EKONOMI


 Koperasi Malaysia-Kemboja Berkolaborasi

 

DALAM menggiatkan pelaksanaan pelbagai usaha sekuriti makanan negara bagi tempoh jangkasama sederhana dan panjang untuk kestabilan bekalan, dan harga makanan, Malaysia boleh mencontohi Kemboja.

 

Kemboja kini menjadi model negara pertanian bagi mengatasi bekalan makanan, dan mengurangkan bergantung pada bekalan import makanan dengan negara asing.

 

Perkara ini penting, apatah lagi kini rakyat Malaysia sedang bangun semula membina  kehidupan yang terjejas akibat COVID-19, dan bencana alam seperti banjir besar.






                              Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan.
 


Presiden 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘊𝘰-𝘰𝘱𝘦��𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (kiri), dan Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan.  


Kunjungan Menteri Kanan Kemboja, Oknha Datuk Othsman Hassan ke atas Presiden
𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘊𝘰-𝘰𝘱𝘦��𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (ACO) merangkap Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah di ibu pejabat ANGKASA, Kelana Jaya pada 30 Jun 2022 mencetuskan idea ini.

 

Ketika beberapa negara cuba mengatasi masalah ini, Kemboja tidak menghadapi isu bekalan makanan untuk rakyatnya, malah dalam tempoh wabak pandemik maut pada 2020. Ini diakui sendiri oleh Oknha Datuk Dr Othsman Hassan.

 

“Kemboja adalah wilayah pertanian dengan sumber pendapatan datang daripada rangkaian bekalan makanan tempatan. Di Kemboja, negeri yang memperoleh pendapatan daripada pertanian. Kemboja mengimport bahan api seperti petrol. Jadi, ia mahal di sini. Barangan untuk dipakai juga meningkat sehingga 18 ke 20 peratus,” katanya pada sidang media mengulas isu sekuriti makanan, termasuk tempoh pandemik.

 

Menurut Datuk Seri Dr Abdul Fattah pula, Kemboja akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak Majlis Ekonomi ASEAN pada tahun ini dan meminta negara itu membawa isu berkaitan peranan ANGKASA.

 

ANGKASA meminta Kemboja membawa kepada kepimpinan dalam ASEAN Economy Council untuk mengetahui kedudukan koperasi. Kita mahu peranan koperasi lebih jelas sekarang. Usahlah hanya disebut untuk sektor pertanian dan berkaitan sahaja kerana ia meliputi semua sektor dan perlu ada gerak kerja yang memperkasakan koperasi ASEAN dengan sokongan kerajaan masing-masing,” tegas Dr Abdul Fattah.

 

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin berkenaan menyentuh pelbagai isu, termasuk membangunkan sosioekonomi komuniti di Kemboja, khususnya komuniti Muslim melalui model koperasi kariah masjid, dan mengiktiraf peranan Sektor Koperasi semasa dalam 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘌𝘤𝘰𝘯𝘰𝘮𝘪𝘤 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘶𝘯𝘪𝘵𝘺 (AEC) 𝘉𝘭𝘶𝘦𝘱𝘳𝘪𝘯𝘵 2025.

 

Mengenai perkara ini, Dr Fattah memberitahu bahawa ANGKASA telah mengenal pasti 10 masjid di Kemboja yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai koperasi kariah masjid.

 

“ANGKASA juga akan mendapatkan penglibatan beberapa koperasi kariah masjid yang berprestasi cemerlang di Malaysia untuk turut serta dalam usaha ini, dengan memberi tunjuk ajar dan berkongsi pengalaman mereka dengan masjid-masjid tersebut,” kata Fattah.

 

Beliau turut berharap kerajaan Kemboja selaku Pengerusi ASEAN 2022 dapat menyuarakan dalam AEC 𝘊𝘰𝘶𝘯𝘤𝘪𝘭 mengenai memperkukuhkan kedudukan koperasi sebagai sektor ketiga penyumbang ekonomi selepas sektor kerajaan dan swasta.

 

Fattah menegaskan perkara ini kerana AEC 𝘉𝘭𝘶𝘦𝘱𝘳𝘪𝘯𝘵 edisi 2015 hanya menyentuh peranan koperasi dalam sektor pertanian, sedangkan gerakan itu turut mencakupi sektor lain.

 

“AEC 𝘉𝘭𝘶𝘦𝘱𝘳𝘪𝘯𝘵 edisi 2025 tidak menyentuh penglibatan atau peranan sektor koperasi sebagai salah satu sektor seperti yang dimainkan oleh dua sektor lain (kerajaan dan swasta), tambah beliau.

 

Dalam pada itu, Datuk Othsman yang juga bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam di Kemboja menyambut baik usaha yang akan digerakkan oleh ANGKASA, dan ACO membantu komuniti Islam di negaranya yang mempunyai lebih 800 ribu orang.

 

“Saya turut berharap agar koperasi di Malaysia dapat mengambil peluang meneroka pasaran produk makanan dan minuman halal di Kemboja, kerana kerajaan baru sahaja menubuhkan satu badan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan sijil halal,” kata Othsman.

 

Hadir sama termasuklah Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘊𝘰𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘈𝘭𝘭𝘪𝘢𝘯𝘤𝘦, Dato’ Haji Kamarudin Ismail; Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Ahli Lembaga 𝘊𝘰𝘰𝘱𝘦𝘳𝘢𝘵𝘪𝘷𝘦 𝘏𝘰𝘶𝘴𝘪𝘯𝘨 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭, Datuk Haji Mohamad Ali Hasan; Anggota Lembaga ANGKASA, Dato’ Haji Che Mohd Shukree Che Isa, dan barisan pengurusan tertinggi ANGKASA yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ANGKASA, Dato’ Haji Abdullah Haji Jusoh.

No comments:

Powered by Blogger.