Pages

Wednesday, 8 February 2023

 MUZIK

 

 

Pertama Kali Pertaruh Lagu Tunggal Bahasa Inggeris, Arab

AL-JAWAHER MENDEKATI ANTARABANGSA

 

TERKENAL dengan lagu-lagu seperti Kembara di Tanah GersangPerjalananSeroja, Perjalanan IIWarna AlamAssalamualaikum, Mohon PadaNya Sujud PadaNyaSelamat Hari Raya, dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda, kumpulan Al-Jawaher masih bergiat walaupun telah berusia 44 tahun.

 

Ditubuhkan pada 1979 dan berasal dari Singapura, Al-Jawaher yang menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid dalam bahasa Melayu, kini muncul dengan lagu tunggal terbaharu, Bring Me Close to You.


Kumpulan Al-Jawaher bersama-sama  Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam (lapan dari kiri), dan  Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar (tujuh dari kanan), serta tetamu kehormat lain.

 

                                           

                                                     Baju panas Al-Jawaher turut diperkenal.



                                             
                            Norhaiyati Yusop mewakili Al-Jawaher menyampaikan ucapan.

Sidang media pelancaran lagu tunggal Bring Me Close to You dan video muziknya pada 7 Februari 2023 lalu.


Turut hadir ialah Presiden Jamiyah Singapura, Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar, serta tujuh anggota Al-Jawaher termasuk penyanyi solo pertama, Habibah Othman; solo kedua, Siti Rusminah Jaafar, dan solo ketiga Siti Hajar Mohamed.

 

Penyanyi legenda, Dato’ Nora juga hadir, sementara Fauziah Latiff dan Wany Hasrita tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.

 

Pencipta Bring Me Close to You, Yazri Malik turut hadir dan memberikan ucapan ringkas semasa sidang media. Beliau merupakan pencipta pelbagai rentak lagu untuk bakat-bakat baharu di Singapura.

 

Sebelum itu, seorang lagi anggota Al-Jawaher, Norhaiyati Yusop yang menjadi penyelaras kumpulan, dan Datuk Dr Hasbi tampil menyampaikan ucapan masing-masing.

 

Bring Me Close to You boleh didengar di semua pelantar penstriman digital bermula pada 17 Februari 2023, jam 12 tengah malam. Video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.


Pelancaran lagu tunggal Bring Me Close to You dan video muziknya oleh Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam (empat dari kiri) sambil diperhati oleh Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar (empat dari kanan), dan kumpulan Al-Jawaher.



Presiden Jamiyah Singapura, Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar.



Pencipta Bring Me Close to You, Yazri Malik (kiri).


Al-Jawaher pernah dan masih dianggap sebagai salah sebuah kumpulan nasyid yang paling berpengaruh di Asia Tenggara.


Menariknya, Bring Me Close to You merupakan lagu tunggal pertama Al-Jawaher dalam bahasa Inggeris dan Arab. Penggambaran video muziknya telah dilakukan di sekitar Melaka.

 

Lagu tunggal ini adalah percubaan Al-Jawaher untuk meneroka, serta menembusi  pasaran muzik antarabangsa, sekali gus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat antarabangsa tentang Islam. Justeru, Bring Me Close to You juga dilancarkan bersempena dengan sambutan Israk Mikraj (18 Februari 2023).

 

Kerjasama dengan Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa ini juga merupakan inisiatif secara tidak langsung Jamiyah Singapura dalam menyebarkan dakwah, dan nasihat melalui seni.

 

Lagu tunggal Bring Me Close to You bersama-sama video muziknya ini telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam pada 7 Februari lalu di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya.

 

Turut hadir ialah Presiden Jamiyah Singapura, Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar, serta tujuh anggota Al-Jawaher termasuk penyanyi solo pertama, Habibah Othman; solo kedua, Siti Rusminah Jaafar, dan solo ketiga Siti Hajar Mohamed.

 

Penyanyi legenda, Dato’ Nora juga hadir, sementara Fauziah Latiff dan Wany Hasrita tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.

 

Pencipta Bring Me Close to You, Yazri Malik turut hadir dan memberikan ucapan ringkas semasa sidang media. Beliau merupakan pencipta pelbagai rentak lagu untuk bakat-bakat baharu di Singapura.

 

Sebelum itu, seorang lagi anggota Al-Jawaher, Norhaiyati Yusop yang menjadi penyelaras kumpulan, dan Datuk Dr Hasbi tampil menyampaikan ucapan masing-masing.

 

Bring Me Close to You boleh didengar di semua pelantar penstriman digital bermula pada 17 Februari 2023, jam 12 tengah malam. Video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

 

MENGENAI AL-JAWAHER

 

AL-JAWAHER merupakan kumpulan nasyid wanita yang ditubuhkan pada 1979. Anggota awalnya ialah Norhaiyati Yusop, Habibah Othman, Siti Rusminah Jaafar (ibu kepada penyanyi Didicazli), Jumelah, Jawainah, Azizah dan Ruhaidah Ibrahim.

