Pages

Monday, 19 August 2024


                                        ***

                                            

PELANCONGAN

 

AITEX 2024 Rintis Platform Global Utama untuk Pelancongan dan Perdagangan Islam

 

YBHG Dato’ Dr Hj Mohd Khalid Harun, dan Dato’ Jeffri Sulaiman gembira dapat meneruskan penganjuran Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Asia (AITEX), selepas pertama kali menganjurkannya pada tahun lalu.

 

Mereka juga bersyukur kerana jumlah peserta atau pempamer, dan penajaan turut bertambah untuk AITEX kedua (AITEX 2024) yang bakal berlangsung dari 23 hingga 25 Ogos ini di Hotel Sunway Resort (SRH), Bandar Sunway, Selangor.

 

AITEX 2024 dengan tema ‘Merangkul Kepelbagaian: Janji dan Potensi Pelancongan Islam’ ini turut menyaksikan kerjasama Batik Air Malaysia (dahulunya Malindo) buat pertama kali, sebagai rakan penerbangan.

 

Dato’ Dr Hj Mohd Khalid sebagai Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) merangkap Pengerusi AITEX 2024, dan Dato’ Jeffri, Timbalan Presiden MATA/Pengerusi Penganjuran AITEX 2024 menyatakan sedemikian semasa sidang media AITEX 2024 di SRH pada 19 Ogos lalu.

                                         

Encik Ahmad Jafri Ngah Ali (berdiri) mengendalikan majlis sidang media Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Asia 2024 (AITEX 2024) pada 19 Ogos lalu.


Turut hadir YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, Setiausaha Agung MATA merangkap Pengerusi Penganjuran WITA 2024 yang juga menyertai buat julung kali; YBrs Encik Fauzi Rajab, Ketua Pembangunan Bisnes Kerajaan Batik Air Malaysia; dan YBrs Encik Nazli Ahmad, Pengarah Hal Ehwal Protokol, Diplomatik dan Jualan Makanan & Minuman SRH.

 

Mereka disertai Puan Hjh Siti Zabidah,  Bendahari MATA merangkap Ahli Jawatankuasa AITEX 2024; Encik Ahmad Jafri Ngah Ali, Ahli Jawatankuasa MATA/Pemasaran dan Jualan AITEX 2024, dan Tuan Dr Hj Zawari Ali, Ahli Jawatankuasa AITEX 2024.

 

Mengenai matlamat AITEX 2023 yang sekiranya masih belum dicapai, Jeffri menegaskan perkara tersebut akan dilanjutkan dalam AITEX 2024. Dr Mohd Khalid juga senada dengan Jeffri, iaitu matlamat AITEX tidak terhenti setelah sesebuah AITEX berakhir.

 

“Ia akan diteruskan tahun demi tahun selaras dengan hakikat manifestasi AITEX 2024, iaitu perpaduan pelancongan dan perdagangan Islam global.

                                          

Dato’ Dr Hj Mohd Khalid (tengah), Presiden MATA merangkap Pengerusi AITEX 2024 semasa sidang media AITEX 2024 pada 19 Ogos lalu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

AITEX 2024 dianjurkan oleh MATA dengan kerjasama organisasi terkemuka seperti Majlis Pelancongan Islam Sedunia, Pertubuhan Pelancongan Islam Sedunia, dan Persekutuan Umrah & Haji ASEAN (AFUH), dengan sokongan Biro Pameran & Konvensyen Malaysia (MyCEB).

 

SRH merupakan rakan hotel, TV Alhijrah rakan TV, serta Pelancongan dan Pengembaraan Sedunia (TTW) pula adalah rakan media rasmi.

 

AITEX 2024 dijangka akan menjadi perhimpunan utama bagi pemimpin industri, pembeli perdagangan, dan pengguna awam, menonjolkan potensi besar dalam sektor pelancongan dan perdagangan Islam.

 

Ia adalah acara utama yang didedikasikan kepada sektor pelancongan, dan perdagangan Islam, dengan menyediakan platform global untuk para profesional industri, pemimpin kerajaan, dan pengguna bagi berhubung, meneroka, serta meraikan pelbagai tawaran dalam pelancongan dan perdagangan Islam.

