
khususnya komuniti Muslim melalui model koperasi kariah masjid, dan mengiktiraf
peranan Sektor Koperasi semasa dalam ๐๐๐๐๐ ๐๐ค๐ฐ๐ฏ๐ฐ๐ฎ๐ช๐ค ๐๐ฐ๐ฎ๐ฎ๐ถ๐ฏ๐ช๐ต๐บ
(AEC) ๐๐ญ๐ถ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ช๐ฏ๐ต
2025.
Mengenai perkara ini, Dr Fattah memberitahu
bahawa ANGKASA telah mengenal pasti 10 masjid
di Kemboja yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai koperasi kariah masjid.
“ANGKASA juga akan mendapatkan penglibatan
beberapa koperasi kariah masjid yang berprestasi cemerlang di Malaysia untuk
turut serta dalam usaha ini, dengan memberi tunjuk ajar dan berkongsi
pengalaman mereka dengan masjid-masjid tersebut,” kata Fattah.
Beliau turut berharap kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022 dapat
menyuarakan dalam AEC ๐๐ฐ๐ถ๐ฏ๐ค๐ช๐ญ mengenai memperkukuhkan kedudukan koperasi
sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi selepas sektor kerajaan dan swasta.
Fattah menegaskan perkara ini kerana AEC ๐๐ญ๐ถ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ช๐ฏ๐ต
edisi 2015 hanya menyentuh peranan koperasi dalam sektor pertanian, sedangkan
gerakan itu turut mencakupi sektor lain.
“AEC ๐๐ญ๐ถ๐ฆ๐ฑ๐ณ๐ช๐ฏ๐ต
edisi 2025 tidak menyentuh penglibatan atau peranan sektor koperasi sebagai
salah satu sektor seperti yang dimainkan oleh dua sektor lain (kerajaan dan
swasta), tambah beliau.
Dalam pada itu, Datuk Othsman yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di
Kemboja menyambut baik usaha yang akan digerakkan oleh ANGKASA, dan ACO membantu
komuniti Islam di negaranya yang mempunyai lebih 800 ribu orang.
“Saya turut berharap agar koperasi di Malaysia dapat mengambil
peluang meneroka pasaran produk makanan dan minuman halal di Kemboja, kerana kerajaan
baru sahaja menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan
sijil halal,” kata Othsman.
Hadir sama termasuklah Anggota Lembaga
ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ญ๐ญ๐ช๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ,
Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga ๐๐ฐ๐ฐ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฐ๐ถ๐ด๐ช๐ฏ๐จ ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฏ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ๐ข๐ญ,
Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd
Shukree Che Isa, dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.
No comments:
Post a Comment