Mentera Semerah Padi 2 untuk Permainan Digital Video Melayu Melaka?

 

SELAMA lebih 40 tahun berkecimpung dalam dunia muzik, saya tidak pernah terfikir akan menghasilkan lagu untuk permainan digital video pula. Namun begitu, saya sangat teruja meskipun tahu ia mencabar,” kata Dato’ M Nasir.

 

Mohd Khirin Omar atau lebih dikenali sebagai Keon pula mengatakan mungkin akan ada lagu seperti Mentera Semerah Padi atau Mentera Semerah Padi 2 daripada Dato’ Nasir untuk permainan digital video tersebut.

 

Nasir dan Keon menyatakan sedemikian menerusi ucapan masing-masing dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama (MoU) antara UniVRse Interactive Sdn Bhd (UniVRse) dengan Luncai Emas Sdn Bhd (Luncai Emas) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 September lalu.

                                

                                     Dato’ M Nasir menyampaikan ucapan beliau.

((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((((

Turut menghadiri MoU ‘Kolaborasi dalam Perkembangan Muzik Berkaitan untuk Permainan Mobile Empayar: The Melaka Chronicles itu termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse, Mohd Hezri Amir Abdul Latif;  Ketua Pegawai Operasi UniVRse, Norhaizat Zainal Abidin, Pengurus Penerbitan Luncai Emas, Jennifah Johari, dan Penerbit Studio Kembara Sdn Bhd (Studio Kembara), Shahruddin Mt Dali.

 

Shahruddin mewakili Pengarah Urusan Studio Kembara, Haji Abdul Rahman Mt Dali. Studio Kembara adalah penyokong bersama-sama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))))

                                                                                               

MoU antara UniVRse Interactive Sdn Bhd dengan Luncai Emas Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 29 September lalu.

***********************************************************************************

Sementara MDEC diwakili Ketua/Naib Presiden Kanan, Pembangunan Industri Digital, Datuk Ts Fadzli Abdul Wahit yang menyampaikan ucapan penutup majlis MoU tersebut.

 

Sebelum itu, dalam ucapannya, Mohd Hezri tidak menyembunyikan rasa gembira dapat bekerjasama dengan Luncai Emas dan Nasir untuk produksi pertama UniVRse, walaupun belum lengkap sempurna untuk beralih ke produksi kedua.

                                      

     Pengurus Produksi Luncai Emas Sdn Bhd, Keon Omar menyampaikan ucapan beliau.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UniVRse memang bertuah kerana mendapat sentuhan komposer berpengalaman luas yang turut digelar sifu dan music maestro tanah air itu.

 

Selain menyanyi, mencipta melodi, menulis lirik dan menerbitkan album, Nasir adalah Pengarah Urusan Luncai Emas, syarikat yang ditubuhkannya sejak 5 Januari 1990 bersama-sama isteri, Allahyarham Junainah Johari.

 

Keon yang banyak menulis lirik sejak lebih dua dekad, termasuk Pertama Ramadan Ini, nyanyian kumpulan Fotograf, Senandung Melayuku (Nasir), dan Menyantun Kasih (Siti Nordiana) pula adalah Pengurus Produksi Luncai Emas.

                                    

Dari kiri; Keon Omar, Mohd Hezri Amir Abdul Latif, Dato’ M Nasir,  Datuk Ts Fadzli Abdul Wahit, Shahruddin Mt Dali, Norhaizat Zainal Abidin, dan Jennifah Johari.

 =========================================================================

MoU yang berlangsung dalam suasana ceria dan mesra itu bertujuan mentakrifkan semula lanskap hiburan digital tanah air.

 

Tambah Mohd Hezri, kolaborasi strategik berkenaan juga bertujuan mewujudkan iklim saling berkongsi yang menguntungkan kedua pihak, dengan mencipta kepelbagaian ranah, terutama dalam lanskap hiburan digital & permainan negara.

 

Ketika ini, kata Hezri lagi, tumpuan utama MoU adalah memantapkan penataan muzik dan lagu tema (OST) untuk permainan digital video Empayar: The Melaka Chronicles.

 

“Dalam hal ini, kami yakin sentuhan Dato’ M Nasir akan memberikan makna lebih mendalam, dan membekas dengan irama ciptaan beliau yang sudah dimaklumi bagaimana bentuk, dan coraknya,” jelas Hezri.

                                    

Ketua Pegawai Eksekutif UniVRse Interactive Sdn Bhd, Mohd Hezri Amir Abdul Latif menyampaikan ucapan alu-aluan.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Mengenai penataan muzik oleh Nasir sebagaimana yang ditanya oleh pihak media, Keon memberitahu Luncai Emas pastinya akan menampilkan sebuah lagu baharu sebagai OST permainan video itu.

 

Sama ada Nasir sendiri atau penyanyi lain menyanyikannya, belum ada jawapan pasti daripada Keon dan Nasir.

=========================================================================

 Ucapan penutup oleh  Ketua/Naib Presiden Kanan, Pembangunan Industri Digital, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia, Datuk Ts Fadzli Abdul Wahit.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Mengenai masalah yang mungkin timbul ketika bekerja dengan pemuzik generasi sekarang yang muda-muda dan ‘laju’-kreatif, secara berseloroh Nasir yang kini berusia 66 tahun, memberitahu lebih mudah bekerja dengan ‘otai’ atau pemuzik lama.

 

“Anak muda tidak bangun awal pagi. Tetapi, jika sudah mula bekerja, mereka begitu tekun dan kuat sehingga lebih 24 jam sehari,” jelas Nasir yang optimis mampu bekerjasama dengan anak muda hari ini.

 

Yang penting kita jelaskan kepada mereka tentang budaya dalam karya yang dihasilkan. Dalam hal permainan video ini, tentulah budaya Melayu, khususnya Melaka,” tambah Nasir yang sebelum itu menyatakan hanya beliau ‘orang tua’ yang masih berkarya dalam lagu/muzik tanah air hari ini.

Beliau juga memberitahu sebenarnya telah lama menunggu anak muda negara kita menghasilkan karya yang mengandungi warisan budaya sendiri.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&

Ketua Pegawai Operasi UniVRse Interactive Sdn Bhd, Norhaizat Zainal Abidin (kanan) semasa sidang media.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


Sidang media selepas MoU antara UniVRse Interactive Sdn Bhd dengan Luncai Emas Sdn Bhd.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ 

Untuk maklumat lanjut mengenai UniVRse, sila lawati laman sesawang rasminya di Univrse.io atau hubungi info@univrse.io.

 


No comments:

Powered by Blogger.