 

Pemegang taruh di AlTEX 2024 akan memperoleh peluang unik untuk berhubung dengan pempamer dari pelbagai negara, termasuk Zambia, Arab Saudi, Mesir, Uzbekistan, Tajikistan, China, dan sudah tentu Malaysia serta banyak lagi.

                                          

                       Dato’ Jeffri Sulaiman (kiri) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AITEX 2024.

=========================================================================

Platform ini diadakan untuk memudahkan penemuan produk, perkhidmatan, dan kerjasama baharu yang boleh mendorong pertumbuhan, serta inovasi dalam industri pelancongan dan perdagangan Islam global.

 

Antara daya penarik bagi orang awam sebagai pengunjung, penganjur AITEX 2024 mengadakan pelbagai aktiviti dan tawaran pakej menarik di sepanjang tiga hari ini penganjurannya.

                                                 

YBrs Encik Fauzi Rajab (tengah), Ketua Pembangunan Bisnes Kerajaan Batik Air Malaysia.


Dari pakej pelancongan eksklusif yang dijual kepada pengunjung, turut diadakan Pameran Artifak Nabi Muhammad SAW yang menawarkan pameran yang ‘jarang-jarang’ ada untuk semua orang.

 

Pengunjung AITEX 2024 boleh merasai ‘Perjalanan Realiti Maya’ (VR) Nabi Muhammad SAW, iaitu satu pengalaman canggih yang menghidupkan peristiwa penting dalam perjalanan Baginda.

 

Bagi pengunjung yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM500 pula berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi-balik ke destinasi menakjubkan seperti Maldives dan Vietnam yang akan diuruskan oleh Batik Air Malaysia.

                                            

YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid (kiri sekali) memberikan serba sedikit penjelasan mengenai Anugerah Perdagangan dan Pelancongan Islam Sedunia 2024.


AITEX 2024 juga akan menganjurkan beberapa persidangan utama, termasuk Persidangan Pelancongan Islam pada 23 dan 24 Ogos, dengan pakar industri akan membincangkan beberapa topik penting yang membentuk masa depan pelancongan Islam.

 

Sementara itu, acara kemuncak AITEX pada 25 Ogos adalah Sidang Kemuncak Menteri & CEO dan Pelaburan Pelancongan Asia, yang mempertemukan pemimpin dari Kemboja, Filipina, Zambia, Mesir, Indonesia, dan Uzbekistan untuk menerokai peluang pelaburan, dan membincangkan masa depan pelancongan Islam.

 

Satu lagi acara kemuncak AITEX 2024 ialah Anugerah Perdagangan dan Pelancongan Islam Sedunia (WITA) 2024, yang akan berlangsung semasa majlis makan malam gala pada 26 Ogos, di Ballroom, SRH.

 

WITA 2024 akan mengiktiraf 30 individu dan organisasi cemerlang dari industri pelancongan dan sektor kerajaan atas sumbangan mereka dalam pelancongan, dan perdagangan Islam. Tetamu akan dihiburkan oleh artis popular Malaysia, dan orkestra kombo.

 

AITEX 2024 dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam secara percuma. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara yang akan membentuk masa hadapan pelancongan, dan perdagangan Islam.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.aitex.my, atau hubungi +60192157116.

 

Hubungan Media: Dato’ Jeffri Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif AITEX 2024 +60192157116 ceo@aitex.my / marketing@aitex.my.

###################################################################################

Dari kiri; YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, YBhg Dato’ Jeffri Sulaiman, YBhg Dato’ Dr Hj Mohd Khalid Harun, YBrs Encik Fauzi Rajab, dan YBrs Encik Nazli Ahmad.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

 ***

Dari kiri; Puan Hjh Siti Zabidah, YBrs Puan Dr Izyan Diyana Mohd Khalid, YBhg Dato’ Jeffri Sulaiman, YBhg Dato’ Dr Hj Mohd Khalid Harun, YBrs Encik Fauzi Rajab, YBrs Encik Nazli Ahmad, Encik Ahmad Jafri Ngah Ali, dan Tuan Dr Hj Zawari Ali.

***********************************************************************************


YBrs Encik Nazli Ahmad, Pengarah Hal Ehwal Protokol, Diplomatik dan Jualan Makanan & Minuman Hotel Sunway Resort.


-          RAJA YUSOFF ARIFFIN

***Foto kredit MegatzReview






Saturday, 17 August 2024


=========================================================================

PELANCONGAN

 

Pesta Pelancongan Langkawi Turut Mempromosi Tahun Melawat Kedah 2025

 

KIRA-KIRA 32 gerai dari seluruh pemain industri pelancongan Langkawi merangkumi pemilik produk, agen pelancongan, hotel tiga bintang dan ke bawah dengan menggunakan hashtag #LangkawiMurah #CuticutiMalaysia #NaturallyLangkawi, dan #ExploreLangkawi menyertai Pesta Pelancongan Langkawi (LTF) dari 16 hingga 18 Ogos 2024 di Ruang Legar Pusat Beli-belah Datum Jelatek (DJSC), Kuala Lumpur.

 

Ia merupakan objektif pertama LTF anjuran Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA) dengan kerjasama DatumCorp International (DCI) ini, yang turut mempromosikan Langkawi secara berterusan bersama-sama beberapa agensi kerajaan di Langkawi demi mencapai sasaran tiga juta pelancong sehingga 31 Disember 2024.

 

Objektif kedua LTF ialah menjadikan Langkawi sebagai ‘pulau peranginan’ nombor satu di Malaysia, serta salah sebuah pulau tercantik di dunia. LTA mensasarkan 15,000 pengunjung di sepanjang tiga hari penganjuran LTF.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++                                                                              

Encik Zainudin Kadir, YBhg Dato’ Hj Azizan Noordin dan YM Tengku Khairil Azwan (tujuh, sembilan dan sepuluh dari kiri) bersama-sama para peserta Pesta Pelancongan Langkawi selepas acara perasmiannya pada 17 Ogos lalu.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Majlis perasmian LTF telah disempurnakan oleh mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) merangkap Penasihat LTA, YBhg Dato’ Hj Azizan Noordin pada 17 Ogos lalu.

 

Turut hadir CEO LTA, YBrs Encik Zainudin Kadir; Pegawai Pemantau Operasi DCI, YM Tengku Khairil Azwan; wakil LADA, serta pemilik produk, agen pelancongan, dan hotel tiga bintang dan ke bawah yang menyertai LTF.

 

Dalam ucapan beliau, YBhg Dato’ Hj Azizan memuji usaha LTA menganjurkan LTF di DJSC kerana pelancong-pelancong di sekitar Lembah Kelang, khususnya Selangor dan Wilayah Persekutuan berpeluang besar mengunjunginya.  

 

Hal ini sangat relevan, tambah beliau kerana hakikatnya 70 peratus pasaran domestik Langkawi datang dari Lembah Kelang.


YBhg Dato’ Hj Azizan Noordin.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

“Pusat Beli-belah Datum Jelatek memang tempat yang paling sesuai untuk lokasi pesta pelancongan seperti Pesta Pelancongan Langkawi ini kerana mudah ‘dicapai’, lantaran berhampiran dengan stesen transit aliran ringan atau LRT, dan rumah kediaman,” ujar Azizan, optimis.

 

Sebelum itu dalam ucapan alu-aluannya, Encik Zainudin memberitahu sasaran jualan pakej LTF adalah sebanyak RM11 juta.

 

“LTA memilih hashtag #LangkawiMurah kerana buat pertama kalinya membawa pemilik-pemilik hotel tiga bintang ke bawah, serta pemilik-pemilik agen pelancongan yang boleh membuat keputusan di sepanjang LTF berlangsung,” jelas beliau.



YBhg Dato’ Azizan Nordin (dua dari kiri) melancarkan Pesta Pelancongan Langkawi pada 17 Ogos lalu. Turut kelihatan ialah YM Tengku Khairil Azwan (dua dari kanan), dan wakil LADA.

)))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))


YBrs Encik Zainudin Kadir.

***********************************************************************************

Antara keistimewaan LTF adalah pengunjung boleh mendapat potongan 10 hingga 40 peratus hanya di sepanjang LTF berlangsung. Pakej-pakej ini sah sehingga Februari 2025, iaitu bersempena dengan kempen Tahun Melawat Kedah.

 

Sebagai salah sebuah acara pelancongan terbesar di Malaysia yang mengetengah pelbagai tawaran menarik oleh agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa, serta memberi pengunjung peluang menerokai destinasi-destinasi pelancongan baharu di seluruh dunia, Zainudin memberitahu LTA berhasrat menganjurkannya setiap tahun, dan menjelajah semua bandar utama, ataupun bandar kedua di seluruh negara.

 

“Acara ini turut menjadi platform untuk memperkenalkan pakej-pakej pelancongan eksklusif, seminar, dan sesi perbincangan bersama-sama pakar industri. Penganjur percaya pihak media dapat memberikan sokongan besar kepada kejayaan acara ini, dan seterusnya mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama,” tambah beliau.

###################################################################################


YBhg Dato’ Azizan Hj Noordin menyampaikan ucapan perasmian yang turut disaksikan oleh YBrs Encik Zainudin Kadir (kiri sekali), dan YM Tengku Khairil Azwan.




Pesta Pelancongan Langkawi dari 16 hingga 18 Ogos 2024 di Ruang Legar, Pusat Beli-belah Datum Jelatek yang pertama kali dianjurkan.

-          RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


Wednesday, 14 August 2024


MUZIK

 

‘Sinonim Sudirman’ untuk Teladani, Bukan Menggantikan Allahyarham

 

ALLAHYARHAM Sudirman atau Dato’ Sudirman Haji Arshad kekal sebagai tokoh yang disegani dalam dunia muzik tanah air, kerana vokal luar biasa, dan pengawalan pentasnya yang memukau, walaupun telah lebih tiga dekad meninggalkan kita.

 

Sebagaimana Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang telah pergi pada 28 Mei 1973, lagu-lagu dendangan Sudirman juga masih diminati, dan berkumandang di seluruh negara. Itu menandakan anak seni kelahiran Temerloh, Pahang ini sentiasa diingati.

 

Gerimis di LautanJoget Kenangan ManisMerisik KhabarTerasingMilik Siapakah Gadis IniSalam Terakhir, serta yang bermusim seperti Dari Jauh Kupohon Maaf dan Warisan terus menjadi pilihan peminat.

 

Walau bagaimanapun, ada pihak yang prihatin, merasakan Sudirman perlu dikenang lebih daripada itu.

                                  

Sesi perjanjian persefahaman (MoU) antara Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad dengan Summit USJ pada 14 Ogos lalu.

=======================================================================

Koperasi Industri Muzik Malaysia Berhad (KOPSTAR), misalnya telah memikirkan sesuatu yang lebih menarik dan bermakna.

 

Maka lahirlah sebuah program yang dinamakan ‘Sinonim Sudirman’: Mengangkat Nama Legenda, bagi Menginspirasi Bakat Baharu.

 

Dengan kerjasama Summit USJ dan sokongan Sudirman Asset Management, KOPSTAR dalam sidang media di Summit USJ pada 14 Ogos lalu, amat berbesar hati mengumumkan pelancaran program berkenaan yang bertujuan meraikan legasi kekal penghibur ikonik tersebut, sambil memupuk bakat muzik generasi seterusnya.


Encik Ar Kamarul Hisham Hj Yeop Hashim, Ahli Majlis Zon 4, MBSJ (tiga dari kiri) melancarkan program ‘Sinonim Sudirman’ sambil diperhatikan oleh dari kiri; Encik Saw Poh Chuan, Encik Ryn Mohamed, Dato’ Rohayati Sa’ayan, dan Datuk Hajah Habsah Hassan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Menurut Dato’ Rohayati Sa’ayan, Pengerusi KOPSTAR, ‘Sinonim Sudirman’ menghargai sumbangan Penghibur Nombor 1 Asia pada 1989 itu kepada muzik dan budaya, dan memberi inspirasi kepada penyanyi yang bercita-cita tinggi untuk mempamerkan bakat mereka di platform yang berprestij.

 

“Setelah mendapat keizinan Sudirman Asset Management, KOPSTAR sangat teruja untuk memperkenalkan ‘Sinonim Sudirman' sebagai satu penghormatan kepada legenda muzik yang impaknya merentas generasi,” jelas beliau.

 

Menerusi pertandingan ini, tambah Dato’ Rohayati, KOPSTAR berhasrat untuk tidak hanya meraikan legasi Sudirman yang luar biasa, tetapi juga menggalakkan individu berbakat untuk meneruskan minat mereka dalam bidang nyanyian.

                                                                                                               Dari kiri; Encik Saw Poh Chuan, Encik                                                                                       Ryn Mohamed, Encik Ar Kamarul Hisham Hj Yeop Hashim, Dato’ Rohayati Sa’ayan, dan Datuk Hajah Habsah Hassan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++                                 

“Program berlangsung selama tiga hari, iaitu pada 30 dan 31 Ogos, serta 1 September 2024, bersempena dengan menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang Ke-67,” jelas beliau dan turut memberitahu pelbagai acara telah disusun.

 

Antaranya ialah Pertandingan Peragaan Bayi, Pertandingan Mewarna Karikatur Gayour, Pertandingan Deko Kek PWIP, Pertandingan Nyanyian Patriotik, Deklamasi Puisi, Klinik Gitar M Noor Hendrix, dan Klinik Vokal Cikgu Siti Hajar Ismail. Pertandingan ‘Sinonim Sudirman’ pastilah amat dinanti-nantikan.



Dato’ Rohayati Sa’ayan menyampaikan ucapan alu-aluan.

***********************************************************************************************************

Barangkali ada yang menganggap usaha atau motif pertandingan ini terlalu mengangkat Sudirman.

 

Namun demikian, Datuk Hajah Habsah Hassan menyangkal sekiranya ada dakwaan sedemikian. Beliau yang saya anggap sebagai sinonim dengan Sudirman kerana banyak menghasilkan lirik puitis untuk lagu-lagu terkenal Allahyarham, mengatakan pertandingan tersebut bukan mahu mendewa-dewakannya.

 

“Pada saya, suara Allahyarham tidaklah semerdu dan sehebat Dato’ Jamal Abdillah. Tetapi, beliau begitu komited dalam kerjayanya sebagai penyanyi. Kita semua tahu Allahyarham telah menyanyi dengan penuh penghayatan dalam semua lagunya, selain berpelajaran tinggi,” tegas Datuk Habsah atau mesra dipanggil Kak Cah yang turut menghadiri sidang media tersebut.


Dari kiri; Salman Shariff, Encik Ryn Mohamed, Encik Saw Poh Chuan, Encik Ar Kamarul Hisham Hj Yeop Hashim, Dato’ Rohayati Sa’ayan, Datuk Hajah Habsah Hassan, Cikgu Siti Hajar Ismail, dan M Noor Hendrix.

##########################################################################

‘Sinonim Sudirman’, kata beliau lagi, bukan mahu mencari pengganti Sudirman, tetapi ingin penyanyi generasi hari ini meneladani segala perkara positif daripada penghibur tersebut.

 

Turut hadir Encik Saw Poh Chuan, Pengurus Besar Summit USJ; Encik Ar Kamarul Hisham Hj Yeop Hashim, Ahli Majlis Zon 4, Majlis Bandaraya Subang Jaya; Encik Ryn Mohamed, Eksekutif Pemasaran Kanan, Summit USJ, pemuzik M Noor Hendrix, guru vokal Cikgu Siti Hajar Ismail, dan komposer Salman Shariff.

 

Sidang media itu juga menyaksikan perjanjian persefahaman atau MoU antara KOPSTAR dengan Summit USJ. KOPSTAR diwakili Kak Cah, sementara Summit USJ oleh Encik Ryn.

 

Sebelum bersurai, pihak penganjur dan wakil media, serta tetamu jemputan dibawa mengunjungi beberapa pusat hiburan ria di Summit USJ.


                                                                            

 Rombongan penganjur ‘Sinonim Sudirman’, wakil media, dan tetamu jemputan melawat pusat hiburan ria Summit USJ pada 14 Ogos lalu.  

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


 Mengenai pertanyaan sekiranya ada peserta yang lebih baik daripada Sudirman, Rohayati mengatakan pihak beliau akan terus mengesyorkan agar peserta tersebut terus dilayan dan diangkat sewajarnya.

 

Walau bagaimanapun, Encik Ryn mengatakan setakat ini kita semua tahu, tiada siapa akan dapat mengatasi, atau menggantikan Sudirman.

 

Menjelang hari pertandingan, penganjur ‘Sinonim Sudirman’ mengalu-alukan peserta dari pelbagai latar belakang menunjukkan kebolehan vokal, dan karisma pentas masing-masing.

 

“Peserta akan berpeluang untuk bersaing bagi merebut piala pusingan, piala iringan, wang tunai, cenderahati, dan sijil penyertaan. ‘Sinonim Sudirman’ mewakili komitmen KOPSTAR dan Summit USJ untuk memupuk kecemerlangan seni, dan memelihara pengaruh Sudirman dalam landskap muzik moden,” tambah beliau yang juga seorang penyanyi dengan nama D’ Royce Sa’ayan.



 

 Pertandingan itu ditetapkan untuk memikat penonton dan menentukan penanda aras baharu dalam bidang pertandingan nyanyian. Pemilihan lagu adalah bebas, tetapi sudah semestinya hanya lagu dendangan legenda tersebut.

 

“Yang pasti, banyak hadiah hadiah dan cabutan bertuah menanti kehadiran pengunjung Summit USJ pada tiga hari yang disebutkan tadi,” ujar D’ Royce, sambil memberitahu bahawa Kak Cah juga merupakan salah seorang juri pertandingan ‘Sinonim Sudirman’, selain Cikgu Siti, dan Salman.

  

Selain oleh Nami Harez, Farra Ahmad, dan Emma Akma yang turut menghadiri sidang media, pengunjung acara juga akan dihiburkan oleh artis lama dan baharu seperti Zack Kacamata, Zack Kool, Wafi The Voltage, dan Kumpulan Aktivis.

 

Untuk memeriahkan lagi acara, KOPSTAR juga menggalakkan mana-mana artis dan selebriti Malaysia untuk mengisi kios perniagaan yang disediakan oleh Summit USJ dengan cara mengimbas QR Code untuk pendaftaran, dan mengalu-alukan para penggiat seni mendaftar keahlian.

 

-       RAJA YUSOFF ARIFFIN

 

Monday, 12 August 2024

                                                                                                                                                                                                   
                     
=======================================================================

KARYAWAN

 

Faiz Subri ‘Puskas’ Perkuatkan KFC, Azmi Saat Jadi Majnun

 

PERSATUAN Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengadakan dua majlis dalam satu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR - berhadapan dengan pawagam ikonik, Coliseum), Kuala Lumpur pada 11 Ogos lalu.

 

Majlis tersebut adalah pelancaran pasukan bolasepak dan jersi rasmi Kelab Bola Sepak Karyawan (KARYAWAN Football Club-KFC), dan pelancaran lagu tunggal Majnun, nyanyian Azmi Saat, yang merupakan projek solo penyanyj Caliph Buskers ini.

 

Keduanya diadakan bersempena dengan program Santai Seni@TAR, yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad pada minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan, di Jalan TAR.

 

Menurut Dato’ Freddie Fernandez, Presiden KARYAWAN, pihaknya pernah mempunyai biro sukan yang agak aktif, dan banyak dipelawa mengadakan perlawanan persahabatan dari Semenangjung hingga ke Sabah dan Sarawak, terutamanya pasukan bola sepak dan boling.

 

“Walau bagaimanapun, ia terhenti agak lama oleh kerana pelbagai masalah dan keadaan, terutamanya sewaktu wabak pandemik maut COVID-19,” ujar beliau dalam ucapannya.

 

Jelas Dato’ Freddie, Hairee Kool datang berjumpa beliau dan menyarankan agar pasukan bola sepak diaktifkan semula dengan mengemuka barisan pemain hebat yang terdiri daripada para selebriti.

**********************************************************************************************************                                           

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez (kiri) menyampaikan ucapan.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Dalam masa yang sama, KARYAWAN turut menjemput rakan-rakan rapatnya yang terdiri daripada ikonik bola sepak negara, iaitu Dato’ Dollah Salleh, Dato’ Subadron Aziz dan Faiz Subri, penerima Anugerah Puskas sebagai penasihat pasukan, dan akan turut tampil dalam mana-mana siri perlawanan yang sesuai. Ia kombinasi yang hebat dan gah bagi pasukan ini,” tambah Freddie.

