MUZIK
Pertama Kali Pertaruh Lagu Tunggal Bahasa Inggeris, Arab
AL-JAWAHER MENDEKATI ANTARABANGSA
TERKENAL dengan lagu-lagu seperti Kembara di Tanah Gersang, Perjalanan, Seroja, Perjalanan II, Warna Alam, Assalamualaikum, Mohon PadaNya Sujud PadaNya, Selamat Hari Raya, dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda, kumpulan Al-Jawaher masih bergiat walaupun telah berusia 44 tahun.
Ditubuhkan pada 1979 dan berasal dari Singapura, Al-Jawaher yang menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid dalam bahasa Melayu, kini muncul dengan lagu tunggal terbaharu, Bring Me Close to You.
Kumpulan Al-Jawaher bersama-sama Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam (lapan dari kiri), dan Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar (tujuh dari kanan), serta tetamu kehormat lain.
Baju panas Al-Jawaher turut diperkenal.
Sidang media pelancaran lagu tunggal Bring Me Close to You dan video muziknya pada 7 Februari 2023 lalu.
Turut hadir ialah Presiden Jamiyah Singapura, Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar, serta tujuh anggota Al-Jawaher termasuk penyanyi solo pertama, Habibah Othman; solo kedua, Siti Rusminah Jaafar, dan solo ketiga Siti Hajar Mohamed.
Penyanyi legenda, Dato’ Nora juga hadir, sementara Fauziah Latiff dan Wany Hasrita tidak dapat datang atas sebab-sebab tertentu.
Pencipta Bring Me Close to You, Yazri Malik turut hadir dan memberikan ucapan ringkas semasa sidang media. Beliau merupakan pencipta pelbagai rentak lagu untuk bakat-bakat baharu di Singapura.
Sebelum itu, seorang lagi anggota Al-Jawaher, Norhaiyati Yusop yang menjadi penyelaras kumpulan, dan Datuk Dr Hasbi tampil menyampaikan ucapan masing-masing.
Bring Me Close to You boleh didengar di semua pelantar penstriman digital bermula pada 17 Februari 2023, jam 12 tengah malam. Video muziknya pula boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.
Pelancaran lagu tunggal Bring Me Close to You dan video muziknya oleh Tun Seri Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam (empat dari kiri) sambil diperhati oleh Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar (empat dari kanan), dan kumpulan Al-Jawaher.
Al-Jawaher pernah dan masih dianggap sebagai salah sebuah kumpulan nasyid yang paling berpengaruh di Asia Tenggara.
Menariknya, Bring Me Close to You merupakan lagu tunggal pertama Al-Jawaher dalam bahasa Inggeris dan Arab. Penggambaran video muziknya telah dilakukan di sekitar Melaka.
Lagu
tunggal ini adalah percubaan Al-Jawaher
untuk meneroka, serta menembusi pasaran
muzik antarabangsa, sekali gus diharapkan dapat mengubah persepsi masyarakat
antarabangsa tentang Islam. Justeru, Bring
Me Close to You juga dilancarkan
bersempena dengan sambutan Israk Mikraj (18 Februari 2023).
Kerjasama
dengan Impact Music & Entertainment untuk ke persada pasaran antarabangsa ini
juga merupakan inisiatif secara tidak
langsung Jamiyah Singapura dalam menyebarkan dakwah, dan nasihat melalui seni.
Lagu
tunggal Bring Me Close to You bersama-sama
video muziknya ini telah dilancarkan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Seri
Setia (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam pada 7 Februari lalu di sebuah hotel
terkemuka di Petaling Jaya.
Turut
hadir ialah Presiden Jamiyah Singapura, Prof (Adjung) Datuk Dr Hasbi Abu Bakar,
serta tujuh anggota Al-Jawaher termasuk penyanyi solo pertama, Habibah Othman; solo
kedua, Siti Rusminah Jaafar, dan solo ketiga Siti Hajar Mohamed.
Penyanyi
legenda, Dato’ Nora juga hadir, sementara Fauziah Latiff dan Wany Hasrita tidak
dapat datang atas sebab-sebab tertentu.
Pencipta Bring Me Close to You, Yazri Malik turut
hadir dan memberikan ucapan ringkas semasa sidang media. Beliau merupakan
pencipta pelbagai rentak lagu untuk bakat-bakat baharu di Singapura.
Sebelum
itu, seorang lagi anggota Al-Jawaher, Norhaiyati Yusop yang menjadi penyelaras
kumpulan, dan Datuk Dr Hasbi tampil menyampaikan ucapan masing-masing.
Bring Me Close to You boleh didengar di semua pelantar penstriman digital
bermula pada 17 Februari 2023, jam 12 tengah malam. Video muziknya pula boleh
ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.
MENGENAI
AL-JAWAHER
AL-JAWAHER merupakan
kumpulan nasyid wanita yang ditubuhkan pada 1979. Anggota awalnya ialah Norhaiyati
Yusop, Habibah Othman, Siti Rusminah Jaafar (ibu kepada penyanyi Didicazli),
Jumelah, Jawainah, Azizah dan Ruhaidah Ibrahim.
