TRADISI
Persatuan Seni Warisan Artistik Digital Perluaskan Usaha Promosi Sambal Warisan
PESTA Citarasa Sambal (TOSFE) kembali ke Galeri Sambal Warisan, Warong Pak Aji, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Penampilan kali ketiganya itu memperkenalkan sembilan sambal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai makanan warisan Malaysia.
TOSFE dianjurkan oleh Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD), dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 14 September hingga 16 September 2024 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bersempena dengan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024.
Menurut Sdr Azmi Jaffry, Pengerusi PSWAD, Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan
kepelbagaian makanan, dan antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah
sambal.
“TOSFE merupakan salah satu platform mempromosi sambal sebagai salah satu produk pelancongan makanan. Pada pesta yang lepas, kami berjaya mengumpulkan usahawan
sambal bagi mempamerkan lebih 100 jenis sambal, selain jualan produk berasas, serta
berkaitan dengan sambal,” ujar beliau.
Namun begitu, tambah Azmi, kali ini, PSWAD membawa kelainan dengan memberi ruang kepada pengunjung untuk melawat Galeri Sambal Warisan (GSW), Warong Pak Aji yang menampilkan replika sambal yang diperbuat daripada silikon.
Azmi memberitahu sedemikian semasa Majlis Pelancaran TOSFE 0.3 di GSW, Dataran Merdeka pada 15 September lalu.
Majlis turut dihadiri YBhg Dato’ Mohd Yusri Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC; dan YBrs Encik Mohd Amran Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN.
Sembilan sambal tersebut, jelas Azmi, adalah Sambal Tumis, Sambal Gesek Ikan Bilis, Sambal Goreng, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis, dan Sambal Tahun.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kesemua sambal ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tidak Ketara oleh JWN, sejak 2009.
Sambal belacan di Melaka dan semua negeri Melayu diisytiharkan pada 14 Februari 2009. Begitu juga dengan sambal tumis (semua negeri Melayu), dan sambal gesek ikan bilis (Negeri Sembilan/Melayu).
Sambal goreng (Johor, Selangor/Jawa), sambal tempoyak daun kayu (Negeri Sembilan/Melayu), sambal rong (Pahang/Melayu), dan sambal biji getah (Pahang/Melayu) pula diisytiharkan pada 10 Mei 2012.
Menurut Azmi lagi, tahun ini, Malaysia juga telah meletakkan
Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai sebagai pencalonan bagi pengiktirafan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (UNESCO) sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.
Sehubungan itu katanya, TOSFE mempamerkan ketiga-tiga makanan ini dalam satu sudut Sarapan Malaysia di Galeri Sambal sebagai tanda menyokong usaha MOTAC memastikan hidangan tradisional rakyat ini diiktiraf sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.
Di setiap pameran produk tersebut terdapat info lengkap berkaitan produk yang didapati daripada JWN.
Tambah Azmi, antara tarikan utama galeri tersebut,
iaitu di gerai teh tarik di mana pengunjung boleh bergambar dengan aksi seperti
membuat teh tarik yang diperbuat daripada silikon.
Pada kali ini juga TOSFE memberi ruang kepada para
artis yang memiliki produk sambal
seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Ezlynn, Nadia
Mustafar dan Datuk Seri Vida yang akan turut
serta menjual produk sambal mereka di reruai artis.
Sementara itu, golongan asnaf dan orang kelainan
upaya (OKU) tidak dilupakan apabila mereka diberi peluang menjual produk sambal
sendiri, atau menjadi agen produk sambal keluaran artis seperti Fazlina Datuk
Ahmad Daud dan Nadia tanpa sebarang bayaran, dan diberikan komisen hasil jualan
tersebut.
Ia sekali gus memberi peluang untuk golongan ini
menjana pendapatan, dan meningkatkan
ekonomi mereka.
Selain itu, Ajinomoto turut menyumbang produk kepada
OKU dan asnaf untuk dijual pada hari tersebut dengan hasil jualan sepenuhnya kepada
OKU dan asnaf.
TOSFE turut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan
Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menyantuni golongan asnaf dan OKU, dengan
memberi sumbangan barangan keperluan, dan wang tunai.
Tambah Azmi, antara tarikan utama aktiviti adalah
pertandingan teh tarik, nasi lemak terbaik,
pertandingan makan sambal serta Inovasi Sambal.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
TOSFE turut mendapat sokongan beberapa NGO, antaranya Persatuan Anak Melayu Johor,
Karwayan, BUMTRA, PERTIMA, serta agensi pelancongan
untuk membawa pelancong ke acara tersebut.
PSWAD turut berharap inisiatif Galeri Sambal ini tidak hanya terhenti di TOSFE sahaja, sebaliknya dapat meneruskan jelajah ke seluruh Malaysia untuk mempamerkan sambal yang
telah diiiktraf oleh JWN sebagai Makanan Warisan
Negara.
Pencalonan Budaya Sarapan Malaysia di UNESCO:
- pengiktirafan pada peringkat Nasional yang telah
diberikan kepada menu tradisi sarapan
pagi rakyat Malaysia, iaitu Nasi Lemak, Roti Canai
dan Teh Tarik sebagai Makanan
Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan
2005 (Akta 645) juga telah
menjadi nilai tambah yang membuktikan bahawa makanan
sarapan ini juga mempunyai kepentingan kepada sejarah serta perkembangan
sosio-budaya masyarakat di Malaysia.
- mengambil kira kepentingan Budaya Sarapan Malaysia
dalam meraikan kepelbagaian
etnik, MOTAC melalui JWN telah mengambil inisiatif
untuk menghantar pencalonan budaya sarapan ini di bawah kategori Wakil Senarai
Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan ke UNESCO.
- kejayaan penyenaraian Budaya Sarapan Malaysia ke
peringkat UNESCO akan
meningkatkan visibility, dan mengetengah keunikan warisan
tidak ketara Malaysia pada
peringkat dunia. Perkara ini bukan sahaja dapat
menarik minat lebih ramai pelancong
untuk lebih mengenali budaya makanan rakyat
Malaysia, malahan dapat
mempertingkatkan imej Malaysia, serta memberikan
faedah pulangan ekonomi melalui
pelbagai industri berkaitan termasuk pengangkutan,
kraftangan, perhotelan, industri
produk makanan, dan sebagainya.
Replika teh tarik yang diperbuat daripada silikon untuk dicuba oleh pengunjung.
- RAJA YUSOFF ARIFFIN
No comments:
Post a Comment