 

Jelas beliau lagi, ini adalah ruang bagi rakan-rakan artis tambah merapatkan ukhwah dan juga kekal sihat. La, katanya, adalah aktiviti yang amat digemari dari zaman remaja, dan pastinya rehlah sebegini juga merupakan ruang bagi para peminat untuk bertemu artis di padang bola sepak.

(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((


Penerima Anugerah Puskas, Faiz Subri (kemeja-T putih) menerima selipar premium ANH daripada wakil penyumbang sambil diperhatikan oleh Dato’ Freddie Fernandez (kanan sekali).

))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

Sementara itu, Hairee yang turut hadir sebagai kapten dan penyelaras pasukan yang turut hadir, menyatakan kalau peminat mahu melihat Johan Raja Lawak, Anye Yassin dan rakan-rakan artis lain ‘berlawak’ sambil menggelecek bola, silakan mengundang KFC.

 

Majlis pelancaran KFC tersebut turut menyaksikan penyerahan jersi rasmi pasukan yang ditaja oleh Panca Abadi Automobil Sdn Bhd, dan juga sokongan dari jenama selipar premium ANH.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

                                                                               

        Sebahagian daripada selebriti tanah air yang menganggotai Kelab Bola Sepak KARYAWAN yang menghadiri majlis pelancaran kelab berkenaan.
&
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Sesiapa yang ingin menjemput KFC bagi perlawanan persahabatan, boleh menghubungi terus Penyelarasnya, iaitu Hairee Kool menerusi talian 011-64595069 ataupun Freddie sendiri menerusi talian 012-2071400.

 

“Kebiasaannya kami akan mengenakan yuran dalam kadar tertentu sebagai bayaran token kepada pemain selebriti ini, dan beberapa peratus akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Karyawan, bagi membantu artis yang uzur dan menghadapi masalah,” jelas Freddie yang menegaskan KARYAWAN mahu terus berseni dengan badan yang lebih sihat.

 

Selain Hairee, KFC turut dibarisi Lan Zailan, Raja Izzuwin, Riyad, Taufik Khan, Along Jeff, Betto Khai, Daniel, Meerqeen, Riot Kool, Tony Tuah, Aidil Aziz, Hasnol, Shah Slam, Wan, Shahrul, Azrul, Osama Yamani, Mamak RL, serta Johan (15), dan Anye (17).

 

Sementara itu, Dato’ Dollah (22), Dato’ Subadron (23), dan Faiz (24) merupakan pemain cameo dan penasihat pasukan.

 

Antara yang turut hadir selain Freddie, Hairee, Dollah, Subadron, dan Faiz ialah Lan, Riot, Encik Amad, Pengurus KARYAWAN, dan Encik Fauzi Ahmad, Ketua Unit CATS, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.


Legenda bola sepak negara, Dato’ Dollah Salleh (enam dari kiri) turut hadir bersama-sama Dato’ Subadron Aziz (lima dari kanan), Faiz Subri (empat dari kiri).

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


                                                     Hairee Kool (kanan) menyampaikan ucapan alu-aluan.

###################################################################################

Mengenai Majnun, Encik Jon Teoh, Pengurus Besar MAPMUSIC, memberitahu ia mempunyai aura yang tersendiri.

 

Katanya, Azmi merupakan penyanyi yang paling sesuai untuk Majnun kerana beliau mempunyai kemahiran penjiwaan yang tinggi kerana mampu menjiwai lagu.

 

Majnun mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu tunggal ini juga boleh dimainkan, dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Tunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.

                                                                                

 Azmi Saat tetap menyanyi dengan penuh penghayatan walaupun dalam hujan renyai.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Dato’ Freddie Fernandez (dua dari kanan) melancarkan lagu tunggal Majnun, sambil diperhatikan oleh Encik Fauzi Ahmad (kiri sekali), dan Azmi Saat.

====================================================================

Pelancaran ‘2 dalam 1’ yang berlangsung dalam hujan renyai itu dihangatkan oleh persembahan 'Michael Jackson Malaysia' dengan lagu-lagu Billy JeanBeat It, serta Singkong dan Keju




-       RAJA YUSOFF ARIFFIN