Berumur antara 15 hingga 18 tahun
ketika ditubuhkan, Al-Jawaher pernah dan masih dianggap sebagai salah sebuah
kumpulan nasyid yang paling berpengaruh di Asia Tenggara, serta penting dalam
menaikkan populariti genre lagu-lagu nasyid 1970-an, dan tetap dikenali ramai
di sepanjang lebih 44 tahun.
Tujuh anggota terkini Al-Jawaher
ialah Siti Hajar, Normala Mohd, Jumuyah Kasbari, Latifah Johari, serta
Norhaiyati, Habibah dan Siti Rusminah.
Di sepanjang penglibatan mereka
dalam dunia seni, Al-Jawaher telah merakamkan enam album, iaitu Permata pada 1980, Perjalanan (1981), Warna Alam
(1982), Berita Gembira (1984), Alam Insan (1989), Memori (kompilasi/2002), Lambaian
Raudah (2019), serta dua lagu tunggal YaTuhan
dan Hanya Tuhan (2019).
Kesemua album dan lagu tunggal
hasil kolaborasi bersama-sama dengan Dato’ M Nasir dan beberapa
penyanyi/penggubah lagu lain, lagu-lagu Al-Jawaher sering diputarkan di
stesen-stesen radio serantau.
Dari permulaan yang sederhana
sebagai pelajar-pelajar mengaji al-Quran, dan berzanji di bawah bimbingan Ustazah
Hamidah Haji Shukor, naib johan qariah peringkat kebangsaan, mereka mula
mengembangkan bakat vokal sebagai kumpulan.
Kebolehan dan kekuatan vokal
mereka terus diasah oleh Ustazah Hamidah sehingga sering diundang membuat
persembahan dalam banyak acara berzanji, nasyid dan khatam al-Quran.
Sementara itu, suami Ustazah
Hamidah, iaitu Ustaz Haji Md Karim yang merupakan pengasas kumpulan nasyid
terdahulu, iaitu Al-Mizan pada 1977, amat tertarik dengan kekuatan vokal
mereka, lalu mengumpulkan mereka menjadi kumpulan nasyid legenda, Al-Jawaher
pada 1979.
Ketika kumpulan nasyid lain
timbul tenggelam ditelan masa, Al-Jawaher kekal malar segar dan relevan di
sepanjang 80-an, 90-an hingga ke hari ini. Ia masih sering mendapat undangan
seperti di Celebfest Carnival, kelab-kelab masyarakat, perjumpaan Hari Raya,
acara istimewa, masjid-masjid, badan-badan kebajikan, sambutan Maulidur Rasul
anjuran Jamiyah Singapura, Kampong Fiesta, karnival kesihatan, pelancaran Bulan
Bahasa, dan banyak lagi.
Pada 2018, Al-Jawaher muncul
dalam beberapa rancangan TV di Singapura dan Malaysia, termasuk penampilan khas
di Gema Gegar Vaganza di Astro TV, TV9, MEDIACORP SURIA, dan Dimensi
Legenda-Pengorbanan di TV1.
Dengan takhta yang terpateri
sebagai satu-satunya kumpulan nasyid wanita yang kekal relevan, Al-Jawaher
tidak menampakkan sebarang kelelahan. Dengan kolaborasi terkininya bersama-sama
dengan Jamiyah Singapura, Al-Jawaher muncul dengan lagu tunggal terbaharu!
Album Permata yang mengandungi 12 lagu termasuk Kembara di Tanah Gersang dan Selamat
Hari Raya ciptaan Nasir dan Ku Pohon
Restu Ayah Bonda (Haji Karim) diterbitkan oleh Nasir dengan penyusun
muziknya, Ooi Eow Jin (Studio rakaman Lion Studio, Singapura).
Nasir dan Haji Karim kemudian
menerbitkan album Perjalanan dengan
10 lagu termasuk Perjalanan (Nasir) dan
Seroja (Karim - Ismail ‘Eddie’
Marzuki sebagai penyusun muzik di studio rakaman Lion Studio, Singapura juga).
Album Warna Alam menaikkan lagi Al-Jawaher dengan lagu Perjalanan II dan Warna Alam (Nasir yang turut berduet dengan Habibah).
Kemudian album Alam Insan mendapat sambutan dengan
lagu-lagu seperti Assalamualaikum (Nasir) dan Mohon PadaNya Sujud PadaNya (ciptaan
A Ali).
Al-Jawaher turut muncul dengan album
himpunan Pemberian Di Hari Raya (14
September 1981) yang menghimpunkan artis rakaman Polygram, terbitan Eow Jin dan
Nasir.
Antara lagu yang dimuatkan
termasuklah Hari Raya Tanpa Ibu, Hari Raya Hari Bahagia (Ideal Sisters), Mari Berdendang (Alleycats), Di Pagi Hari Raya (Allahyarham Datin
Rafeah Buang), Kalau Rndu Katakan Rindu (Normah),
Apa Khabarnya (Allahyarham Raffi), Suasana Pilu di Saat Ini (Yunizar
Hussein), serta Ku Pohon Restu Ayah dan
Bonda, dan Selamat Hari Raya oleh
Al-Jawaher sendiri, juga malar segar dendangan Nasir, Satu Hari di Hari Raya.
No comments: