TRADISI

 

Persatuan Seni Warisan Artistik Digital Perluaskan Usaha Promosi Sambal Warisan

 

PESTA Citarasa Sambal (TOSFE) kembali ke Galeri Sambal Warisan, Warong Pak Aji, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

 

Penampilan kali ketiganya itu memperkenalkan sembilan sambal yang telah diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara (JWN) sebagai makanan warisan Malaysia.

 

TOSFE dianjurkan oleh Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD), dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC), serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bermula 14 September hingga 16 September 2024 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, bersempena dengan Festival Permainan Malaysia @ Kuala Lumpur 2024.  

                                                                      

Sdr Azmi Jaffry bersama-sama replika sambal yang diiktiraf oleh Jabatan Warisan Negara.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut Sdr Azmi Jaffry, Pengerusi PSWAD, Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan

kepelbagaian makanan, dan antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah

sambal. 

“TOSFE merupakan salah satu platform mempromosi sambal sebagai salah satu produk pelancongan makanan. Pada pesta yang lepas, kami berjaya mengumpulkan usahawan

sambal bagi mempamerkan lebih 100 jenis sambal, selain jualan produk berasas, serta

berkaitan dengan sambal,” ujar beliau.

Namun begitu, tambah Azmi, kali ini, PSWAD membawa kelainan dengan memberi ruang kepada pengunjung untuk melawat Galeri Sambal Warisan (GSW), Warong Pak Aji yang menampilkan replika sambal yang diperbuat daripada silikon. 


Sdr Azmi Jaffry menyampaikan ucapan alu-aluan beliau.
=========================================================================

Azmi memberitahu sedemikian semasa Majlis Pelancaran TOSFE 0.3 di GSW, Dataran Merdeka pada 15 September lalu.

 

Majlis turut dihadiri YBhg Dato’ Mohd Yusri Mohd Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) MOTAC; dan YBrs Encik Mohd Amran Mohd Haris, Ketua Pengarah JKKN.

 

Sembilan sambal tersebut, jelas Azmi, adalah Sambal Tumis, Sambal Gesek Ikan Bilis, Sambal Goreng, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis, dan Sambal Tahun.


Salah seorang wakil golongan orang kelainan upaya yang turut serta, menerima sumbangan dari Ajinomoto.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesemua sambal ini telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan Tidak Ketara oleh JWN, sejak 2009.

Sambal belacan di Melaka dan semua negeri Melayu diisytiharkan pada 14 Februari 2009. Begitu juga dengan sambal tumis (semua negeri Melayu), dan sambal gesek ikan bilis (Negeri Sembilan/Melayu).

Sambal goreng (Johor, Selangor/Jawa), sambal tempoyak daun kayu (Negeri Sembilan/Melayu), sambal rong (Pahang/Melayu), dan sambal biji getah (Pahang/Melayu) pula diisytiharkan pada 10 Mei 2012.

Sementara itu, sambal hitam ikan bilis (Pahang/Melayu) dan sambal (Johor, Selangor, dan sambal tahun (Perak/Jawa) diisytiharkan pada 17 Oktober 2018. 

Menurut Azmi lagi, tahun ini, Malaysia juga telah meletakkan Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai sebagai pencalonan bagi pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.

 

Sehubungan itu katanya, TOSFE mempamerkan ketiga-tiga makanan ini dalam satu sudut Sarapan Malaysia di Galeri Sambal sebagai tanda menyokong usaha MOTAC memastikan hidangan tradisional rakyat ini diiktiraf sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.

 

Di setiap pameran produk tersebut terdapat info lengkap berkaitan produk yang didapati daripada JWN.

 

Tambah Azmi, antara tarikan utama galeri tersebut, iaitu di gerai teh tarik di mana pengunjung boleh bergambar dengan aksi seperti membuat teh tarik yang diperbuat daripada silikon.

 

Pada kali ini juga TOSFE memberi ruang kepada para artis yang memiliki produk sambal

seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Ezlynn, Nadia Mustafar dan Datuk Seri Vida yang akan turut

serta menjual produk sambal mereka di reruai artis.

 

Sementara itu, golongan asnaf dan orang kelainan upaya (OKU) tidak dilupakan apabila mereka diberi peluang menjual produk sambal sendiri, atau menjadi agen produk sambal keluaran artis seperti Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Nadia tanpa sebarang bayaran, dan diberikan komisen hasil jualan tersebut.

 

Ia sekali gus memberi peluang untuk golongan ini menjana pendapatan, dan meningkatkan

ekonomi mereka.

 

Selain itu, Ajinomoto turut menyumbang produk kepada OKU dan asnaf untuk dijual pada hari tersebut dengan hasil jualan sepenuhnya kepada OKU dan asnaf.

 

TOSFE turut bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dan Yayasan Wilayah Persekutuan untuk menyantuni golongan asnaf dan OKU, dengan memberi sumbangan barangan keperluan, dan wang tunai.

 

Tambah Azmi, antara tarikan utama aktiviti adalah pertandingan teh tarik, nasi lemak terbaik,

pertandingan makan sambal serta Inovasi Sambal.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Nasi Lemak, Teh Tarik dan Roti Canai sebagai pencalonan bagi pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai Budaya Sarapan Pagi Malaysia.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

TOSFE turut mendapat sokongan beberapa NGO, antaranya Persatuan Anak Melayu Johor,

Karwayan, BUMTRA, PERTIMA, serta agensi pelancongan untuk membawa pelancong ke acara tersebut.

PSWAD turut berharap inisiatif Galeri Sambal ini tidak hanya terhenti di TOSFE sahaja, sebaliknya dapat meneruskan jelajah ke seluruh Malaysia untuk mempamerkan sambal yang

telah diiiktraf oleh JWN sebagai Makanan Warisan Negara.


Pencalonan Budaya Sarapan Malaysia di UNESCO:

- pengiktirafan pada peringkat Nasional yang telah diberikan kepada menu tradisi sarapan

pagi rakyat Malaysia, iaitu Nasi Lemak, Roti Canai dan Teh Tarik sebagai Makanan

Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) juga telah

menjadi nilai tambah yang membuktikan bahawa makanan sarapan ini juga mempunyai kepentingan kepada sejarah serta perkembangan sosio-budaya masyarakat di Malaysia.

- mengambil kira kepentingan Budaya Sarapan Malaysia dalam meraikan kepelbagaian

etnik, MOTAC melalui JWN telah mengambil inisiatif untuk menghantar pencalonan budaya sarapan ini di bawah kategori Wakil Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan ke UNESCO.

- kejayaan penyenaraian Budaya Sarapan Malaysia ke peringkat UNESCO akan

meningkatkan visibility, dan mengetengah keunikan warisan tidak ketara Malaysia pada

peringkat dunia. Perkara ini bukan sahaja dapat menarik minat lebih ramai pelancong

untuk lebih mengenali budaya makanan rakyat Malaysia, malahan dapat

mempertingkatkan imej Malaysia, serta memberikan faedah pulangan ekonomi melalui

pelbagai industri berkaitan termasuk pengangkutan, kraftangan, perhotelan, industri

produk makanan, dan sebagainya.



            Replika teh tarik yang diperbuat daripada silikon untuk dicuba oleh pengunjung.

 

-           RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


No comments:

Powered by Blogger.