AGAMA

 

Misi Kasih Sayang, Perjuangkan Sunnah Rasulullah SAW

MAULIDUR RASUL 1445 HIJRAH BERSAMA ALTIMET

 

UMAT Islam di seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul 1445 Hijrah pada 28 September lalu. Pelbagai acara diadakan untuk mengisinya dengan harapan memperoleh manfaat, dan berkat daripada Allah SWT.

 

Di Malaysia, selain peringkat pusat atau kebangsaan, ada acara bertaraf negeri, syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, pusat pengajian, pusat kebajikan, dan sebagainya.

___________________________________________________________________________________


Gema alunan selawat ke atas Rasulullah SAW dialunkan, sebagai tanda kasih kepada Baginda, selain memberkati perjalanan majlis
.

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

Antara yang turut menganjurkan majlis sambutan Maulidur Rasul tahun ini ialah Galeri Raudhah yang terletak di Ampang, Selangor.

 

Majlis yang dinamakan sebagai Majlis Grand Maulidur Rasul tersebut dapat memberi peluang orang ramai mengenali lebih dalam susuk manusia teragung, Nabi Muhammad SAW.







        Sebahagian daripada peserta Perarakan Konvoi Kembara Kasih pada 28 September lalu.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Antara program menarik termasuklah konvoi motosikal berkuasa tinggi, kereta antik dan juga helikopter, yang diberi nama Perarakan Konvoi Kembara Kasih.

 

Majlis Grand Maulidur Rasul 1445 Hijrah dimulakan pada jam 9 pagi dengan perlumbaan qasidah kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa, dan kategori warga emas, diikuti pertandingan melukis kubah hijau.

                                         

                                    Pengasas Galeri Raudhah, Ustaz Md Zawawi Ramli.


Acara kemuncak pada sebelah petang bermula jam 2.30 petang dengan perarakan lebih 100 kereta antik, dan motosikal berkuasa tinggi dari lokasi yang telah ditetapkan.



Sebelum Perarakan Konvoi Kembara Kasih dimulakan, gema alunan selawat ke atas Rasulullah dialunkan, sebagai tanda kasih kepada Baginda, selain memberkati perjalanan majlis.

 

Konvoi tersebut berlepas ke Putrajaya, dan lokasi utamanya adalah Masjid Putra, dan sekitar kawasan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

 

Seusai konvoi, ahli rombongan kembali ke Galeri Raudhah pada kira-kira jam 5.30 petang, untuk minum petang.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

                                                 

    Ustaz Md Zawawi Ramli menyampaikan cenderamata kepada Habib Bagir (kanan).


Menjelang acara bacaan maulid, qasidah dan tausiah, serta solat isya berjemaah, solat maghrib berjemaah diadakan.

 

Majlis Grand Maulidur Rasul 1445 Hijrah diakhiri jamuan maulid pada kira-kira jam 11 malam.

                                         

###################################################################################

Sementara itu, pengasas Galeri Raudhah, Ustaz Md Zawawi Ramli, memberitahu program ini bertujuan mengajak semua masyarakat bersatu padu, hidup bahagia, harmoni, berkasih sayang, dan saling membantu.

 

Kita mahu hidupkan amalan sunnah berkasih sayang seperti yang ditunjukkan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW. Kita mahu orang ramai tahu betapa indahnya hidup berkasih sayang cara nabi, seorang pencinta agung,” jelas Ustaz Zawawi.

 

Kita mahu masyarakat hidup dengan mengikuti semua sunnah Baginda dalam semua aspek kehidupan termasuk dalam pergaulan, bersahabat, makan minum, dalam berkeluarga, dan sebagainya,” tambah beliau.

 

“Marilah sama-sama kita perbanyakkan membaca sirah Nabi, ikuti dan hayatilah ia. Paling mudah, banyakkan berselawat semoga kita mendapat syafaat Baginda, dan rahmat Allah SWT. Keampunan Allah adalah kemuncaknya keredaan-Nya,” kata Ustaz Zawawi lagi.

 

Beliau berharap usaha kecil pihaknya dapat menjentik hati semua untuk melihat betapa indah sunnah nabi jika diamalkan dalam kehidupan seharian. Tenang dapat, pahala pun dapat. Insya- Allah,” tambah beliau.

 

Perasmian Majlis Grand Maulidur Rasul sepatutnya disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, YB Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali sebagai Altimet.

 

Walau bagaimanapun, YB Altimet berhalangan, dan hanya dapat hadir lewat. Justeru, tugasan tersebut diambil alih oleh Ustaz Zawawi.


                                                    

Ahli Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Yang Berhormat Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali sebagai Altimet.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam wawancara dengannya Altimet antara lain menyatakan walaupun sambutan Maulidur Rasul bukan satu kewajipan, tetapi ia memang amat baik dilaksanakan.

 

Mengenai kesibukan jadual hariannya, Altimet yang memenangi kerusi DUN tersebut dalam Pilihan Raya Umum ke-16, 19 November 2022, memberitahu tiada banyak perbezaan.

**********************************************************************************

                                     

Cendermata untuk Yang Berhormat Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau Altimet (kanan) daripada wakil pihak Galeri Raudhah (kiri).

###################################################################################

Sibuk tetap sibuk. Cuma, punca kesibukan itu berbeza. Jika sebelum bergelar yang berhormat (YB), saya sibuk mencipta lagu, merakam lagu, dan memenuhi undangan menyanyi, kini sibuk dengan tugas menangani pelbagai isu rakyat kawasan yang diwakili,” jelas beliau.

 

Ditanya apakah akan terus menyanyi dicelah-celah kesibukan rutin sekarang, Altimet menjawab beliau hanya akan menulis lagu. Konsert yang diadakan pada 2019 lalu, katanya, adalah yang terakhir.


- RAJA YUSOFF ARIFFIN

                                 

Peserta PerarakanKonvoi Kembara Kasih bergambar kenang-kenangan berlatarakan bangunan pentadbiran Kerajaan Persekutuan di  Putrajaya.

                                

No comments:

Powered by Blogger.