Ybrs Tuan Haji Kamarun Ab Rahman (tiga dari kanan) mempengerusi sesi dialog acara Hari Keselamatan & Keceriaan P14B 2.0 pada 28 Januari lalu.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

SOSIAL

 

Komuniti P14B Putrajaya Cadang Bawa Masalah Lapuk ke Parlimen!

 

PARA penduduk Presint 14B (P14B), Putrajaya hampa kerana tiada seorang pun wakil Perbadanan Putrajaya (PPj) menghadiri sesi Dialog PPj, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) - kesemuanya dari Putrajaya, bersempena dengan acara Hari Keselamatan dan Keceriaan P14B 2.0, pada 28 Januari lalu.

 

Acara yang diadakan di persimpangan Presint 14B1 dan Presint 14B1 itu adalah kali kedua, anjuran Persatuan Penduduk P14B, yang diketuai Pengerusinya, Ybrs Tuan Haji Kamarun Ab Rahman.

 

Pelbagai masalah yang masih menghantui penduduk komuniti tersebut dinyatakan dengan lantang oleh beberapa penduduk yang hadir. Mereka mengambil peluang yang dibuka dengan menegaskan bahawa dialog tidak bermakna jika tiada wakil PPj. Ia hanya menjadi tempat luahan perasaan, tanpa keputusan tuntas.

 

Kata mereka, banyak masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan, meskipun selepas enam bulan. Keadaan menjadi semakin buruk, dan membimbangkan.

=========================================================================


Penduduk Presint 14B dari kalangan kanak-kanak turut mengambil bahagian dalam demonstrasi penyelamatan nyawa mangsa.

=========================================================================


Demontrasi memotong kayu yang turut disertai salah seorang penduduk Presint 14B, Putrajaya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Leftenan Kamarul Haqim (kanan) bersama-sama pembantu ceramah/demonstrasi beliau.

Demonstrasi pemulihan kardiopulmanori (CPR) oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

======================================================================

Jika wakil PPj tidak bersedia hadir, apatah lagi wakil rakyat/Ahli Parlimen Putrajaya, YB Mohd Radzi Md Jidin. Sungguhpun YB Mohd Radzi adalah Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional, iaitu pembangkang, dan dialog dihadiri agensi kerajaan pusat, tetapi beliau perlu hadir mendengar sendiri segala permasalahan. Itu sebahagian daripada tugas, dan tanggungjawab beliau.

 

Mohd Radzi dan agensi kerajaan wajar melupakan perbezaan politik demi kemaslahatan masyarakat, seiring dengan konsep Kerajaan Perpaduan atau Kerajaan MADANI yang menganjurkan kecemerlangan, dan ketelusan.

=========================================================================


Ceramah/demonstrasi kebakaran secara santai-serius-berjenaka oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang dikenali sebagai Najib, bersama-sama beberapa rakan setugas.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


        Ybrs Tuan Haji Kamarun Ab Rahman turut menyertai demonstrasi kebakaran.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


                        Pameran mini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

=========================================================================

Justeru, Haji Kamarun membuat kesimpulan dan memberitahu hadirin, bahawa beliau akan cuba membawa segala masalah yang ada kepada Radzi, agar diketengah pula ke Dewan Rakyat/Parlimen.

 

“Tak boleh dibiarkan berterusan. Sudah sampai masanya ia dibawa ke peringkat yang tertinggi, iaitu Parlimen agar dapat diselesaikan. Jika wakil rakyat kita membisu, dan tidak bertindak menyelesaikannya, maka kita akan ‘selesaikan’ beliau dalam Pilihan Raya Umum ke-16 nanti,” tegas Kamarun.



Dari kiri; Nik Fazleen, Mejar (B) Jamalludin, Hisham Samijan, Mohd Ridzuan, Yusrizam, Che Kob, Dato’ Hassan Bosarah, Tuan Haji Kamarun Ab Rahman, Dato’ Ahmad Faisal, Ahmad Fadhly, Leftenan Kamarul Haqim, dan Balqish.

=========================================================================

 Antaranya termasuklah ketiadaan pusat kejiranan, ancaman anjing liar, anggota PDRM tidak membuat rondaan waktu malam hingga ke pagi, kadar bayaran meletak kenderaan, meletak kenderaan sesuka hati hingga menyempitkan lalu-lintas, dan kegiatan warga asing yang seolah-olah kebal undang-undang.



Antara penduduk Presint 14B yang menghadiri acara Hari Keselamatan dan Keceriaan P14B 2.0, pada 28 Januari lalu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dalam dialog itu, ada penduduk yang lantang menyebut jika masalah anjing liar pun tidak dapat diatasi, bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang lebih besar.

 

Mereka juga bertanya bagaimana warga asing yang tidak diketahui datang dari mana, boleh sewenang-wenangnya mengutip barang-barang lusuh di mana-mana sahaja, dengan menggunakan kenderaan yang statusnya juga diragui.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


                Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut mengadakan pameran mini.

========================================================================= 

“Apakah tiada undang-undang dikenakan terhadap mereka? Begitu juga dengan pemandu bas sekolah yang sesuka hati dan berlagak samseng meletakkan bas sekolah masing-masing di kiri kanan jalan! Apakah pihak berkuasa tak nampak?” tegas salah seorang penduduk.

 

Dipengerusi oleh Kamarun, sesi dialog itu antara lain dijayakan oleh Pengerusi Persatuan Penduduk Putrajaya, Dato’ Ahmad Faisal, penjawat awam, Ahmad Fadhly; dan Leftenan Kamarul Haqim dari APM.  

 

Sebelum itu, penduduk P14B mendapat banyak maklumat berguna mengenai keselamatan merangkumi penyelamatan nyawa jika berlaku kemalangan menerusi ceramah, dan demonstrasi oleh Leftenan Kamarul sendiri, serta pembantunya.

 

Bermula dari jam 9.00 pagi, selepas sarapan, ceramah dan demonstrasi itu turut disertai beberapa penduduk merangkumi dewasa, dan kanak-kanak mencuba replika atau patung yang disediakan. Mereka mencuba kaedah memberikan rawatan merangkumi tujuh langkah, iaitu menyedari bahaya, tindak balas mangsa, menjerit minta tolong, udara, pernafasan, kitaran, dan defibralasi.

 

Selain itu, diadakan juga demonstrasi memotong kayu dengan alat pemotong khas sekiranya berlaku kes pokok tumbang, dan sebagainya.

 

Wakil JBPM, selepas minum selingan, turut menyampaikan ceramah dan demonstrasi mengenai keselamatan di rumah, terutamanya ketika menggunakan dapur gas - jika berlaku dan juga mencegah kebakaran.

 

Sebelum bersurai, diadakan cabutan bertuah, dan disudahi jamuan makan tengah hari. Seratus  penduduk pertama yang mendaftar hadir juga tidak pulang dengan tangan kosong kerana mereka diberikan alat pemadam api 1 liter.

 

Pelekat kereta percuma tanpa had turut diberikan kepada penduduk P14B yang hadir.       

 

-          RAJA YUSOFF ARIFFIN

 


No comments:

Powered by Blogger.