SASTERA BUDAYA
‘ROCKAWAY 2020’ DI BUKIT JALIL
THE
Livescape Group bersama-sama InTour Live dan iMe Entertainment Group
mengumumkan ‘Rockaway 2020’ dipersembah oleh Tune Talk, bersempena dengan
menyambut ikonik 10 tahun semenjak festival rock pertama ini diadakan pada
2009.
Festival
rock legenda ini telah mengetengah 51,000 rockers, 92 artis, 11 persembahan,
dan lima festival di sepanjang 10 tahun lalu. Untuk 2020, festival muzik
terbesar di Malaysia ini kembali dengan beberapa tambahan menarik, dan akan
berlangsung pada 14 dan 15 Mac nanti.
Ketua
Pegawai Eksekutif Tune Talk, Ameen Amaendran, mengucapkan terima kasih kepada
The Livescape Group bersama-sama InTour Live dan iMe Entertainment Group kerana
memberi peluang pihaknya bekerjasama mempersembah ‘Rockaway 2020’.
Bersempena
dengan ulang tahun ke-10 Tune Talk, jelas Aimeen, pihaknya amat berbangga untuk
meraikannya menerusi penganjuran festival rock yang dinanti-nantikan.
Tambah Ameen
semasa sidang media ‘Rockaway 2020’ di Kuala Lumpur pada 12 Disember 2019 lalu,
sebagai penyokong besar artis dan kumpulan muzik tempatan, ia sudah menjadi
sebahagian daripada DNA Tune Talk untuk menganjurkan konsert hiburan yang luar
biasa.
Tune Talk
turut mengucapkan terima kasih kepada para pengguna setia Tune Talk atas
sokongan selama ini. ‘Rockaway 2020’, kata Ameen, memang untuk mereka itu, dan
diharap dapat menghiburkan peminat muzik tanah air.
‘Rockaway’
telah melepasi jangkaan semua penggemar muzik rock sejak 2009, dengan
menampilkan barisan nama besar dan terbaik dalam genre muzik itu, serta metal.
Festival tersebut bertujuan menyemarakkan, serta menyatukan kembali semangat
komuniti rock dalam ‘melayan’ cinta mereka terhadap muzik ini.
Ketua
Pegawai Eksekutif Kumpulan The Livescape Group, Iqbal Aimeen, pihaknya gembira
mengumumkan bahawa ‘Rockaway’ kembali dengan cara yang lebih hebat pada 2020
nanti. The Livescape Group, tambah Iqbal, amat teruja bekerjasama dengan Intour
dan iMe Entertainment Group untuk festival kali ini yang begitu dekat di hati
kita semua.
Kata Iqbal
lagi, muzik rock sentiasa mempunyai kedudukan yang kuat di Malaysia, dan
pihaknya berasa tarikh penganjuran festival memang tepat untuk memberikan
penghormatan kepada beberapa artis Malaysia yang baharu, segar dan juga
ikon-ikon rock legenda pada zaman kita.
Selain Ameen
dan Iqbal, turut menghadiri majlis sidang media itu ialah artis-artis yang akan
menjayakan ‘Rockaway 2020’ seperti Datuk M Nasir, XPDC, Hujan, Masdo, Project EAR,
Mad August, Kyoto Protocol, dan Toko Kilat. Kumpulan Kyoto Protocol turut
menyampaikan dua lagu dalam sidang media itu, termasuk ‘Wawasan 2020’.
Zon Gem-Park
merupakan tambahan baharu kepada ‘Rockaway 2020’ yang memberi peluang dan ruang
kepada para peniaga mengetengah produk-produk mereka kepada penggemar, serta
komuniti muzik rock yang menghadiri festival tersebut. Para pengunjung juga
berpeluang menikmati pelbagai pilihan makanan di gerai-gerai yang mengambil
bahagian.
Zon Gem-Pak
akan dibuka kepada orang ramai secara percuma selama dua hari.
Zon Rockaway
Live akan bermula pada jam 2 petang pada 15 Mac 2020, dengan penampilan pemuzik
tempatan diikuti, persembahan oleh artis-artis luar negara yang bakal diumumkan
tidak lama lagi.
Semenjak
penganjurannya yang pertama pada 2009, ‘Rockaway’ sentiasa mengutamakan barisan
artis rock tempatan.
Sementara
itu, Pengarah Urusan InTour Live, Bonor Seen, pihaknya amat teruja bekerjasama
dengan The Livescape Group bagi ‘Rockaway 2020’. Sejak penganjuran ‘Rockaway
Fest’ pada 2009, katanya, InTour Live telah bekerjasama rapat dengan komuniti
rock tempatan untuk mewujudkan kesedaran terhadap genre tersebut.
Selepas
sedekad, tambah Bonor, InTour Live berbangga menyatakan bahawa ia bersama-sama
telah mewujudkan satu platform yang bukan sahaja untuk artis tempatan, malah
merangkumi serantau, dan antarabangsa, serta nama-nama yang akan diumumkan
tidak lama lagi.
Dengan
kehadiran para peminat muzik yang kuat, tegas Bonor, pihaknya berharap dapat
menyatupadukan komuniti lain menerusi muzik. InTour Live, kata Bonor lagi, sudah
tidak sabar-sabar lagi untuk bersama-sama dengan para peminat rock pada 14 dan
15 Mac 2020 nanti.
Fasa pertama
barisan artis ‘Rockaway 2020’ bermula dengan kumpulan rock Australia, Hands
Like Houses yang akan menggegarkan pentas utama buat pertama kali di Asia.
Dengan penjualan rekod melebihi 150,000 unit di seluruh dunia, lebih 15 siri
jelajah muzik di Amerika Syarikat, dan 10 jelajah di UK, lagu-lagu Hands Like
Houses yang berakarkan post-hardcore dipengaruhi R&B telah menyuntik versi
baharu rock’n roll untuk industri muzik.
Seterusnya,
kumpulan Hujan dengan penyanyi utama, Haji Noh Salleh; M Nasir, Masdo, dan
Project EAR (gabungan pemuzik handalan dari rantau Asia Tenggara yang
menjanjikan persembahan terhebat mereka).
Selain Tune
Talk, ‘Rockaway 2020’ turut dibantu oleh Dr Martens (kasut rasmi), New Era
(topi rasmi), Pepsi (minuman rasmi), Wonda (kopi rasmi), Shopee (rakan e-dagang
rasmi), Glo (teknologi), FlyFm dan hotfm (radio rasmi), Gempak (media digital
rasmi), dan Jamtank (komuniti rasmi).
Setakat ini,
tiket-tiket VIP untuk menyaksikan ‘Rockaway 2020’ telah habis dijual. Tiket
prajualan umum berharga RM78 seorang, dan rockzone
pula RM108 seorang yang turut memberikan rantai kunci ‘Rockaway’ eksklusif.
No comments: