FESYEN
Tampilkan Pereka
Fesyen Berbakat, Berpotensi
MINGGU FESYEN BUDAYA
SATU daripada acara yang mengisi program Nilai Tinggi Malaysia Universiti Malaya anjuran FM Group dan Perpustakaan Universiti Malaya (UM) dari 5 hingga 12 Disember 2022 lalu ialah Minggu Fesyen Budaya.
Berlangsung selama tiga hari, iaitu dari 5 hingga 7 Disember 2022 di COLA, Perpustakaan UM, pertunjukan fesyen bersempena dengan Minggu Fesyen Budaya tersebut menampilkan sembilan pereka fesyen yang memperaga rekaan masing-masing.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((##########################################################################
Mereka adalah Farid Salleh dengan lapan peraga wanita, Pemenang Pereka Fesyen Giat Mara (empat peraga wanita), Afiq Sha (lapan peraga wanita), dan Maswira (lapan peraga wanita) yang tampil pada sebelah pagi 6 Disember 2022.
Sementara Zuraidah (lapan peraga wanita), Nurul Supardi Inspiration (lapan peraga wanita), Dian & Norule (lapan peraga wanita). Kenny Loh (lapan peraga wanita), dan Jay K (lapan peraga wanita & dua peraga lelaki) pula memperaga pada sebelah petang hari yang sama.
Salah satu corak busana rekaan Kenny Loh.
Sebelum itu, pada 5 Disember 2022, telah dilangsungkan sesi pelancaran awal oleh Noraiza, pertunjukan fesyen Farel Mikhail, dan pertunjukan fesyen Giat Mara dengan paparan 12 koleksi.
Selain acara solek-menyolek dan dandanan rambut oleh Jojie dan pasukannya, FM Group turut mengadakan pertunjukan mini pada 6 Disember 2022.
Setelah tamat peragaan dan penghakiman untuk beberapa kategori, Koleksi Terbaik dimenangi Giat Mara. Jay K pula mengungguli Inpirasi Budaya Terbaik. Anugerah Pereka Fesyen Harapan diberikan kepada Afiq Sha.
Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj menurunkan tandatangan beliau.
))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Sementara Kenny Loh dipilih sebagai ikon pereka fasyen, Afiq turut memenangi tempat ketiga, dan Jay K bergelar naib juara.
Selain bergelar Pereka Fesyen Meningkat Naik Borneo, Dian dan Norule turut dinobatkan sebagai Juara.
Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj (kanan) tertarik dengan bahan yang dipamerkan dalam Pameran Tekstil Malaysia.
Peragaan dan peraga fesyen oleh Dian & Norule.
Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj (empat dari kanan) bersama-sama para tetamu kehormat, dan Farel Mikhail (dua dari kanan).
$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$
Antara tetamu jemputan yang menghadiri acara penutup Minggu Fesyen Budaya itu termasuklah penaung Nilai Tinggi Malaysia, Tengku Dato’ Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj; Pengarah Muzium Tekstil Negara, Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman; Penaung Amal Nilai Tinggi Malaysia, Dato’ Kevin Lee; Presiden Style Icon, Datin Maylene; Pengarah Maya Silk, Dato’ AJ Ubrani; Ketua Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Zaharah Abd Samad; Penolong Ketua Perpustakaan UM, Mahbob Yusof; serta Ratnawati Sari Mohd Amin, dan Koh Ai Peng.
Acara-acara lain yang mengisi Minggu Fesyen Budaya termasuklah Pameran Tekstil Malaysia, Perpustakaan Manusia: Bicara Tekstil, Malam Gala & Kebajikan, Bazaar, dan Trak Makanan.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
(Pos semula)
No comments:
Post a Comment