SOSIAL
Pulaukan Institusi Kewangan Berlagak ‘Ayahanda’
BANTERAS REPOSSESSER BERAKSI GANGSTER
PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu menarik perhatian pihak berkuasa, mengenai kejadian ejen tarik kereta yang mengenakan cas sehingga RM20,000 kepada pengguna.
Walaupun PPIM memahami syarikat peminjam akan mengeluarkan surat tarik kereta apabila pelanggan gagal melunaskan bayaran ansuran, tetapi cas tinggi untuk kos menyimpan kenderaan adalah melampau, dan tidak boleh dibiarkan.
Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi menggesa pengguna memulaukan institusi kewangan yang zalim.
Pada September lalu, seorang wanita mendakwa keretanya ditarik dari lot parkir kereta di sekitar Jalan Tunku Abdul Halim, Kuala Lumpur.
Syarikat penarik kereta meminta bayaran sehingga RM20,000 untuk melepaskan kenderaan, walaupun pihak pemberi pinjaman kereta meletakkan syarat bayaran minimum tertunggak hanya RM2,400 sebulan.
Turut menarik dan mengejutkan tidak lama sebelum itu, seorang ahli Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menghadapi detik cemas apabila didatangi penarik kereta di sebuah lokasi di Kuala Lumpur.
Dia yang panik, kemudian menghubungi PPIM untuk meminta bantuan. Isu berkenaan selesai selepas Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan @ Toqqi tiba di tempat kejadian, dan berbincang dengan penarik kereta terbabit yang memberikan alasan hanya mengikut arahan institusi kewangan.
Semasa bercakap dalam sidang media yang diadakan di Our Private Place, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur pada 23 Oktober lalu, Toqqi menganggap tindakan syarikat penarik kereta kini tidak berperikemanusiaan.
Beliau mengakui ‘kezaliman’ penarik kereta bukan perkara baharu. Namun demikian, masalahnya ialah ia berterusan dan berulang-ulang tanpa kesudahan, malah semakin parah.
“Saya nampak lagak penarik kereta sekarang sudah melebihi Polis Diraja Malaysia. Pihak polis bertindak berdasarkan laporan, dan penyiasatan. Tetapi, penarik kereta boleh buat sesuka hati. Mereka boleh malah menahan kereta terlebih dahulu, kemudian melepaskannya setelah pemilik kereta membuat pembayaran,” tegas Toqqi.
%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Katanya, sebelum ini cas hanya RM500 sahaja. Tetapi, kemudian naik kepada RM1,000 dan mengejutkan apabila menjadi RM10,000. Apabila naik lagi kepada RM20,000, tentulah lebih mengejutkan.
Sebelum ini, Toqqi menggesa institusi kewangan untuk
menggunakan budi bicara dalam isu tarik kereta, khususnya yang mempunyai baki pinjaman dalam jumlah kecil. Tambah beliau, pihaknya menerima aduan mengenai kes tarik kereta meskipun
pembiayaan telah dilunaskan lebih 70 peratus.
Beliau juga meminta kementerian berkaitan meneliti prosedur operasi standard sedia
ada dalam mewujudkan situasi yang lebih memihak kepada pengguna, yang sedia
terbeban dengan kenaikan kos sara hidup.
Walau bagaimanapun, dalam sidang media pada 23 Oktober itu,
Toqqi menegaskan isu ini tidak boleh ditolak ansur lagi, kerana kereta
masih berisiko ditarik balik, meskipun peminjam telah membayar dalam jumlah
yang banyak.
Dalam kes yang PPIM terima, kata beliau, ada yang berbaki hanya RM10,000. Jika ditarik, timbul masalah kerana perlu mencari kereta lain untuk urusan seharian.
“Mungkin ini isu kecil kepada sebahagian orang, tetapi bagi yang ‘cukup-cukup makan’ saja, memang membebankan,” tegas Toqqi yang turut menggesa pengguna agar proaktif, kerana mereka sudah kian diperguna.
“Hari ini, pengguna sudah menjadi bukan pengguna lagi, tetapi diperguna. Dalam hal ini, saya amat berharap pihak media dapat memainkan peranan dengan lebih besar lagi,” tambah beliau yang menghargai kerjasama pihak media sebelum ini.
Puan Siti Adawiyah Ismail (kiri), dan Puan Hamsha Nurul Suzana Mohd Hamdan.
###################################################################################
Sehubungan itu, Toqqi meminta pihak media menularkan langkah memboikot institusi kewangan yang hanya mementingkan keuntungan, tanpa peduli pada kesusahan orang ramai.
“Dalam kes terbaharu ini, saya minta pihak Public Islamic Bank Berhad
memberikan jawapan tuntas. Bank Negara Malaysia juga perlu ambil tahu. Orang ramai atau pengguna hari ini sudah tertekan
oleh banyak perkara, dan janganlah ditambah lagi. Perkara yang wajar dan
boleh dielakkan, elakkan,” tambah beliau yang hairan bagaimana penarik kereta mendapat kuasa sesuka hati mereka.
Toqqi bertegas kerana semua orang menerima kesan buruk.
Pihak institusi kewangan dan kementerian yang berkaitan, seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup, katanya, kini kelihatan tidak lagi
mementingkan pengguna.
Turut hadir, pengkaji dan penyelidik PPIM, Encik Muzaffar
Razman; aktivis PPIM yang dikenali sebagai Kak Jan, serta dua mangsa penarik kereta,
iaitu Puan Siti Adawiyah Ismail, dan
Puan Hamsha Nurul Suzana Mohd Hamdan.
Muzaffar menganggap tindakan penarik kereta sebagai perompak, kerana menggunakan penunda kereta. Kereta yang dirampas secara
zalim pula dilelong tanpa mengikut
peraturan.
Sementara itu, harapan Siti Adawiyah
dan Hamsha Nurul untuk mendapatkan semula kereta mereka tipis. Adawiyah memberitahu beliau diminta membayar,
tetapi bayaran yang dibuat itu bukan untuk kereta miliknya lagi.
Hamsha pula telah membayar RM130,000, dan ada wang untuk
membuat pembayaran lain, tetapi tidak dapat memiliki semula keretanya.
Bukan itu sahaja, melihatnya sahaja
tidak dibenarkan.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
.
No comments:
Post a Comment