 

Berumur antara 15 hingga 18 tahun ketika ditubuhkan, Al-Jawaher pernah dan masih dianggap sebagai salah sebuah kumpulan nasyid yang paling berpengaruh di Asia Tenggara, serta penting dalam menaikkan populariti genre lagu-lagu nasyid 1970-an, dan tetap dikenali ramai di sepanjang lebih 44 tahun.

 

Tujuh anggota terkini Al-Jawaher ialah Siti Hajar, Normala Mohd, Jumuyah Kasbari, Latifah Johari, serta Norhaiyati, Habibah dan Siti Rusminah.

 

Di sepanjang penglibatan mereka dalam dunia seni, Al-Jawaher telah merakamkan enam album, iaitu Permata pada 1980, Perjalanan (1981), Warna Alam (1982), Berita Gembira (1984), Alam Insan (1989), Memori (kompilasi/2002), Lambaian Raudah (2019), serta dua lagu tunggal YaTuhan dan Hanya Tuhan (2019).

 

Kesemua album dan lagu tunggal hasil kolaborasi bersama-sama dengan Dato’ M Nasir dan beberapa penyanyi/penggubah lagu lain, lagu-lagu Al-Jawaher sering diputarkan di stesen-stesen radio serantau.

 

Dari permulaan yang sederhana sebagai pelajar-pelajar mengaji al-Quran, dan berzanji di bawah bimbingan Ustazah Hamidah Haji Shukor, naib johan qariah peringkat kebangsaan, mereka mula mengembangkan bakat vokal sebagai kumpulan.

 

Kebolehan dan kekuatan vokal mereka terus diasah oleh Ustazah Hamidah sehingga sering diundang membuat persembahan dalam banyak acara berzanji, nasyid dan khatam al-Quran.

 

Sementara itu, suami Ustazah Hamidah, iaitu Ustaz Haji Md Karim yang merupakan pengasas kumpulan nasyid terdahulu, iaitu Al-Mizan pada 1977, amat tertarik dengan kekuatan vokal mereka, lalu mengumpulkan mereka menjadi kumpulan nasyid legenda, Al-Jawaher pada 1979.

 

Ketika kumpulan nasyid lain timbul tenggelam ditelan masa, Al-Jawaher kekal malar segar dan relevan di sepanjang 80-an, 90-an hingga ke hari ini. Ia masih sering mendapat undangan seperti di Celebfest Carnival, kelab-kelab masyarakat, perjumpaan Hari Raya, acara istimewa, masjid-masjid, badan-badan kebajikan, sambutan Maulidur Rasul anjuran Jamiyah Singapura, Kampong Fiesta, karnival kesihatan, pelancaran Bulan Bahasa, dan banyak lagi.

 

Pada 2018, Al-Jawaher muncul dalam beberapa rancangan TV di Singapura dan Malaysia, termasuk penampilan khas di Gema Gegar Vaganza di Astro TV, TV9, MEDIACORP SURIA, dan Dimensi Legenda-Pengorbanan di TV1.

 

Dengan takhta yang terpateri sebagai satu-satunya kumpulan nasyid wanita yang kekal relevan, Al-Jawaher tidak menampakkan sebarang kelelahan. Dengan kolaborasi terkininya bersama-sama dengan Jamiyah Singapura, Al-Jawaher muncul dengan lagu tunggal terbaharu!

 

Album Permata yang mengandungi 12 lagu termasuk Kembara di Tanah Gersang dan Selamat Hari Raya ciptaan Nasir dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda (Haji Karim) diterbitkan oleh Nasir dengan penyusun muziknya, Ooi Eow Jin (Studio rakaman Lion Studio, Singapura).

 

Nasir dan Haji Karim kemudian menerbitkan album Perjalanan dengan 10 lagu termasuk Perjalanan (Nasir) dan Seroja (Karim - Ismail ‘Eddie’ Marzuki sebagai penyusun muzik di studio rakaman Lion Studio, Singapura juga).

 

Album Warna Alam menaikkan lagi Al-Jawaher dengan lagu Perjalanan II dan Warna Alam (Nasir yang turut berduet dengan Habibah).

 

Kemudian album Alam Insan mendapat sambutan dengan lagu-lagu seperti Assalamualaikum (Nasir) dan Mohon PadaNya Sujud PadaNya (ciptaan A Ali).

 

Al-Jawaher turut muncul dengan album himpunan Pemberian Di Hari Raya (14 September 1981) yang menghimpunkan artis rakaman Polygram, terbitan Eow Jin dan Nasir.

 

Antara lagu yang dimuatkan termasuklah Hari Raya Tanpa Ibu, Hari Raya Hari Bahagia (Ideal Sisters), Mari Berdendang (Alleycats), Di Pagi Hari Raya (Allahyarham Datin Rafeah Buang), Kalau Rndu Katakan Rindu (Normah), Apa Khabarnya (Allahyarham Raffi), Suasana Pilu di Saat Ini (Yunizar Hussein), serta Ku Pohon Restu Ayah dan Bonda, dan Selamat Hari Raya oleh Al-Jawaher sendiri, juga malar segar dendangan Nasir, Satu Hari di Hari Raya.                         

 



No comments:

Post a Comment