KARYAWAN
Faiz Subri ‘Puskas’ Perkuatkan KFC, Azmi Saat Jadi Majnun
PERSATUAN Karyawan Malaysia (KARYAWAN) mengadakan dua majlis dalam satu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR - berhadapan dengan pawagam ikonik, Coliseum), Kuala Lumpur pada 11 Ogos lalu.
Majlis tersebut adalah pelancaran pasukan bolasepak dan jersi rasmi Kelab Bola Sepak Karyawan (KARYAWAN Football Club-KFC), dan pelancaran lagu tunggal Majnun, nyanyian Azmi Saat, yang merupakan projek solo penyanyj Caliph Buskers ini.
Keduanya diadakan bersempena dengan program Santai Seni@TAR, yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad pada minggu kedua dan minggu keempat setiap bulan, di Jalan TAR.
Menurut Dato’ Freddie Fernandez, Presiden KARYAWAN, pihaknya pernah mempunyai biro sukan yang agak aktif, dan banyak dipelawa mengadakan perlawanan persahabatan dari Semenangjung hingga ke Sabah dan Sarawak, terutamanya pasukan bola sepak dan boling.
“Walau bagaimanapun, ia terhenti agak lama oleh kerana pelbagai masalah dan keadaan, terutamanya sewaktu wabak pandemik maut COVID-19,” ujar beliau dalam ucapannya.
Jelas Dato’ Freddie, Hairee Kool datang berjumpa beliau dan menyarankan agar pasukan bola sepak diaktifkan semula dengan mengemuka barisan pemain hebat yang terdiri daripada para selebriti.
**********************************************************************************************************
Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Dato’ Freddie Fernandez (kiri) menyampaikan ucapan.
Jelas beliau lagi, ini adalah ruang bagi rakan-rakan artis tambah merapatkan ukhwah dan juga kekal sihat. La, katanya, adalah aktiviti yang amat digemari dari zaman remaja, dan pastinya rehlah sebegini juga merupakan ruang bagi para peminat untuk bertemu artis di padang bola sepak.
(((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((
Penerima Anugerah Puskas, Faiz Subri (kemeja-T putih) menerima selipar premium ANH daripada wakil penyumbang sambil diperhatikan oleh Dato’ Freddie Fernandez (kanan sekali).
))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))
Sementara itu, Hairee yang turut hadir sebagai kapten dan penyelaras pasukan yang turut hadir, menyatakan kalau peminat mahu melihat Johan Raja Lawak, Anye Yassin dan rakan-rakan artis lain ‘berlawak’ sambil menggelecek bola, silakan mengundang KFC.
Majlis pelancaran KFC tersebut turut menyaksikan penyerahan jersi rasmi pasukan yang ditaja oleh Panca Abadi Automobil Sdn Bhd, dan juga sokongan dari jenama selipar premium ANH.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sesiapa yang ingin menjemput KFC bagi perlawanan persahabatan, boleh menghubungi terus Penyelarasnya, iaitu Hairee Kool menerusi talian 011-64595069 ataupun Freddie sendiri menerusi talian 012-2071400.
“Kebiasaannya kami akan mengenakan yuran dalam kadar tertentu sebagai bayaran token kepada pemain selebriti ini, dan beberapa peratus akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Karyawan, bagi membantu artis yang uzur dan menghadapi masalah,” jelas Freddie yang menegaskan KARYAWAN mahu terus berseni dengan badan yang lebih sihat.
Selain Hairee, KFC turut dibarisi Lan Zailan, Raja Izzuwin, Riyad, Taufik Khan, Along Jeff, Betto Khai, Daniel, Meerqeen, Riot Kool, Tony Tuah, Aidil Aziz, Hasnol, Shah Slam, Wan, Shahrul, Azrul, Osama Yamani, Mamak RL, serta Johan (15), dan Anye (17).
Sementara itu, Dato’ Dollah (22), Dato’ Subadron (23), dan Faiz (24) merupakan pemain cameo dan penasihat pasukan.
Antara yang turut hadir selain Freddie, Hairee, Dollah, Subadron, dan Faiz ialah Lan, Riot, Encik Amad, Pengurus KARYAWAN, dan Encik Fauzi Ahmad, Ketua Unit CATS, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Mengenai Majnun, Encik Jon Teoh, Pengurus Besar MAPMUSIC, memberitahu ia mempunyai aura yang tersendiri.
Katanya, Azmi merupakan penyanyi yang paling sesuai untuk Majnun kerana beliau mempunyai kemahiran penjiwaan yang tinggi kerana mampu menjiwai lagu.
Majnun mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC. Selain itu, lagu tunggal ini juga boleh dimainkan, dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Tunes, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok dan juga YouTube Music.
Azmi Saat tetap menyanyi dengan penuh penghayatan walaupun dalam hujan renyai.
Dato’ Freddie Fernandez (dua dari kanan) melancarkan lagu tunggal Majnun, sambil diperhatikan oleh Encik Fauzi Ahmad (kiri sekali), dan Azmi Saat.
====================================================================
Pelancaran ‘2 dalam 1’ yang berlangsung dalam hujan renyai itu dihangatkan oleh persembahan 'Michael Jackson Malaysia' dengan lagu-lagu Billy Jean, Beat It, serta Singkong dan Keju.
-
RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments:
Post a Comment